Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Monsalve tawan Genting Highlands

Posted:

Monsalve tawan Genting Highlands

Monsalve tawan Genting Highlands

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


Saingan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands semalam memaksa setiap pelumba mengerah kudrat dalam usaha untuk menggenggam gelaran sebagai Raja Bukit.


PELUMBA pasukan Androni Giocattoli, Jonnatha Monsalve menjuarai peringkat kelima Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, semalam.

Meskipun berkayuh dalam keadaan cuaca hujan dan kabus tebal sepanjang laluan menuju ke Genting Highlands, ia tidak menghalang pelumba Venezuela itu untuk melintasi garisan penamat selaku juara dengan catatan masa 3 jam 33 minit 31 saat.

Kejayaan itu membolehkan Monsalve merampas Jersi Merah (Raja Bukit) daripada pelumba Azad University Cycling Team (IUA), Rahim Emami.

Tempat kedua pula menjadi milik pelumba veteran LeTua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor yang turut mencatat masa yang sama dengan Monsalve manakala Mirsamad Pourseyedi G. daripada IUA berada di tempat ketiga dengan catatan 3'33:32s.

Sebelum perlumbaan sejauh 124.3 kilometer dari Tapah semalam, pelumba pasukan Aisan Racing Team, Takeaki Ayabe serta Libardo disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menakluk puncak Genting Highlands.

Ini kerana, kedua-dua pelumba itu muncul juara dan naib juara pada peringkat keempat yang juga merupakan zon pendakian berstatus Hors dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands (137.6km) kelmarin.

Bagaimanapun, Nino Corredor yang telah menjangkau usia 43 tahun lebih mencuri tumpuan apabila dia sekali lagi menjejakkan kaki di podium selaku naib juara manakala Ayabe menamatkan perlumbaan di tempat ke-38.

Lebih manis, kejayaan muncul naib juara semalam membolehkan Nino Corredor yang juga pelumba tertua pada LTdL 2011 menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu individu keseluruhan yang sebelum ini menjadi milik Ayabe.

Sementara itu, Monsalve berkata, kejayaan yang diraihnya semalam tidak akan dicapai tanpa bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan sepasukannya serta seluruh krew pasukan Androni Giocattoli.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama Emanuele Sella yang banyak membantu saya mengharungi perlumbaan peringkat kelima ke Genting Highlands hari ini (semalam)," jelas Monsalve.

Pemenang peringkat pertama dan kedua, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli masih mengekalkan Jersi Biru (Raja Pecut) manakala Emami tampil sebagai pemilik baru Jersi Putih (pelumba terbaik Asia.)

Bagaimanapun, buat tahun ke-16 berturut-turut, barisan pelumba Malaysia masih gagal untuk menyaingi kehebatan pelumba asing dalam perlumbaan di peringkat pendakian berstatus Hors yang dibangga-banggakan selama ini.

Catatan terbaik pelumba Malaysia semalam hadir menerusi pelumba muda pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Saufi Mat Senan yang menjadi pelumba pertama negara sampai ke garisan penamat (ke-21).

Pelumba L2A, Ng Yong Li sekadar ditempat ke-30, diikuti Mohd. Adiq Hussainie Othman (ke-34), Mohd. Shahrul Mat Amin (41), Amir Mustafa Rusli (55), Mohd. Rauf Nur Misbah (69) dan Loh Sea Keong (72).

Hari ini, saingan akan diteruskan dengan peringkat keenam sejauh 107.0km yang akan bermula dari Rawang dan berakhir di Putrajaya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nazrulerwan terlepas aksi sulung

Posted:

Nazrulerwan terlepas aksi sulung

Nazrulerwan terlepas aksi sulung

PEMAIN pertahanan Pahang, Nazrulerwan Makmor terpaksa melupakan aksi sulung Liga Super 2011 menentang Perlis di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Ini kerana, bekas kapten Felda United musim lalu itu perlu menemani isterinya, Jureena Noordin yang dijadual bakal melahirkan anak sulung mereka di Bandar Baru Bangi hari ini.

"Memang agak kecewa kerana biasanya perlawanan pertama cukup penting bagi memberikan hala tuju positif kepada pasukan. Lebih-lebih lagi Pahang merupakan pasukan baru saya musim ini.

"Apa pun, komitmen keluarga lebih penting dan jurulatih (Dollah Salleh) telah beri kebenaran untuk saya menyelesaikan hal ini terlebih dahulu.

"Insya-allah saya akan kembali beraksi pada aksi kedua menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam pada Selasa depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nazrulerwan, 31, yang turut pernah beraksi bersama Selangor, PKNS dan KL Plus bakal bergandingan dengan Saiful Nizam Miswan di posisi pertahanan tengah Pahang musim ini.

Namun ketiadaannya esok menyaksikan Dollah bakal menggandingkan Saiful Nizam dengan seorang lagi bekas pemain Selangor, Fadzirul Zakaria.

"Biarpun enam muka baru menyertai Pahang musim ini, kami tidak menghadapi banyak masalah kerana kebanyakan pemain sudah mengenali satu sama lain sebelum ini.

"Pasukan Pahang musim ini nampak lebih seimbang di semua posisi dan kami harap dapat menjuarai sekurang-kurangnya satu kejuaraan," ujarnya.

Skuad Pahang mempertaruhkan sentuhan bekas penyerang Selangor, R. Surendren dan bekas penyerang PKNS, Alafi Mahmud manakala Jalalludin Jaafar dan Zaiza Zainal Abidin mengemudi jentera tengah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Safee buru hadiah hari lahir

Posted:

Safee buru hadiah hari lahir

Safee buru hadiah hari lahir


SAFEE (kanan) mencari hadiah hari lahir.


PENYERANG Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali mahu menjadikan sambutan hari lahirnya yang ke-27 esok lebih bermakna dengan menjulang trofi Piala Sultan Ahmad Shah untuk musim ketiga berturut-turut, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Secara kebetulan aksi sumbangsih yang juga perlawanan sulung Liga Super 2011 di antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam itu jatuh pada tarikh yang sama dengan hari lahir Safee.

Selain itu, Safee turut meledak satu gol pada kedua-dua aksi sumbangsih sebelum ini iaitu ketika Selangor menewaskan Kedah 4-1 di Alor Setar pada 2009 dan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Paroi pada 2010.

Bagi Safee, dia mahu mengekalkan rekod tersebut selain rentak jaringan ketika Piala Suzuki AFF 2010 bulan lalu apabila turun bertemu Kelantan malam esok.

"Apabila menyambut hari lahir, mestilah seseorang itu mahu menyambutnya dengan kegembiraan. Jadi saya pun mahu menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna dengan sekali lagi menjulang Piala Sultan Ahmad Shah.

"Saya juga bertekad meneruskan rekod jaringan saya pada dua aksi sumbangsih sebelum ini dengan meletakkan sasaran untuk menjaringkan satu atau dua gol pada Sabtu ini (esok)," kata Safee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Biarpun kesuntukan masa untuk membentuk keserasian bersama pemain-pemain baru musim ini kerana tugasan Piala Suzuki AFF, Safee yakin gandingannya bersama Fadzli Saari musim ini mampu menggegar.

"Memang masa cukup singkat. Tapi sepanjang latihan kami bekerja keras dan akhirnya persefahaman itu sudah menampakkan keserasian," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan