Berita Harian: Sukan |
Posted: 18 Jun 2012 12:49 PM PDT Sukan DARI kiri, penyerang Perancis, Samir Nasri, penyerang England, Andy Carroll dan penyerang Ukraine, Andry Shevchenko. - Foto AFP SAINGAN sengit antara tiga pasukan Kumpulan D menyaksikan dua tempat ke suku akhir menjadi rebutan antara Perancis, England dan Ukraine dengan Sweden sudah pun tersingkir. Perancis yang akan bertemu Sweden, hanya mempunyai satu kemungkinan yang akan menutup peluangnya layak ke suku akhir tewas kepada Sweden, dan England juga tewas kepada Ukraine, tetapi ditentukan oleh perbezaan gol antara kedua-dua pasukan. Menang atau seri akan membuka laluan buat Perancis, cuma kedudukan sebagai juara kumpulan ditentukan menerusi keputusan perlawanan antara England dan Ukraine.England pasti ke suku akhir sekiranya seri dengan Ukraine, dengan Perancis menang atau seri bertemu Sweden, tetapi jika tewas dengan tuan rumah itu, Three Lions akan tersingkir. Ukraine yang kini mengumpul tiga mata, perlu menang ke atas England untuk layak ke kelompok lapan terakhir dan muncul juara kumpulan sekiranya Perancis gagal menewaskan Sweden. Keputusan seri atau kalah tidak bermakna buat Ukraine kerana Perancis dan England mendahului kumpulan dengan empat mata selepas dua perlawanan. |
Peluang terakhir kami: Ukraine Posted: 18 Jun 2012 12:23 PM PDT Sukan KRAKOW (Poland): Bagi puluhan juta rakyat Ukraine, hala tuju pasukan bola sepak negara itu akan ditentukan di Donetsk awal pagi esok.Hanya kemenangan ke atas England akan mengekalkan cabaran Ukraine di kejohanan ini selepas berusaha keras untuk menjadi tuan rumah bersama Poland yang gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir. "Ini adalah perlawanan terbesar dalam sejarah Ukraine," kata penyerangnya, Andriy Voronin (kiri). "Ini peluang terakhir untuk ke suku akhir. Kami akan melakukan apa saja untuk sampai ke sana. Bagi kami perlawanan ini sangat penting, bukan saja untuk pasukan tetapi seluruh negara." Timbalan Perdana Menterinya, Boris Kolesnikov mahu seluruh negara diwarnai kuning dan biru hari ini. "Tidak ada resipi lain, setiap jendela rumah di Ukraine perlu ada bendera negara dan kenderaan juga sudah dipenuhi dengan bendera," katanya.Pasukan bagaimanapun tidak menuju ke arah sama. Ukraine memulakan saingan dengan bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Sweden 2-1 tetapi kemudian tumpas 2-0 di tangan Perancis. Kini mereka perlu menggunakan sisa tenaga yang ada untuk menjadikan Stadium Donetsk neraka buat England, walaupun lawannya itu masih mampu layak ke suku akhir biarpun kalah. Ukraine kemungkinan turun tanpa kapten Andriy Shevchenko yang dilanda kecederaan lutut. Penyerang Dynamo Kiev itu adalah penyumbang tunggal gol untuk negaranya di kejohanan kali ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan