Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Peluang terakhir ke Olimpik

Posted: 24 Apr 2012 02:58 PM PDT

Sukan

VIVIAN (kiri) dan  Khe Wei  berpeluang ke London andai Eei Hui-Pei Tty tewas dalam pusingan pertama hari ini dan mereka mampu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.

VIVIAN (kiri) dan Khe Wei berpeluang ke London andai Eei Hui-Pei Tty tewas dalam pusingan pertama hari ini dan mereka mampu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.

DUA beregu wanita negara - Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei - memiliki peluang terakhir membuktikan keupayaan siapa yang berhak meraih satu slot ke Sukan Olimpik Julai ini apabila turun beraksi di Terbuka India, hari ini.

Ini kerana kejohanan Siri Super yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$200,000 (RM600,000) itu menjadi kejohanan terakhir untuk semua pemain mengutip mata sebanyak mungkin untuk layak ke temasya berprestij itu dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Berdasarkan kedudukan terkini, Eei Hui-Pei Tty bagaimanapun mempunyai kelebihan kerana menghuni ranking ke-16 dunia dengan mengumpul 46756.8807 mata berbanding Vivian-Khe Wei di tangga ke-19 (44866.0000). Namun, peluang Vivian-Khe Wei belum tertutup kerana andai Eei Hui-Pei Tty tewas dalam pusingan pertama hari ini dan mereka mampu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir, tiket London 2012 akan berada dalam genggaman mereka.

Ini kerana kekalahan di pusingan pertama akan menyebabkan Eei Hui-Pei Tty dipotong banyak mata kerana berdasarkan pencapaian tahun lalu, mereka mara ke separuh akhir.

"Walaupun kami pernah beraksi di Olimpik empat tahun lalu, tetapi kami harap dapat membuat penampilan sekali lagi. Dari segi kedudukan ranking, peluang kami cerah kerana berjaya mengatasi Vivian-Khe Wei.

"Namun, kami tidak mahu terlalu yakin kerana masih ada kejohanan terakhir (Terbuka India) bagi menentukan siapa yang lebih layak. Lagipun, jika dihitung mata yang diperoleh, mereka masih berpeluang memintas kami," kata Pei Tty.
Eei Hui-Pei Tty akan memulakan aksi menentang gandingan Russia, Valeri Sorokina-Nina Vislova, manakala Vivian-Khe Wei pula berdepan cabaran getir menentang pilihan kelapan dari Singapura, Shinta Mulia Sari-Lei Yao.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Peminat tagih sentuhan Safee

Posted: 24 Apr 2012 02:56 PM PDT

Sukan

PENYERANG sensasi, Safee Sali akan menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya, esok dan kehadirannya amat ditagih ketika peminat mahu dia menggegar gawang Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa, Sabtu ini.

Apa pun, ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal jelas lega melihat perkembangan 25 pelatih apabila mula memuji kelibat beberapa muka baru seperti Ashri Chuchu, Rozaimi Abdul Rahman, Faiz Subri, Azmizi Azmi, Sani Anuar Kamsani dan Nizam Abu Bakar.

"Mereka nampak okey, bagus untuk saya memiliki lebih pilihan dengan kini ada 60 hingga 70 pemain. Dari sini, saya boleh tahu siapa yang seterusnya mampu berada dalam kelompok 30 hingga 40 pemain terakhir untuk Piala Suzuki AFF 2012. Suasana pasukan seperti satu keluarga, tiada rasa cemburu dan semua bersaing dengan baik," jelas Rajagobal. Ditanya sejauh mana dia mengetahui kekuatan Sri Lanka yang menghuni ranking ke-181 dunia, Rajagobal berkata: "Saya sudah melihat DVD aksi mereka. Saya tertarik dengan kualiti dan sikap tidak putus asa pemain mereka. Jadi jangan hanya lihat ranking, kita tetap perlu hormati mereka."

Rajagobal turut menuntut peningkatan prestasi daripada anak didiknya di Stadium Shah Alam nanti berbanding ketika mereka seri 1-1 dengan Filipina di Manila, 29 Februari lalu.

"Saya tak boleh kata kita boleh menang besar atau tidak. Yang penting ialah kemenangan ke atas Sri Lanka. Saya juga mahu melihat peningkatan prestasi pasukan, lebih baik daripada ketika bertemu Filipina terutama dari segi kombinasi dan persefahaman.

"Untuk perlawanan ini, saya berpeluang mempertaruhkan semula Fadhli Shas, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, Safiq Rahim, K Gurusamy dan Amar Rohidan, sesuatu yang baik sebelum saya dapat memanggil pemain dari Terengganu dan Kelantan bagi bertemu Filipina (1 Jun) dan Singapura (8 dan 12 Jun) nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, petang semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen