Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Koo-Tan sudah tiada tekanan

Posted:

Koo-Tan sudah tiada tekanan

Koo-Tan sudah tiada tekanan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong perlu memperbaiki prestasi semasa mereka jika berhasrat untuk kembali bergelar beregu No. 1 dunia.


SITUASI kini ternyata sudah berbeza buat beregu utama lelaki negara Koo Kien Keat- Tan Boon Heong.

Jika sebelum ini pihak lawan sentiasa mahu memintas mereka selaku beregu No. 1 dunia yang dipegang pada 2010, namun kini sebaliknya yang berlaku.

Ini kerana, kemerosotan prestasi yang dialami Kien Keat-Boon Heong sepanjang tahun lalu telah menyaksikan status itu hilang dalam sekelip mata.

Akibatnya, gandingan negara itu yang pernah menghadirkan gerun dalam kalangan lawan mereka kini menduduki tangga keenam dunia.

Bagaimanapun, bagi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her, situasi itu sebenarnya memberikan kelebihan buat Kien Keat-Boon Heong untuk kembali bangkit.

"Apa yang saya mahu, Kien Keat-Boon Heong memberikan tumpuan sepenuhnya pada setiap perlawanan yang mereka bakal hadapi.

"Sebelum ini, pihak lawan sentiasa mengejar Kien Keat- Boon Heong dan itu meletak- kan mereka dalam situasi tertekan, sekali gus menjejaskan fokus mereka.

"Namun, kini mereka sudah tidak perlu berasa tertekan kerana sekarang giliran mereka memberikan tekanan kepada pihak lawan, terutamanya yang berada di ranking atas.

"Sebab itu tidak ada sebab untuk mereka hilang fokus. Perkara ini yang saya selaku ingatkan mereka," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! di Birmingham, England semalam.

Peluang buat Kien Keat-Boon Heong kembali membuktikan 'sengat' mereka hadir apabila turun pada aksi pusingan pertama kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham hari ini.

Mengulas mengenai aksi anak-anak buahnya itu pada Seluruh England kali ini, Kim Her mahu Kien Keat-Boon Heong tidak terlalu memikirkan mengenai soal kemenangan.

Sebaliknya, Kim Her berharap mereka fokus satu demi satu perlawanan yang bakal dihadapi.

"Mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mengejar kemenangan kerana itu hanya akan memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

"Fokus setiap perlawanan. Yang penting, tahap keyakinan mereka meningkat dalam setiap perlawanan," ujar Kim Her.

Kien Keat-Boon Heong hadir di Birmingham dengan tahap keyakinan cukup tinggi selepas berjaya membantu skuad negara mara ke pusi- ngan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan.

Lebih manis, beregu emas negara itu berjaya menamatkan 'badi' kekalahan kepada pasangan Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun ketika aksi peringkat Kumpulan kempen kelayakan Piala Thomas 2012 di Macau bulan lalu.

Sebagai rekod, Kien Keat- Boon Heong tidak pernah menang ke atas lawan mereka itu dalam kesemua enam pertemuan sebelum itu.

Pada pusingan pertama Seluruh England hari ini, Kien Keat-Boon Heong akan menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato.

Sang Penyu buka langkah kanan

Posted:

Sang Penyu buka langkah kanan

Sang Penyu buka langkah kanan

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MANAF meledak gol tunggal Terengganu ketika menentang Song Lam Nghe An pada kempen Piala AFC semalam.


PERMULAAN positif dipamerkan Terengganu pada kempen Piala AFC 2012 yang membuka tirai- nya semalam.

Kelantan sedia gempur Saigon

Posted:

Kelantan sedia gempur Saigon

Kelantan sedia gempur Saigon

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kanan) bersalaman dengan kapten Navibank Saigon pada sidang media Piala AFC di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


MASIH segar dengan kejayaan menumbangkan Negeri Sembilan pada Ahad lalu, Kelantan akan memulakan aksi sulung kempen Piala AFC menentang Navibank Saigon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan