Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Jangan demo!

Posted: 26 Sep 2012 01:21 PM PDT

Ahmad Said minta kempen 'Asal Bukan Che Mat' dihentikan

Kuala Terengganu: Demontrasi ABC (Asalkan Bukan Che Mat) yang dijadualkan di Dataran Batu Buruk, Sabtu ini, tidak mendapat restu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (kanan).

Peminat bola sepak No 1 Terengganu itu yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO semalam, berkata demontrasi berkenaan tidak perlu kerana ada cara lain untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini.

Walaupun tidak terbabit secara langsung dengan persatuan, sebagai wakil kerajaan negeri yang membiayai pasukan Terengganu dan T-Team, saya juga akan terbabit dengan proses pemilihan pemain musim baru" - Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu

Beri peluang

Beliau menasihatkan mereka terbabit dengan kempen ABC supaya memberi peluang kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan perubahan terlebih dahulu.

"Walaupun tidak terbabit secara langsung dengan persatuan, sebagai wakil kerajaan negeri yang membiayai pasukan Terengganu dan T-Team, saya juga akan terbabit dengan proses pemilihan pemain untuk musim baru supaya kedua-dua pasukan menjadi lebih mantap.

Ahad lalu, BH Sukan melaporkan peminat bola sepak skuad Penyu yang kecewa dengan pengurusan PBSNT diterajui Datuk Che Mat Jusoh melancarkan kempen, sejak Rabu minggu lalu.
Kempen facebook hebat, hangat

Kempen bertemakan "Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.

Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,393 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan manakala 3,179 bercakap mengenainya.

Laman Facebook itu juga turut mempamerkan gambar poster yang ditampal bukan saja di negeri ini malah di negeri lain seperti Selangor, Sabah dan Sarawak.

Menurut seorang penyokong Terengganu, Mohd Arif Kori, berkata kempen ABC adalah inisiatif peminat bola sepak, bukan anjuran mana-mana persatuan atau kelab penyokong.

"Mana-mana peminat bola sepak Terengganu seperti saya boleh menyertai kempen ini dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka dengan menampal poster ABC di mana-mana tempat yang mereka anggap sesuai," katanya.

Tentera mampu lakar sejarah: Rezal

Posted: 26 Sep 2012 12:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Rezal Zamberi Yahya tampil bersuara yakin, semalam betapa juara Liga Perdana, Tentera mampu mencapai matlamat ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini.

"Berdasarkan kepada prestasi semasa saya yakin Tentera mampu melakar sejarah ke separuh akhir musim ini," katanya.

Ada ramuan bergelar juara
Katanya, Tentera mempunyai segala ramuan bergelar juara dengan barisan pemain dedikasi, komited dan berdisiplin tinggi serta memiliki jurulatih berpengalaman, B Sathianathan yang pernah membawa Kelantan muncul juara pada 2009.

Dua pemain import yang menjadi taruhan besar kali ini adalah Bruno Sebastian Martelotto dari Argentina dan penjaring terbanyak Liga Perdana Marlon Alex James dari Kepulauan St Vincent.

Rezal, 34, dianggap pemain paling senior dalam skuad Tentera ketika ini pernah mewakili Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia menentang Perlis pada 2006 dan dua kali menentang Kelantan pada 2009 dan 2010.

"Jika disenaraikan berada dalam kesebelasan utama saya akan menggunakan segala pengalaman untuk membantu Tentera mara ke final dan untuk kali keempat dalam kejohanan ini bagi diri saya," katanya.
Lagi berita menarik sekitar kerancakan saingan Piala Malaysia, dapatkan akhbar BH di pasaran, hari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen