Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Dramatik!

Posted: 08 Jun 2012 05:21 PM PDT

Sukan

LEWANDOWSKI muncul penjaring gol pertama kejohanan dalam saingan Kumpulan A, awal pagi tadi.

LEWANDOWSKI muncul penjaring gol pertama kejohanan dalam saingan Kumpulan A, awal pagi tadi.

Dua kad merah, penalti tersasar warnai pembukaan

PERLAWANAN pembukaan Euro 2012 di Stadium Nasional, Warsaw, awal pagi tadi ternyata menarik dengan gol pertama kejohanan milik Robert Lewandowski, dua kad merah dilayangkan kepada Sokratis Papastathopoulos dan Wojciech Szczesny manakala sepakan penalti Giorgos Karagounis diselamatkan penjaga gol gantian Poland, Przemyslaw Tyton.

Menamatkan perlawanan dengan 10 lawan 10, tuan rumah bersama, Poland dan juara 2004, Greece sekadar seri 1-1 selepas tandukan Lewandowski pada minit ke-17 disamakan Dimitrios Salpingidis pada minit ke-51.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abdulusin

permulaan baik bg poland sbg tuan rumah sekurang-kurangnya sebagai underdog.


Harimau Malaya ‘putih mata’

Posted: 08 Jun 2012 03:53 PM PDT

Sukan

NORSHAHRUL Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Singapura, Yasir Hanapi pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar,  malam tadi.

NORSHAHRUL Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Singapura, Yasir Hanapi pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Kealpaan bawa padah ketika kemenangan sudah dalam genggaman

KETIKA kemenangan sudah dalam genggaman, kealpaan pada 10 minit terakhir saingan menyebabkan Harimau Malaya berputih mata untuk melakar kemenangan pertama sejak 2006 di Singapura, apabila terikat 2-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Anak buah Datuk K Rajagobal mendahului selesa 2-0 menerusi pemain gantian, Azamuddin Akil pada babak pertama dan kapten Safiq Rahim di babak kedua tetapi kelonggaran benteng pertahanan menyebabkan impian itu musnah dalam sekelip mata. Namun pengendali skuad kebangsaan itu tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang beraksi konsisten tetapi agak kecewa dengan tindakan pengadil yang menghadiahkan sepakan percuma di dalam kotak penalti yang menjadi punca kebangkitan Singapura.

"Saya bertanya kepada Aidil Zafuan (Abd Radzak) apa yang berlaku dan pemain itu memberitahu dia hanya meluahkan perkataan `Ya' sebaik Khairul Fahmi (Che Mat) menangkap bola sepakan penalti, dan tanpa disangka pengadil menghadiahkan sepakan percuma.

"Apapun aksi malam ini (malam tadi) jelas memihak kami dan mereka sepatutnya melangkah ke bilik persalinan dengan kemenangan, tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Kita tunggu di Shah Alam pula," kata Rajagobal.

Aksi awal dikuasai Singapura apabila mengasak ke kubu Malaysia dan hampir merobek gawang Harimau Muda seawal minit ketiga selepas sepakan lintang Shaiful Esah ditanduk kemas Agu Casmir tetapi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sempat melayangkan badan untuk menguis keluar.
Situasi cemas terus menghantui pasukan negara pada minit ke-23 apabila sepakan sudut Shaiful di tanduk Safuwan Baharuddin tetapi Safiq Rahim sempat menyepak bola keluar di atas garisan gol dan Harimau Malaya hanya mampu memulakan kebangkitan menerusi sepakan percuma Safiq dari jarak 30 meter yang diselamatkan penjaga gol, Azwan Mahbud.

Sedar ada ruang longgar tuan rumah, barisan depan Harimau Malaya mula agresif menerusi gerakan Azamuddin yang melorongkan bola kepada Safee Sali sebelum penyerang Pelita Jaya itu kembali mengumpan buat penyerang Pahang itu menyepak masuk untuk gol pertama, dua minit sebelum rehat.

Harimau Malaya menambah duka skuad Kota Singa kendalian Avramovic pada minit ke-59 menerusi sepakan percuma lencong Safiq dari jarak 20 meter tetapi sikap alpa pada akhir saingan menyebabkan Singapura memperoleh sepakan penalti yang dapat diselamatkan Khairul Fahmi, tetapi susulan sepakan percuma di dalam kotak penalti disempurnakan Shahdan Sulaiman pada minit ke-87 sebelum Qiu Li meledakkan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan 2-2 pada tambahan masa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan