Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Mancini tak teruja

Posted: 21 Apr 2012 03:03 PM PDT

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini masih menegaskan buruan gelaran Liga Perdana Inggeris sudah berakhir biarpun beberapa pemain menganggap sebaliknya ketika mereka bersedia menghadapi Wolves, malam ini.

City mungkin ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester United sebelum mereka turun beraksi di Molineux jika skuad Sir Alex Ferguson berjaya menewaskan Everton di Old Trafford sebelum itu.


Beberapa pemain City minggu ini mengaku gelaran itu masih boleh dicapai menjelang kunjungan mereka ke Wolves termasuk penjaga gol England, Joe Hart tetapi Mancini tetap dengan pendiriannya United sudah memastikan gelaran Inggeris ke-20 menjadi milik mereka.

Mancini berkata, peluang City memenangi gelaran lenyap akibat kecederaan Sergio Aguero yang terlepas perlawanan menentang Sunderland dan Stoke bulan lalu iaitu dua perlawanan yang membolehkan United memiliki kelebihan lima mata di depan mereka.


"Saya benar-benar maksudkannya (buruan gelaran sudah berakhir), ia terlalu sukar. Situasi yang berlaku dalam tiga atau empat perlawanan terakhir menjadikan keadaan amat sukar buat kami," kata Mancini.


"Kami sepatutnya mengikut cara kami, saya tetap menganggap buruan juara liga sudah berakhir.

"Memang ada beberapa kesilapan tetapi apabila kami kehilangan Sergio untuk dua perlawanan itu, ia menjadi detik penentu. Kami seri dalam kedua-dua perlawanan dan jika kami miliki Sergio ketika itu, peluang mungkin lebih baik." Bekas pertahanan Wolves, Joleon Lescott kembali ke Molineux, hari ini dan sedar kemenangan City akan menghumban bekas pasukannya itu ke liga bawahan.


Biarpun pemain England yang berpindah dari Wolves ke Everton sebelum menyertai City mengucapkan terima kasih kepada mentornya, Terry Connor, Lescott enggan memberi peluang kepada Wolves kerana City berharap terus memberi tekanan kepada United.

Wolves mungkin tersingkir hujung minggu ini sekiranya mencatat kekalahan kesembilan berturut-turut di laman sendiri dan QPR menewaskan Tottenham. Pengurus sementara, Connor gagal meraih kemenangan sejak menggantikan Mick McCarthy, Februari lalu. - AFP




Gebrselassie lupa impian

Posted: 21 Apr 2012 02:58 PM PDT

BEKAS pemegang rekod maraton dunia, Haile Gebrselassie melupakan impiannya untuk bertanding di temasya Sukan Olimpik London, Julai ini.

Atlet Habsyah berusia 39 tahun itu adalah juara Olimpik dua kali dalam acara 10,000m sebelum beralih ke acara 41.8km pada 2004.


Bagaimanapun, dia gagal menempah tiket untuk berada dalam skuad maraton Habsyah ke Olimpik.

"Ramai atlet Habsyah berlari dengan catatan 2:04 jam dan Haile tidak dapat berlari dengan catatan masa itu lagi. Dia menyerah kalah dalam perjuangan ke Olimpik dengan kepedihan di hatinya," kata pengurusnya, Jos Hermans. Atlet itu berdepan kekecewaan dalam usaha layak ke London apabila menamatkan Maraton Tokyo Februari lalu di tempat keempat dengan catatan 2:08.17. Lapan belas daripada rakan senegaranya mencatatkan masa lebih pantas tahun ini, menyebabkan jaguh veteran itu berdepan tugas sukar untuk mengesahkan tempatnya.


Gebrselassie menegaskan akan terus menyertai larian jarak jauh dan mengesahkan penyertaan dalam Larian Great Manchester 10km, Mei ini yang pernah dimenanginya tiga tahun berturut-turut.


"Biarpun tidak mengambil bahagian dalam acara maraton Olimpik, saya masih menikmati karier dalam olahraga dan tidak sabar untuk kembali ke Manchester sekali lagi untuk menyertai acara yang saya suka," katanya.

Bagaimanapun Gebrselassie yang turut memenangi empat gelaran dunia acara 10,000m mengaku bakal menyertai kejohanan kompetitif dalam jarak sederhana buat kali terakhir di Belanda bulan depan.


"Ini akan menjadi perlumbaan 10,000m terakhir tetapi saya masih berasa seronok. Hanya perbezaan kecil berbanding 2011. Saya kini semakin perlahan," katanya.

Hujung minggu lalu dia menewaskan pelari Britain, Paula Radcliffe dalam saingan separuh maraton yang digelar perlumbaan 'Maharaja menentang Ratu' di Vienna. Gebrselassie, yang memberi laluan tujuh minit 52 saat untuk Paula berlari terlebih dahulu dalam acara 13.1 batu itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 1:00.52.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen