Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 Jul 2012 08:06 PM PDT Penyerang import itu dikatakanyang memulakan provokasi KUALA LUMPUR: Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar didakwa memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus 'kekasaran melampau' ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. "Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya," kata pemain Selangor, Bunyamin Umar, semalam. Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad lalu. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. |
Posted: 13 Jul 2012 10:56 AM PDT SERAMAI 32 atlit Wilayah Persekutuan yang memperoleh pingat emas pada SUKMA kali ini menerima insentif disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di Kuantan, semalam. Insentif RM5,000 itu akan diberi dua kali, RM1,000 semalam dan bakinya selepas SUKMA XV menutup tirainya Isnin ini. Biarpun cabaran masih berbaki tiga hari lagi, pemberian insentif itu dapat menyuntik semangat atlit lain merebut pingat dalam baki acara dipertandingkan. Cabaran equestrian turut membuahkan hasil apabila memungut enam pingat emas, manakala karate pula menyumbang tiga emas. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan