Harian Metro: Arena |
‘Masih belum tamat’ Posted: 01 May 2012 12:23 PM PDT MANCHESTER: Roberto Mancini mencabar pemain Manchester City untuk menamatkan kempen dengan bergaya selepas menewaskan Manchester United dan kini perlu mencipta dua lagi kemenangan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana. Kemenangan 1-0 ke atas United membenarkan City kembali merampas kedudukan teratas liga menerusi perbezaan gol dan enam mata daripada baki perlawanan di gelanggang Newcastle dan QPR di arena sendiri akan memberikan mereka peluang merangkul trofi liga buat kali pertama sejak 1968.
"Ia belum berakhir," kata Mancini sebagai amaran kepada anak buahnya selepas tandukan Vincent Kompany mengesahkan kemenangan bermakna itu. "Jika kami fikir saingan sudah berakhir, kami melakukan kesilapan." "Penting untuk berada di tangga teratas tapi lebih penting kami mengekalkan kedudukan itu selepas 13 Mei ini." Jika City menang baki dua perlawanan itu, United hanya boleh memintas musuh tradisi itu dengan melakar kemenangan besar ke atas Swansea dan Sunderland. City kini memiliki kelebihan 8 gol.
"Dia berada di luar kawasan tepi padang untuk mempengaruhi pengadil, pegawai perlawanan keempat dan penjaga garisan," kata Ferguson mengenai tindakan Mancini.
"Dia kerap membidas pengadil musim ini namun dia pastinya tidak akan membidas pengadil malam ini (semalam)." Sementara itu, legenda United, Gary Neville berkata, Ferguson kini berdepan 'mimpi ngeri' jika terlepas kejuaraan menerusi perbezaan gol.
|
Posted: 01 May 2012 12:17 PM PDT PERUBAHAN peraturan teknikal terhadap saiz injap enjin kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas membawa impak menakjubkan apabila pelumba-pelumba kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115. Saiz injap enjin kategori Wira kini dibenarkan kepada 26mm, hanya 3mm lebih kecil berbanding saiz injap yang digunakan dalam kategori CP115. Pada musim 2011, hanya injap asal pada jentera sahaja digunakan, bermaksud ia mempunyai saiz yang berbeza mengikut pengeluar jentera masing-masing.
Ditambah dengan faktor berat badan pelumba yang lebih ringan serta berat motosikal yang kurang daripada 5 kilogram berbanding motosikal CP115, perubahan ini membolehkan para pelumba membuka pendikit minyak dengan lebih cepat semasa keluar dari selekoh.
Bukan sahaja Hafiz, malah Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang Racing) juga berjaya menghampiri catatan pelumba senior apabila turut melakukan catatan sekitar 43 saat dengan catatan terbaik 43.870s. Lebih menarik, kedua-dua pelumba yang masih berada di peringkat pendedahan dan baru berusia 16 tahun sahaja.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan