Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Nov 2012 12:25 PM PDT KESUNGGUHAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmat pemain paling bernilai (MVP), Norshahrul Idlan Talaha mungkin terpaksa dibayar harga cukup tinggi memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pastinya mahu merasai keuntungan selepas 'melabur' membentuk pemain itu menjadi penyerang digeruni negara. Adakah benar nilai RM1 juta perlu dibayar PBNJ untuk menebus baki kontrak setahun Norshahrul bersama Kelantan atau jumlahnya lebih tinggi mengikut penilaian majikannya yang kini mencongak dengan teliti kontrak itu dari sudut pasaran dan perundangan.
Biarpun tiada pengesahan rasmi gaji RM80,000 sebulan ditawar kepada Norshahrul seperti yang dilapor media tempatan setakat ini, namun yang pasti, PBNJ menawarkan pakej menarik untuk pemain kelahiran Besut, Terengganu itu.
"Saya serahkan segala keputusan kepada mereka (Kafa dan PBNJ). Saya tak tahu perkara ini menjadi serius, tunggu selepas saya balik dari Vietnam. Saya akan beritahu keputusan daripada perbincangan itu.
Norshahrul yang dinobat MVP dan penyerang terbaik kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut tahun ini menjadi buruan skuad Harimau Selatan selepas mempamerkan aksi mantap dengan meledak dua gol ketika membantu Kelantan menewaskan ATM, 3-2 pada final Piala Malaysia, piala ketiga musim ini selepas Liga Super dan Piala FA.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02 |
Posted: 01 Nov 2012 10:09 AM PDT ABU DHABI: Pasukan Formula Satu (F1) McLaren yakin mampu menghalang Red Bull mengesahkan kejuaraan pengeluar pada Grand Prix Abu Dhabi, hujung minggu ini. Pengarah sukan McLaren, Sam Michael berkata, perbezaan karakter litar mungkin menyaksikan kelebihan Red Bull dikurangkan dan memberi peluang kepada pasukan lain melakar kemenangan.
Selepas empat kemenangan berturut-turut, termasuk persembahan mengagumkan penyandang juara kategori pemandu, Sebastian Vettel, Red Bull mengungguli kedua-dua carta kejuaraan selepas 17 daripada 20 perlumbaan tahun ini.
Ini menjurus kepada banyak perkiraan bagi merebut kejuaraan, namun minimum buat Red Bull adalah berakhir di tangga pertama dan kelapan, atau kedua dan ketiga untuk muncul juara.
"Persembahan boleh berubah dari satu litar ke satu litar dengan perbezaan beberapa perpuluhan saat," jelasnya. "Jika bertindak cemerlang dari baris hadapan, maka anda berpeluang untuk menang." McLaren mempamerkan rentak kompetitif dan konsisten dalam beberapa perlumbaan lalu namun perlu mencari sentuhan tambahan untuk mengancam dan meranapkan impian Red Bull meraih kejuaraan pengeluar ketiga berturut-turut selain Vettel ditabal juara tiga kali paling muda dalam sejarah. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan