Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Badi 14 tahun berakhir

Posted:

Badi 14 tahun berakhir

Badi 14 tahun berakhir


Pemain Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan (tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. – REUTERS


JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – Utusan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

‘Gol Safee meyakinkan saya’

Posted:

'Gol Safee meyakinkan saya'

'Gol Safee meyakinkan saya'


Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – utusan/Shahril Azman Zain


JAKARTA – Pengendali skuad negara, K. Rajagobal mengakui dia sudah terbayang kejuaraan selepas jaringan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke-53 kerana amat sukar buat Indonesia bangkit mendapatkan lima jaringan dalam tempoh baki perlawanan yang tinggal di separuh masa kedua.

Katanya, selain memberikan kelebihan gol di tempat lawan, ia mengundang rasa keyakinan buat pemain pertahanan mudanya untuk bertahan membendung asakan bertali arus tuan rumah.

''Walaupun Indonesia cuba bangkit selepas mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-71, saya masih menaruhkan kepercayaan kepada para pemain untuk mempertahankan kelebihan yang kita ada.

''Selepas gol kedua Indonesia, saya sedar masa sudah semakin suntuk buat mereka dan kejuaraan hampir pasti dirangkul oleh kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Tambah Rajagobal, dia sedar Indonesia akan mempamerkan perwatakan agresif sebaik wisel perlawanan dimulakan dan memberitahu pemainnya supaya memberi lebih perhatian ketika bertahan pada awal 45 minit separuh masa pertama.

''Saya berpesan kepada pemain, sekiranya mereka kehilangan bola, mereka mesti cepat merampas kembali dan bekerja secara berpasukan.

''Kami dapat bertahan dengan baik dan berharap melakukan serang balas untuk melakukan jaringan.

''Sekiranya penalti pada minit ke-18 dapat disempurnakan oleh Indonesia, saya rasa ia mungkin memberikan semangat buat tuan rumah untuk mendapatkan gol namun saya puji semangat yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda saya," katanya.

Media Indonesia juga sempat bertanyakan apakah formula kejayaan yang dilakukan olehnya selepas kalah besar 1-5 pada perlawanan pertama.

Tanpa berselindung, Rajagobal berkata rahsia kejayaannya kerana memberikan kepercayaan kepada pemain mudanya dan menganggap kekalahan pertama itu sebagai proses kematangan. – Utusan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen