Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Jun 2012 11:25 AM PDT KHARKIV (Ukraine): Cristiano Ronaldo menghadiahkan dua jaringan membantu Portugal menewaskan Belanda, 2-1 sekali gus layak ke suku akhir Euro 2012 kepada anak lelakinya. Anak lelaki Ronaldo diberi nama Cristiano itu menyambut hari jadi kedua Ahad lalu ketika bapanya berkerja keras mempamerkan aksi menarik membawa Portugal bertemu Republik Czech di Warsaw bagi merebut tiket ke separuh akhir, awal pagi Jumaat ini. Kapten Portugal itu menyamakan kedudukan selepas Rafael van der Vaart menjaringkan gol pertama Belanda sebelum tamat babak pertama dan kemudian meledak gol 16 minit sebelum tamat perlawanan untuk melengkapkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan itu.
"Saya amat gembira kerana hari ini juga ulang tahun Cristiano dan saya hadiahkan kedua-dua jaringan itu kepadanya." Ronaldo menjadi satu-satunya pemain skuad Portugal yang ditemu bual media selepas rakan sepasukannya memboikot wartawan kerana memrotes kritikan dilemparterhadap kapten mereka sejak beberapa minggu lalu.
Dua gol itu pertama disempurnakannya pada kejohanan besar dan kini ketinggalan satu gol di belakang penjaring terbanyak kejohanan, Mario Gomez, Mario Mandzukic dan Alan Dzagoev.
"Kami bakal berdepan perlawanan amat sukar apabila bertemu Republik Czech. Peluang menang perlawanan itu 50-50 dan kami perlu menghormati mereka." - AFP |
Posted: 18 Jun 2012 11:03 AM PDT LEBIH 200 pasukan bakal menggegar Karnival Futsal Harian Metro Zon Selatan di Sports Prima Pandan, Johor Bahru bermula 30 Jun hingga 1 Julai ini bagi merebut peluang menjadi antara 24 pasukan layak beraksi di Grand Final sekali gus merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM321,000, bulan depan. Pengurus Projek Harian Metro, Abdul Kadir Hamza berkata, karnival futsal tahun ini dijangka lebih meriah dan mencabar kerana bukan saja menyaksikan penambahan bilangan penyertaan pasukan, malah mengubah lokasi penganjuran.
"Saingan terbuka kepada pasukan dari seluruh negara terutama yang gagal di zon sebelumnya untuk tampil beradu nasib sekali lagi," katanya selepas penyerahan gelanggang oleh Pengarah Urusan Sports Prima Sdn Bhd, David Goh, semalam. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita serta Lelaki Bawah 17 Tahun dengan hadiah wang tunai ditawar hingga tempat kelapan bagi setiap kategori, membabitkan RM37,500 secara keseluruhan.
Selain futsal, saingan di Johor turut menjadi pertarungan buat pasukan yang ingin menyertai Karnival Bola Jaring Harian Metro dibawa khas AmBank bagi merebut kelayakan ke Grand Final.
Selain Ambank selaku penaja utama, karnival tahun ini turut menampilkan H-TWO-O sebagai penaja minuman rasmi selain Lancast (pakaian rasmi) dan Sani Express (pengangkutan rasmi). Sebarang pertanyaan mengenai futsal atau bola jaring, sila hubungi 03-20569 767 selepas jam 3 petang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan