Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Dia menyiku saya dahulu'

Posted:

'Dia menyiku saya dahulu'

'Dia menyiku saya dahulu'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

INSIDEN yang hampir mencetuskan keadaan tegang antara Fakri (dua dari kanan) dengan pemain Jepun selepas tamat perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lepas.


"DIA (Higa Yusuke) yang siku saya terlebih dahulu, tambahan pula ketika itu wisel penamat sudah pun ditiupkan.

"Justeru, spekulasi yang mengatakan saya sengaja membuat provokasi kepada pemain Jepun semata-mata mahu mempengaruhi pengadil melayangkan kad merah kepada mereka sememangnya tidak benar sama sekali."

Demikian penjelasan pemain skuad Olimpik negara, Ahmad Fakri Saarani yang dilihat 'bertikam lidah' dengan beberapa pemain Jepun termasuk Yusuke sebaik pasukannya tewas 0-4 dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Rabu lepas.

Ekoran tindakannya itu, Fakri, 22, kini teruk dikecam peminat bola sepak tempatan terutamanya di blog dan Facebook yang menyifatkannya tidak mempunyai semangat kesukanan.

Sebelum ini, penyerang Felda United itu juga sering menjadi sasaran cemuhan peminat gara-gara gagal mempamerkan aksi memberangsangkan setiap kali mewakili pasukan kebangsaan.

Mengulas lanjut, Fakri yang mengakui lebih selesa beraksi di bahagian tengah memberitahu, dia bukannya sengaja menyerbu Yusuke selepas itu.

"Saya hanya mahukan penjelasan pemain itu berhubung tindakannya mengasari saya walaupun perlawanan sudah tamat.

"Begitupun, dia sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya sehingga menyebabkan saya kurang sabar," jelasnya kepada Kosmo!.

Menurut Fakri, dia meminta maaf kepada peminat jika ada yang berasakan tindakannya itu tidak wajar.

"Mereka (peminat) di luar padang mungkin tidak tahu cerita sebenar, jadi saya harap penjelasan saya dapat menjernihkan semula keadaan," katanya.

Pada perlawanan itu, Hiroki Sakai, Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Manabu Saito masing-masing meledak satu gol buat Jepun yang kini kembali menerajui Kumpulan C dengan 12 mata selepas pencabar terdekat, Syria dikejutkan Bahrain dengan keputusan 1-2.

Syria dan Bahrain kini berkongsi sembilan mata manakala Malaysia kekal di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata sekali gus menyaksikan pintu temasya Olimpik London sudahpun tertutup rapat.

Zabriskie kuasai peringkat pertama di Putrajaya

Posted:

Zabriskie kuasai peringkat pertama di Putrajaya

Zabriskie kuasai peringkat pertama di Putrajaya

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


PARA pemenang acara perlumbaan ujian masa LTdL 2012 semalam (dari kanan) Garmin Barracuda, David Zabriskie (tengah) dan Adam Phelan.


PELUMBA pasukan Garmin Barracuda, David Zabriskie mengungguli saingan peringkat pertama Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 apabila memenangi perlumbaan ujian masa individu di Putrajaya, semalam.

Pada saingan sejauh 20.3 kilometer itu, Zabrieski mencatat masa 24 minit 34.18 saat untuk mengatasi dua pelumba pasukan Drapac Cycling, Adam Phelan dengan kelebihan satu minit (25:34.48s) dan Darren Lapthorne yang berada di tempat ketiga (25:44.85s).

Dengan kejayaannya itu, pelumba dari California, Amerika Syarikat itu akan memulakan saingan peringkat kedua hari ini dengan memakai Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan LTdL 2012.

"Saya gembira kerana dapat memenangi peringkat pertama perlumbaan ini. Saya anggap kemenangan ini sebagai pembakar semangat apabila saingan sebenar berlangsung di laluan lebuh raya esok (hari ini).

"Saya agak teruja dengan laluan pada peringkat ini dan ia memang sangat mencabar, ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas.

"Apa yang saya boleh buat ialah terus meningkatkan tahap keyakinan dan cuba berkayuh selaju yang boleh," jelas Zabrieski pada sidang akhbar selepas perlumbaan semalam.

Dua bekas juara LTdL, Thomas Danielson (Garmin Barracuda) dan Jose Rujano (Androni Giocattoli) masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima manakala pelumba pasukan profesional Astana, Dmitriy Gruzdev dan Alexandr Dyachenko di tempat ketujuh dan kelapan.

Gruzdev bagaimanapun muncul pelumba terbaik kategori Asia dan menyarung Jersi Putih pada perlumbaan peringkat kedua hari ini diikuti rakan sepasukannya Dyachenko di tempat kedua manakala pelumba Tbariz Petrochemical, Behnam Khalili di tempat ketiga.

Seorang lagi pelumba Astana, Alexandre Vinokurov juga gagal menyerlah apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-40 dengan ketinggalan 2:38s, namun dia diramal bangkit mempamer kemampuan sebenarnya pada peringkat kedua hari ini.

Sementara itu, tiada pelumba dari Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 pelumba terbaik pada perlumbaan semalam dengan hanya pelumba Champion System, Muhd. Adiq Hussainie Othman muncul pelumba terbaik dengan menduduki tempat ke-41 di belakang Vinokurov.

Perlumbaan peringkat kedua LTdL 2012 akan bermula di laluan lebuh raya dari Putrajaya ke Melaka sejauh 151km melibatkan tiga zon pecutan (Salak Tinggi, Port Dickson, Linggi) dan dua zon pendakian (Bukit Pelandok dan Masjid Tanah).

'Perangi rasuah habis-habisan'

Posted:

'Perangi rasuah habis-habisan'

'Perangi rasuah habis-habisan'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (kanan) bercakap kepada pemberita mengenai isu rasuah dalam saingan bola sepak tempatan selepas melancarkan pra-pelancaran Ekspo Industri Sukan di ibu negara semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji tindakan pantas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berjaya menyelongkar kegiatan rasuah dalam saingan bola sepak tempatan.

Kelmarin, enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC telah digantung serta merta selepas dipercayai terlibat dengan kes mengatur perlawanan ketika menentang Perlis di Stadium Jcorp Pasir Gudang minggu lepas.

Kegiatan tersebut terbongkar apabila pengurusan Johor FC telah merampas telefon bimbit salah seorang pemain selepas perlawanan menentang Perlis itu.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Shabery memberitahu beliau menuntut lebih banyak pendedahan daripada pihak FAM dalam usaha memerangi gejala yang tidak bermoral itu daripada terus berleluasa.

Jelasnya, selepas skuad negara meraih kejayaan di peringkat antarabangsa, beliau tidak mahu kepercayaan penyokong-penyokong bola sepak luntur ekoran isu rasuah tersebut.

"Sebenarnya saya agak terkejut (kerana) satu demi satu pendedahan terhadap pasukan yang terlibat dengan rasuah berjaya diselongkarkan oleh pihak FAM dan anggota gabungannya.

"Saya memuji tindakan pantas mereka kerana nampak bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah bola sepak dengan menubuhkan jawatankuasa bebas sebagai langkah untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.

"Saya berharap lebih banyak lagi pendedahan mengenai pasukan yang terlibat dan paling utama, jangan lunturkan kepercayaan penyokong-penyokong tempatan.

"Saya khuatir kerana penyokong yang sanggup mengeluarkan wang untuk melihat aksi pasukan kesayangan mereka merasakan diri mereka ditipu (dengan melihat perlawanan yang sudah diatur).

"Liga bola sepak tempatan semakin mendapat sambutan selepas pelbagai kejayaan yang diraih skuad bola sepak negara. Jadi, jangan lunturkan kepercayaan penyokong-penyokong ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pra-pelancaran Ekspo Industri Sukan Malaysia (MSIE) 2012 di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur semalam.

Pada awal bulan ini, FAM telah mengenakan hukuman gantung antara setahun hingga seumur hidup terhadap seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan setelah mereka didakwa terlibat dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen