Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Posted:

Tengku Abdullah minta Safee fikir 'semasak-masaknya'

Tengku Abdullah minta Safee fikir 'semasak-masaknya'


Safee Sali


TIMBALAN Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati Safee Sali supaya memikirkan 'semasak-masaknya' sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.

Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negara selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

"FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara," kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

"Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.

"Oleh itu, saya harap Safee memikirkan dulu semua perkara sebelum membuat keputusan.

"Jangan pula pilihan yang dibuatnya ini akan merugikan masa depannya dan juga negara," ujar baginda lagi.

Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.

Sementara itu, mengenai imbuhan kepada pemain skuad Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat, Tengku Abdullah berkata, ia akan diumumkan oleh Presiden FAM sendiri, Sultan Ahmad Shah pertengahan bulan ini.

"Saya rasa lebih baik kita jangan fikir sangat tentang ganjaran atau imbuhan kepada pemain negara ini. Kita tidak boleh terlalu teruja dengan kejayaan ini," jelas Tengku Abdullah.

"Bagaimanapun, FAM akan tetap memberi ganjaran kepada pemain negara, cuma masih belum pasti bila- kah masa untuk mengumumkannya.

"Semua ini terpulang kepada presiden sendiri untuk menentukannya dan saya rasa mungkin pada pertengahan bulan ini Presiden FAM akan umumkan," tambah baginda lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Astro Media penaja bersama Liga M

Posted:

Astro Media penaja bersama Liga M

Astro Media penaja bersama Liga M

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


TENGKU ABDULLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.

Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televi- syen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.

Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawa- nan Liga M.

"Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun," kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.

"Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.

"Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media."

Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.

"Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.

"Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri."

Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media sete- lah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.

"FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini," kata Annuar.

"Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.

"FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejo- hanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksi- kan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara."

Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.

"FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.

"Ada beberapa nama besar yang telah mengemuka- kan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM," ujar Annuar.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan