Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Penutup terbaik’

Posted: 13 Jul 2012 12:47 PM PDT

LOW Wee Nee dari Pulau Pinang dan atlet Selangor, Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar muncul juara wanita dan lelaki individu skuasy Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, di Pusat Skuasy Kelab Golf Diraja, semalam.

Wee Nee mengetepikan pencabar dari Selangor, Tan Yan Xin 11-6, 11-5, 11-6 manakala Mohd Addeen Idrakie mudah menewaskan rakan sepasukan Mohd Zul Azri Abdul Jalil Azhar 11-9, 11-0, 11-6.


Wee Nee, 20, yang gembira berjaya membawa pulang pingat emas pada edisi Sukma terakhir baginya, sebelum ini gagal menyerlah kerana terpaksa bersaing dengan kakaknya, atlet kebangsaan Wee Wern yang juga pemenang emas pada tiga edisi Sukma.

Wee Nee yang beraksi di hadapan kakaknya Wee Wern berkata, dia memasuki gelanggang tanpa harapan tinggi kerana sudah lama tidak menentang Tan.


"Bagaimanapun pada perlawanan tadi saya dapat membaca rentaknya. Saya jadi lebih yakin dan dapat bermain dengan baik," katanya.


Mohd Addeen Idrakie pula menghadapi laluan mudah apabila lawannya Mohd Zul Azri mengalami kecederaan buku lali kanan yang menjejaskan pergerakan sehingga banyak memberi mata percuma kepadanya.

Ditanya mengapa dia tidak menarik diri, Mohd Zul Azri berkata dia tidak mahu menghampakan penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir.


"Sebenarnya saya sudah mengalami kesakitan sejak semalam lagi, tapi saya tetap mahu mencuba. Sekurang-kurangnya saya berjaya meraih beberapa mata," katanya.

Sementara itu, Rachel Arnold dari Wilayah Persekutuan dan Sanjay Singh dari Sarawak memperoleh gangsa bagi acara individu wanita dan individu lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/14


Cabaran Grand Final

Posted: 13 Jul 2012 09:27 AM PDT

PERTARUNGAN yang dinanti, Grand Final Futsal Harian Metro dan Karnival Bola Jaring dibawa oleh AmBank 2012, menyingkap tirainya, hari ini.

Saingan menghimpunkan 96 pasukan terbaik dari seluruh negara dengan 32 pasukan setiap kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 bertarung merebut gelaran juara mutlak.


Juara Terbuka Lelaki membawa pulang habuan bernilai RM20,000 manakala Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun masing-masing RM12,000 dan RM10,000.

Manakala Grand Final Karnival Bola Jaring Terbuka Lelaki dan Wanita turut membabitkan 32 pasukan berentap merebut hadiah keseluruhan bernilai RM14,000.


Maka, seperti kebiasaannya kejohanan tidak lengkap tanpa usaha terakhir penganjur bagi menjamin kelancaran pada hari pendaftaran dan sepanjang saingan berlangsung.


Bermula petang semalam, jawatan kuasa penganjur sudah sibuk melengkapkan kerja terakhir di lokasi kejohanan, Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka.

Menyediakan cenderamata buat pasukan bertanding sudah menjadi kewajipan buat penganjur untuk diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada peserta.


Antara penghargaan yang bakal dihadiahkan kepada setiap peserta adalah kemeja T, air isotonik H-Two-O dan roti.

Suasana bertambah sibuk dengan beberapa penaja turut menyediakan gerai masing-masing, terutama penaja utama, Ambank dan H-Two-O.


Namun, sekali lagi semua pemain diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing bagi proses pendaftaran. Tanpa kad pengenalan, pemain tidak akan dibenarkan beraksi.


Pemain juga diingatkan mengikut syarat ditetapkan penganjur bagi mengelak timbul sebarang masalah sepanjang kejohanan berlangsung.


Malah, penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati ada pasukan yang ingkar.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/14


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan