Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


FAM senarai Safee

Posted: 02 Feb 2012 08:50 AM PST

TIDAK kira apa laporan negatif media Indonesia mengenai status Mohd Safee Sali ketika ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil penyerang sensasi itu menyertai skuad Harimau Malaya bagi dua aksi perlawanan antarabangsa menentang Arab Saudi dan Filipina di penghujung bulan ini.

Biarpun masa depan Safee bersama skuad kebangsaan masih belum dapat dipastikan berikutan keputusan pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak lumayan dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC kelmarin, FAM menganggap Safee masih layak menyertai skuad kendalian Datuk K Rajagobal.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang hitam putih daripada badan induk bola sepak antarabangsa Fifa dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai larangan Safee mewakili negara kerana beraksi dalam liga yang dilabel haram oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), "Kami akan panggil Safee untuk mewakili negara bagi perlawanan persahabatan itu nanti. FAM tidak menerima sebarang surat daripada AFC ataupun Fifa yang memaklumkan Safee tidak boleh bermain," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Safee bersama skuad kebangsaan.

Safee tidak menyertai latihan pusat skuad kebangsaan ketika ini kerana terikat dengan perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya.


ISL pula dilabel sebagai liga 'pemberontak' oleh PSSI dan berkemungkinan akan diharamkan Fifa jika masalah itu tidak dapat diselesaikan hingga 22 Mac ini.


Sebelum ini badan induk bola sepak dunia itu dilapor sudah mengeluarkan surat kepada PSSI menyatakan mereka tidak mengiktiraf ISL kerana tidak mendapat kelulusan PSSI.

Berdasarkan keputusan itu semua pemain yang beraksi dalam ISL dilarang daripada menyertai mana-mana liga atau perlawanan antarabangsa membabitkan ahli gabungan Fifa.


Menerusi kenyataan Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono yang disiarkan dalam laporan terbaru portal berita Indonesia, Republika.co.id semalam, Safee tidak boleh mewakili negara kerana beraksi dalam ISL dan akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan Fifa itu.

Bagaimanapun Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: "Saya tidak mahu membuat komen berdasarkan apa orang cakap (laporan media).


Mengenai perlawanan dengan Arab Saudi di Melbourne pada 24 Februari ini, beliau memaklumkan sudah menghantar surat susulan bagi mendapatkan pengesahan.



Full content generated by Get Full RSS.

Bukan kerana isu gaji

Posted: 02 Feb 2012 08:34 AM PST

ISU rasuah yang melanda pemain dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bukan berpunca daripada faktor gaji atau kekangan peruntukan seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah PFA tidak pernah terbabit isu tunggakan pembayaran gaji pemain bagi musim ini.

Naib Presiden PFA, Azhar Ahmad berkata, semua pemain menerima gaji masing-masing pada 28 hari bulan setiap bulan dan tidak pernah tertunggak melebihi satu bulan.


Menurutnya, semua wang itu daripada peruntukan PFA termasuk bantuan dan yang disumbang kerajaan negeri.

"Hingga hari ini, semua gaji bulanan sudah dibayar kepada semua pemain dan tidak wujud masalah gaji tertunggak yang kononnya masih membelenggu pemain Perlis hingga mewujudkan isu rasuah.


"Gaji semua pemain dibayar mengikut tahap kemampuan dan diselaras mengikut pengalaman masing-masing," katanya ketika menerima dana daripada kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Abu di Kangar, Perlis, semalam.


Menurutnya, hingga kini, kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan kewangan bernilai lebih RM1 juta kepada PFA dalam usaha meringankan beban persatuan bola sepak negeri itu.

"Walaupun gaji yang dibayar kepada pemain negeri ini boleh dikatakan rendah, ia sesuai dengan pengalaman serta usia pemain terbabit. Purata gaji yang diperoleh pemain tempatan sekitar RM2,000 ke atas," katanya.


Katanya, wang bantuan berjumlah RM300,000 yang disumbang kerajaan negeri kepada PFA akan digunakan bagi membayar gaji pemain untuk Februari dan Mac tahun ini.

Sebelum ini Harian Metro menyiarkan laporan dakwaan PFA terhadap sembilan daripada 11 pemain bertemu ejen bookie sebelum mendakwa ditawarkan wang berjumlah RM100,000 bagi menjual perlawanan.


Perkara itu dibongkar selepas pihak PFA mengadakan pertemuan tertutup dengan semua pemain selepas kekalahan teruk skuad kendalian Abdullah Hassan itu kepada Majlis Perbandaran Muar, 2-7.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan