Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Nasib berbeza 2 Red'

Posted: 25 Aug 2012 02:20 PM PDT

Red Warriors hidupkan peluang, 'Misi 33' Red Giants kian samar

Kuala Lumpur Nasib berbeza dilalui dua pasukan gergasi bola sepak tempatan dengan juara Liga Super, Kelantan kembali bangkit mencatatkan kemenangan manakala Selangor yang menghambat 'Misi 33', berdepan laluan berliku apabila hanya sekadar seri di laman sendiri dalam saingan Piala Malaysia, malam tadi.

Untuk berita lanjut kerancakan Piala Malaysia, dapatkan akhbar BH Ahad hari ini.

Singa garang di kandang sendiri

Posted: 25 Aug 2012 02:13 PM PDT

Singapura: Reputasi Lions XII selaku pencabar utama dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia kembali menyerlah selepas mudah menjinakkan PKNS Selangor 3-1 pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Bagaimanapun penyokong Lions XII tergamam seawal minit ketujuh selepas PKNS Selangor membuat kejutan apabila mencipta jaringan berpunca dari gerakan Mohd Fauzan Dzulkifli dari tengah padang yang bijak melorongkan bola kepada Mohd Fazli Baharudin yang tidak dikawal mudah menolak bola menewaskan penjaga gol, Hyrulnizam Juma'at.

Tersentak dengan gol awal itu, Lions XII mula melancarkan serangan untuk memburu gol penyamaan dan pada minit ke-12 hasil gerakan kapten Shahril Ishak yang pantas melakukan sepakan lintang tepat kepada Khairul Nizam untuk merembat bola kencang menewaskan penjaga gol, Razi Effendi Suhit.
Derita PKNS

Ketika aksi memasuki minit ke-15, PKNS Selangor hampir melakar kejutan apabila bola rembatan Muhd Khairu Azrin Khazali dari jarak 30 meter terbias pemain pertahanan Lions XII memaksa Hyrulnizam yang tampak tidak berada di posisi terbaik terpaksa melayangkan badan untuk menguis bola keluar.

Namun tuan rumah menyentap semangat melawan PKNS Selangor apabila mencipta gol pada minit ke-18 selepas Shaiful Esah yang mengambil sepakan percuma dari jarak 25 meter merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang gol sukar buat Razi Effendi menyelamat bola dari menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, Lions XII tidak menunggu lama untuk menambah derita PKNS Selangor apabila menghasilkan gol pada minit ke-47 selepas Harriss Harun melintang bola tepat kepada Shahril yang sekadar menolak bola walaupun cuba dihalang pertahanan lawan untuk menewaskan Razi Effendi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan