Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Messi 'amuk' ledak 5

Posted: 08 Mar 2012 11:42 AM PST

[unable to retrieve full-text content]LIONEL Messi (kiri) kembali semula ke gelanggang 'bagai singa yang lapar' untuk meledakkan lima gol membantu Barcelona membelasah Bayer Leverkusen 7-1 dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali kelima berturut-turut dengan agregat 10-2 di Nou Camp, kelmarin.

Zulfahmi dicabar naik podium

Posted: 08 Mar 2012 11:37 AM PST

Sukan

ZULFAHMI  sedia sahut cabaran untuk berada kelompok 
10 pelumba terbaik  musim ini.

ZULFAHMI sedia sahut cabaran untuk berada kelompok 10 pelumba terbaik musim ini.

SELEPAS dua musim beraksi penuh dalam siri perlumbaan berprestij MotoGP Dunia kelas 125cc, penunggang sensasi Zulfahmi Khairuddin dilontar cabaran menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim ini dengan naik ke podium.

Cabaran itu diluahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali kepada Zulfahmi yang kini beralih ke saingan baru Moto3 yang menggunakan jentera 250cc serba baru dari pembuat jentera dua roda terkemuka, KTM bersama pasukan AirAsia-SIC-Ajo.

"Sudah tentu ramai peminat ingin melihat Zulfahmi menampilkan aksi terbaik terutama di Sepang. Jadi cabaran saya ialah untuk meraih kedudukan podium tahun ini, juga sempena umur saya yang memasuki 40 tahun tahun ini," kata Razlan. "Musim ini kami menyediakan Zulfahmi dengan antara jentera terbaik di grid Moto3 jadi hanya kemahiran dan pengalaman yang akan membezakannya dengan penunggang lain," katanya yang percaya Zulfahmi mampu membuktikan kemampuan dan membanggakan Malaysia.

Selepas beraksi buat kali pertama dalam kancah MotoGP menerusi tiket wildcard pada 2009, Zulfahmi memulakan saingan musim penuh pada 2010 dan menamatkan saingan di kedudukan ke-16 sebelum meningkat dengan menamatkan saingan tahun lalu di posisi ketujuh.

Zulfahmi pula menyahut cabaran Razlan untuk berada kelompok 10 pelumba terbaik sepanjang musim.

"Saya perlu banyak bersabar dan berharap penyokong dan media dapat memberi sokongan. Setakat ini, sesi ujian bersama jentera baru ini baik," katanya yang juga ceria apabila Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan penajaan keseluruhan RM96,000 mengharungi musim 2012.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen