Kosmo Online - Sukan |
Posted: Beregu negara akui kelemahanOleh RADIAH SAORI
BEREGUutama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon He- ong perlu bekerjasama bagi mengatasi perasaan rendah diri selepas tewas dua kali berturut-turut kepada pasangan tidak ternama Indonesia, Angga Prata-Ryan Agung Saputra dalam tempoh kurang sebulan. Menurut Kien Keat, tahap keyakinan mereka mula menurun selepas tewas kepada Angga-Ryan dalam pertemuan pertama pada Kejohanan Piala Axiata di Kuala Lumpur, Mac lalu. Bekas juara Seluruh England 2007 itu sekali lagi tewas kepada pasangan yang sama pada pusingan suku akhir Terbuka India minggu lepas. "Pada pertemuan pertama, kami mungkin terlalu memandang rendah terhadap pihak lawan dan selepas tewas, tahap keyakinan kami mula menurun. Kami asyik terfikir mengapa mereka bermain terlalu bagus. "Pada pertemuan di India pula, kami sudah hilang keya- kinan selepas mereka berjaya mengheret permainan sehingga ke set penentuan," kata Kien Keat ketika ditemui selepas menang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Grand Prix (GP) Emas di Johor Bahru semalam. Pada perlawanan tersebut, beregu ini menang mudah ke atas pasangan India, S. Sanjeeth-Jagadish Yadav 21-7, 21-5. Jelas Kien Keat, bagi meng- atasi masalah keyakinan diri yang rendah, dia dan Boon Heong harus bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. Katanya, mereka terlebih dahulu harus sama-sama belajar mengakui dan menerima kesilapan diri. "Jika kami tidak bekerjasama dan membantu antara satu sama lain, tiada gunanya kami meminta bantuan pakar psikologi. "Perkara ini harus diatasi bersama. Kami perlu cari jalan untuk mengembalikan tahap keyakinan diri. Selain itu, kemenangan di sini juga sedi- kit sebanyak dapat mengembalikan semula keyakinan kami," katanya. Pada pusingan kedua hari ini, Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan sebagai pili- han pertama akan bertemu Terry Yeo Zhao Jiang-Yi Liu selepas pasangan dari Singapura itu menewaskan gandingan Nelson Oon dari Australia dan Zairul Hafiz Zainudin dari Malaysia 21-18, 21-12. | |
Posted: Sirkit Kluang ditangguhOleh RADIAH SAORI ANTARA aksi menarik bagi kategori bawah 12 tahun Liga Futsal Remaja Johor Mpire Kosmo! 2012 di Batu Pahat, Ahad lalu. ATAS masalah teknikal, Sirkit kedua Liga Futsal Remaja Johor Mpire Kosmo! 2012 yang dijadualkan berlangsung di Kluang pada 12 dan 13 Mei ini terpaksa ditangguhkan. Penolong pengarah pertandingan, Zulrumaizi Abu Bakar (gambar) berkata, sirkit Kluang yang sepatutnya diadakan di Sport Reble terpaksa ditangguh kerana bertembung dengan satu lagi pertandingan futsal di lokasi sama. Sehubungan itu katanya, pihak penganjur telah memutuskan sirkit Kluang akan diadakan di venue baharu di Sport Planet Kluang pada 30 Jun dan 1 Julai ini. "Kami kesal kerana terpaksa menangguh dan mengubah lokasi bagi sirkit Kluang. Kami ingin memohon maaf kerana ia tidak dapat dielakkan. "Siri kedua akan diadakan di Johor Bahru pada 26 dan 27 Mei ini di Sports Prima Pandan," katanya. Jelas Zulrumaizi, mana- mana pasukan yang telah mendaftar untuk sirkit Kluang pada 12 dan 13 Mei, boleh menghubungi pihak sekretariat untuk keterangan lanjut. Dalam pada itu, Zulrumaizi berkata, mana-mana pasukan yang ingin beraksi pada sirkit Johor Bahru diminta membuat pendaftaran awal memandangkan pihak penganjur telah menyediakan kuota bagi setiap empat kategori yang dipertandingkan. Sirkit Johor Bahru kali ini menyaksikan kategori Terbuka Lelaki akan diadakan buat pertama kali selain tiga kategori asal, Lelaki bawah 17 dan 12 tahun serta Terbuka Wanita. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Per tandingan di talian 013-786 0313 atau layari laman Facebook iaitu Liga Futsal Mpire Kosmo! | |
Posted: Tekad robek gawang KelantanOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI PARA pemain Sime Darby meraikan kejayaan pasukan itu mara ke final Piala FA selepas menyingkirkan "SAYA mahu beraksi pada final Piala FA dan berazam untuk menggegarkan gawang Kelantan sekiranya diberi peluang." Demikian respons penyerang Sime Darby FC, Yusof Zainal Abidin selepas membantu pasukan itu mara ke final Piala FA kelmarin. Skuad kendalian Ismail Zakaria itu melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak tempatan apabila muncul sebagai kelab pertama negara melangkah ke final. Sime Darby mara selepas seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Perbandaran Selayang kelmarin, sekali gus menyingkirkan juara bertahan itu menerusi agregat 2-1. Sementara itu, Kelantan menempah slot ke final Piala FA buat kali kedua selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin. Kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Mengulas lanjut, Yusof membe- ritahu, dia masih memerlukan banyak tunjuk ajar dari rakan sepa- sukan untuk meningkatkan kualiti permainannya. Katanya, dia berazam untuk memberikan yang terbaik sekira- nya dapat beraksi pada aksi bertemu Kelantan, 19 Mei ini. "Sudah tentu ia merupakan impian setiap pemain untuk beraksi pada final dan saya lebih teruja selepas kami (Sime Darby) berjaya melakarkan satu sejarah baharu bola sepak tempatan. "Saya perlu bekerja keras dan belajar untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas ini. "Begitupun, (peluang) itu bergantung kepada jurulatih untuk menurunkan mana-mana pemain, memandangkan kami memiliki ramai penyerang yang bagus. "Namun, sekiranya diberi pelu- ang, saya berazam untuk memberikan yang terbaik dan menja- ringkan gol pada aksi menentang Kelantan nanti," katanya kepada Kosmo! semalam. Ketika ini, Yusof mula menjadi sebutan peminat-peminat Sime Darby apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan dan berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas. Pemain berusia 26 tahun yang baru sahaja menyarungkan jersi Sime Darby itu berjaya membantu pasukan tersebut mengekang asakan Terengganu. Meskipun ketiadaan peledak berbisa, Patrick Ronaldinho Wleh, bekas pemain skuad Piala Presi- den Johor bawah 19 tahun itu berjaya membuktikan kebolehan bersaing dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih. "Sebenarnya, sebelum saya menyertai Sime Darby, saya beraksi dalam Liga Kuala Lumpur (Liga KL) bersama pasukan bola sepak CIMB Bank selama empat tahun. "Saya akui, mutu antara kedua- dua liga tersebut (Liga KL dan Liga Premier) sangat jauh tetapi ia bukan satu alasan untuk saya buktikan kebolehan diri. "Saya sudah bersedia (pada aksi pertemuan menentang Kelantan) sama seperti Sime Darby untuk melakarkan satu lagi kejutan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan