Kosmo Online - Sukan |
Posted: Wajah baru SelangorOleh WAN FAKHRUL BAKAR BARISAN pemain Selangor giat menjalani latihan di Padang SUK, Shah Alam semalam. JUARA bertahan, Selangor tampil dengan wajah baru bagi menghadapi saingan Liga Super 2011 yang akan bermula 29 Januari ini. Selepas pulang dari latihan pra musim selama seminggu di Perth, Australia Ahad lalu, skuad Selangor kembali turun menjalani latihan seperti biasa di Padang SUK, Shah Alam petang semalam. Mereka kini tampil dengan kelengkapan latihan dan jersi tajaan jenama sukan, Kappa untuk menggantikan Adidas yang menaja skuad Selangor selama enam musim dari 2005 hingga 2010. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, majlis memperkenalkan pemain baru Selangor 2011 serta jersi baru pasukan berjenama Kappa itu akan diada- kan di Stadium Shah Alam, Selasa depan. "Selepas kembali dari Australia, pemain-pemain mula berlatih petang ini (semalam) dan kita akan mengadakan persiapan terakhir menjelang sepak mula bertemu Kelantan pada 29 Januari nanti. "Latihan kini kembali lengkap setelah enam pemain kebangsaan (Safee Sali, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar dan Razman Roslan) sudah bersama pasukan," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam. Dua minggu menjelang saingan sebenar, Selangor merancang tiga aksi persahabatan iaitu bertemu ATM (Sabtu), Sime Darby (19 Januari) dan Pulau Pinang pada 22 Januari. Sesi latihan petang semalam menyaksikan kelibat enam pemain baru Selangor musim ini iaitu Fadzli Saari, Saiful Amar Sudar, Azidan Sarudin, Yosri Derma Raju, S. Sritharan dan K. Depan Sakwati. Bagi Fadzli, 28, yang merupakan penyerang KL Plus musim lalu, dia tidak berasa begitu janggal dan sukar menyesuaikan diri kerana pernah menyarung jersi Selangor selama dua musim iaitu pada 2007 dan 2008. "Cuma ini pertama kali saya berlatih di bawah kendalian jurulatih K. Devan. Tetapi tiada banyak masalah sangat dan saya perlu menunjukkan komitmen bagi merebut tempat dalam kesebelasan," kata Fadzli selepas latihan semalam. |
Posted: Amaran keras MB TerengganuOleh MUSTAPA LAKAWA AHMAD (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Sharbinee, Muslim dan Izzaq Faris di Hotel Primula, Kuala Terengganu kelmarin. KURANG tiga minggu sebelum bermulanya sepak mula kempen Liga Malaysia (Liga M), dua pasu- kan dari Pantai Timur, Terengganu dan T-Team awal-awal lagi diberikan amaran keras oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Menurut Ahmad, mana-mana pemain yang beraksi dalam Liga M atas nama negeri itu, perlu mempunyai sikap profesional yang tinggi selain memiliki disiplin diri yang kental. Jika kedua-dua elemen tersebut tiada, Ahmad menegaskan, tindakan penyingkiran termasuk pemo- tongan elaun dan gaji akan dilaku- kan. "Tidak kira pemain itu beraksi untuk pasukan Terengganu atau pasukan T-Team, jika mereka mempunyai masalah disiplin, saya mahu mereka disingkirkan. "Apa guna kita menyimpan pemain hebat jika mereka tidak mempunyai disiplin dan semangat yang baik. Kita tidak mahu pemain yang terlibat dalam jual beli permainan sehingga merosakkan maruah pasukan. "Saya mahu mereka ini disingkirkan dan saya tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kita telah melabur sejumlah wang yang besar," katanya kelmarin. Ahmad sebelum itu ditemui selepas menyampaikan wang tunai RM5,000 serta surat kontrak berupa satu lot tanah kepada enam anak Terengganu yang mengharumkan nama Malaysia pada Kejo- hanan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini. Enam pemain tersebut ialah Mohd. Sarbini Alawee Ramli, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Mohd. Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd. Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha. Pada majlis sama, Ahmad turut menyaksikan upacara menandata- ngani kontrak bagi pemain-pemain Terengganu dan T-Team untuk musim 2011. Mengulas lanjut mengenai amaran itu, Ahmad juga mahu pemain yang tidak profesional di atas padang dikenakan pemotongan gaji dan elaun sebagai suatu pengajaran kepada mereka. "Kita akan memperkenalkan sistem potong elaun atau gaji terhadap pemain-pemain yang ponteng latihan atau sengaja mencari masalah sewaktu perlawanan sehingga dilayangkan kad merah atau kuning. "Mereka ini adalah pemain yang tidak profesional. Dengan bayaran gaji yang cukup besar, pemain-pemain sepatutnya bermain bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat," jelasnya lagi. Ahmad yang juga peminat No. 1 bola sepak di Terengganu turut melahirkan harapannya agar dua pasukan yang mewakili Terengganu pada kempen Liga Malaysia musim ini dapat membawa balik sekurang-kurangnya satu piala. "Untuk tahun ini, saya tidak kisah kejuaraan mana yang kita peroleh sama ada Piala Malaysia, Liga Super atau Piala FA, asalkan dua pasukan ini dapat membawa balik sekurang-kurangnya satu piala," katanya. Sebagai pembakar semangat, Ahmad turut menjanjikan hadiah lumayan kepada pasukan yang berjaya mengharumkan nama Terengganu pada pentas saingan Liga Malaysia musim ini. Pada aksi pembukaan Liga Super 29 Januari ini, Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti akan melayan kunjungan Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. T-Team pula yang di bawah kendalian jurulatih baru, Yunus Aliff akan berkunjung ke Alor Setar menentang Kedah. |
Posted: Habuan menanti pelumba negaraOleh JAGATHESWARY NARAYANAN GANJARAN wang tunai akan diberikan kepada mana-mana pelumba Malaysia yang berjaya meraih tempat pertama setiap peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011. Berita baik itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL, Mohamed Salleh di Pusat Akuatik Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil semalam. Beliau berkata, ganjaran wang tunai tersebut adalah sumbangan peribadi beliau sendiri sebagai motivasi kepada pelumba Malaysia untuk meningkatkan prestasi mereka dan menaikkan nama negara dalam perlumbaan paling berprestij di Asia itu. "Sebelum ini, saya telah memutuskan untuk memberi RM500 tetapi setelah melihat semangat para pelumba, apa salahnya jikalau ganjaran ini ditambah kepada RM1,500. "Sama seperti ganjaran (Tabung Aku Janji) yang diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan semasa menyertai Piala AFF Suzuki baru-baru ini, para pelumba skuad negara juga layak diberi ganjaran yang sama. "Ini disebabkan mereka juga berusaha gigih untuk menaikkan nama negara di arena sukan antarabangsa. "Ini adalah janji saya kepada setiap pelumba Malaysia. Kalau ada pihak atau individu yang mahu menyumbang sama, saya meng- alu-alukannya," kata Mohamed. Terdahulu, beliau menerima penajaan daripada Nestle Products Sdn. Bhd. berjumlah RM250,00. Mengenai penajaan bagi edisi LTdL 2011, Mohamed berkata, pihaknya kini memper- oleh penajaan wang tunai dan barangan berjumlah kira-kira RM6 juta. Jelasnya, bagi perlumbaan kali ini, 23 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka. "Walaupun setakat ini tiada pasukan Pro-Tour yang menyertai LTdL kali ini, kita mempunyai sembilan pasukan profesional benua, 12 pasukan benua dan dua pasukan kebangsaan," katanya. Pada LTdL 2011, selain pasukan kebangsaan Malaysia, peminat-peminat tempatan juga akan menyaksikan dua pasukan benua Malaysia yang turut mengambil bahagian iaitu Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) dan Le Tua Cycling Team (L2A). "Ada juga pelumba kita yang berlumba dengan pasukan benua. Misalnya, Mohd. Adiq Husainie Othman yang berlumba dengan pasukan Drapac Profes- sional Cycling Team. Dia boleh menjadi tarikan pada perlumbaan kali ini," katanya. LTdL 2011 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM1 juta dijadualkan bermula pada 23 Januari ini hingga 1 Februari depan meliputi 10 peringkat membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,315.4 kilometer. Ia akan bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sementara itu, Karnival LTdL 2011 akan berlangsung di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth, Pulau Pinang selama lapan hari bermula 24 Januari ini. Selain Pulau Pinang, ia turut diadakan di beberapa lokasi lain antaranya Plaza D'Mara (Setiawan, Perak), Tapak Pasar Malam Tanah Rata (Cameron Highlands, Pahang), Istana Kehakiman (Putrajaya), pekan Tampin (Negeri Sembilan), Gedung Ten-ten (Jasin, Melaka), Dataran Nilai (Negeri Sembilan) dan Dataran Merdeka. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan