Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


United tabik ledakan Berbatov

Posted: 26 Jan 2011 02:56 PM PST

[unable to retrieve full-text content]BLACKPOOL: “Kami ada mentaliti kuat untuk menang, musim ini.” Itulah kata-kata bersifat angkuh yang terbit daripada mulut Dimitar Berbatov selepas dia menyumbat dua gol membantu Manchester United bangkit secara dramatik menewaskan Blackpool, awal pagi semalam.

Harus teliti

Posted: 26 Jan 2011 02:53 PM PST

Sukan

ISU melarang pemain kebangsaan - yang bakal terbabit dalam misi kelayakan Sukan Olimpik 2012 - beraksi di liga tempatan 'masih kabur' tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap melihat perkembangan itu daripada satu sudut positif.

Apa yang mahu dilihat nanti adalah perbincangan yang bakal diadakan dengan Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi maklumat lebih terperinci mengenai pemain daripada skuad mana yang terbabit akan dibawa menjalani latihan di kelab luar.

"Pengurusan skuad kebangsaan seperti skuad senior, Harimau Muda A, Harimau Muda B dan bawah 23 tahun diuruskan berasingan. Oleh itu kita akan lihat bagaimana topik itu nanti," kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, semalam. Hujah itu dibangkitkan berikutan kenyataan panas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi cadangan mahu melarang pemain yang bakal digilap ke arah misi kelayakan Olimpik dikecualikan daripada aksi Liga Malaysia, khasnya Liga Super.

Apapun, bagi Annuar yang melihat usaha kerajaan itu ke arah satu kebaikan, dia sekadar merumuskan pendirian FAM dengan berkata: "Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan."

Sementara itu, reaksi daripada beberapa anggota keluarga bola sepak tanah air turut senada dengan beliau yang rata-rata mengalukan cadangan kerajaan untuk mengumpul dan membentuk satu barisan padu yang boleh mengaum menepati status Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata larangan itu bukan saja mampu meningkatkan fokus pemain terbabit untuk menempah tiket ke Olimpik tetapi juga memudahkan mereka dihimpunkan dalam satu skuad serta menjalani latihan yang lebih seragam.
"Selain itu, mereka juga boleh dihantar berlatih serta menyertai kejohanan atau liga lebih berkualiti di luar negara bagi menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman," katanya diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu, semalam.

Hamidin berkata, larangan untuk pemain terbabit beraksi di liga tempatan tidak menjejaskan skuad Selangor menghadapi saingan Liga Super musim ini kerana semua tujuh pemain yang membantu skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF, baru-baru ini sudah melewati usia untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim turut bersetuju cadangan supaya pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 itu tidak beraksi di liga tempatan bagi membolehkan persiapan lebih rapi untuk skuad kebangsaan menghadapi kelayakan ke temasya itu.

Apapun, beliau berharap sebelum cadangan itu dilaksanakan, pasukan atau kelab yang mempunyai pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan itu haruslah dimaklumkan terlebih dulu supaya persiapan mereka untuk menghadapi saingan liga tempatan tidak terjejas.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan