'Air mata Chong Wei' Posted: 23 May 2012 12:22 PM PDT Sukan Lee Chong Wei Hanya doa rakyat Malaysia dan rawatan rapi diperlukan untuk cabaran emas di London"SAYA amat sedih tidak dapat bantu pasukan," kata Lee Chong Wei yang pulang ke tanah air, semalam selepas menamatkan kempen Piala Thomas dengan nota sedih. Air mata pemain nombor satu dunia itu tumpah lagi di bumi Wuhan sebelum berlepas ke Malaysia atas dua sebab - tidak dapat meneruskan aksi Piala Thomas menentang China, semalam dan kedua mula bimbang apakah kecederaan dialami boleh menjejaskan impian memenangi pingat emas Olimpik, hujung Julai ini. Mental saya kena kuat apa lagi Sukan Olimpik tinggal dua bulan lebih lagi. Saya harap dapat pulih segera untuk bersiap memburu emas negara di London. - Lee Chong Wei "Mental saya kena kuat apa lagi Sukan Olimpik tinggal dua bulan lebih lagi. Saya harap dapat pulih segera untuk bersiap memburu emas negara di London," tambahnya. Cabaran skuad negara berakhir selepas tewas 0-3 kepada China di suku akhir, malam tadi. Lagi berita sekitar Kejohanan Piala Thomas/Uber, dapatkan akhbar Berita Harian, hari ini Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen ahmad siapa yang trburu-buru membawamasuk Tan Kim Her? Kenapa prestasi pemain beregu parah sewaktu menghadapi Denmark? TKH pun rekodnya tak sebagus mana, saha lihat sebagi pemain beregu dulu pun TKH kaku pergerakkannya, tapi dibri kepercayayn jadi Ketua jurulatih beregu? amamiza satu pengajaran buat BAM. Resepi dan strategi kejayaan meraih Piala Thomas 1992 dilakukan selama 8 tahun oleh Tn Sri Elias Omar, usaha Misbun pada tahun 1996 terbantut kerana nafsu tamak segelintir orang-orang dalam BAM. Untuk dapatkan PialaThomas kita perlu ada 4 orang pemain macam LCW, 4 beregu sekental CSK/SBK dilahirkan setiap 2 tahun. Kemana perginya pemainpemain yang dihairkan melalui SUKMA selepas era LCW? cuba teliti apayang MISBUN SIDEK lakukan sehingga berjaya melahir 3 orang pemain Malaysia menduduki ranking no 1 dunia, apakah resepinya, apakah semangat serta tekniknya? Tapi dimana MISBUN dicampakkan kini? Rozailiza bt Amir Amzah Kita mesti yakin pada diri dan jangan berputus asa MALAYSIA BOLEH... zul TTDI Anda orang tinggi patriotik kepada negara, sepanjang anda didalam TV, anda tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris, jika ada penggunaan terminology sahaja. |
'Gaji Nazmi agak lumayan' Posted: 23 May 2012 12:10 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KINI timbul teka-teka berapa gaji bakal diterima Mohd Nazmi Faiz Mansor apabila mewakili kelab Portugal, SC Biera-Mar tidak lama lagi. |
0 ulasan:
Catat Ulasan