Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kami tak akan gelap mata'

Posted: 13 Feb 2011 11:43 AM PST

Sukan

  SULTAN Ahmad Shah    (dua dari kanan) berbual dengan   Safee Sali di majlis pemberian ganjaran oleh FAM    di atas kejayaan skuad Harimau Malaya menjuarai   Piala Suzuki AFF 2010 di Wisma FAM, semalam.

SULTAN Ahmad Shah (dua dari kanan) berbual dengan Safee Sali di majlis pemberian ganjaran oleh FAM di atas kejayaan skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di Wisma FAM, semalam.

Skuad Harimau Malaya dapat ganjaran berjumlah RM1.24 juta

"LIMPAHAN ganjaran ini tidak akan buat kami leka atau 'menggelapkan mata' kami. Ia akan menjadikan kami dahagakan lebih banyak kejayaan."

Itulah ayat pertama yang terpacul daripada ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim selepas dia dan rakan sepasukan ceria menerima ganjaran RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam. Ganjaran berjumlah RM1.24 juta untuk 22 pemain, termasuk ketua jurulatih, K Rajagobal diberi atas keringat mereka melakar sejarah menamatkan penantian 14 tahun negara menjulang Piala Suzuki AFF buat julung kali 29 Disember lalu dengan menundukkan Indonesia 4-2 atas agregat.

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan angka ganjaran diterima daripada badan induk itu adalah terbanyak pernah diterima oleh pemain kebangsaan dalam sejarah bola sepak negara.

"Saya bagi pihak rakan sepasukan mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ahmad Shah dan FAM. Kami cukup terharu dan gembira," kata pemain Selangor itu. "Kami berjanji akan terus meningkatkan prestasi diri serta pasukan."

Penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali yang akan menyahut cabaran baru beraksi bersama Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia (ISL) pula menyifatkan ganjaran itu berbaloi dengan kerja keras dan pengorbanan yang ditunjukkan pemain.
"Kami akan cuba meningkatkan prestasi bagi memburu kejayaan lebih besar dan berprestij pada masa depan," katanya yang berangkat ke Jakarta pagi ini untuk menandatangani kontrak dan beraksi bersama Pelita Jaya.

Ketika ditanya adakah limpahan ganjaran yang diterima akan menjejaskan prestasi dia dan rakan sepasukan, Safee berkata: "Saya percaya ia akan menjadi dorongan terbaik untuk memotivasikan diri kami."

Selain itu, sembilan pegawai lain masing-masing RM10,000 bagi menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran yang diberikan sebanyak RM1.24 juta.

Sebelum ini, anggota skuad Harimau Malaya menerima insentif saham amanah dan wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang daripada kerajaan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Selain itu, mereka turut menerima pelbagai habuan, termasuk banglo dan lot tanah daripada kerajaan negeri masing-masing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Gri Margono Selamat

amat bangga sekali anak anak jati Malaysia akhirnya membuktikan kita memang boleh, Rajagobal memang jurulatih yang terbaik saya pernah saksikan di negara keramat ini, tahniah teruskan perjuangan anda, saya dari dulu dan sentiasa menyokong anda, tahniah

suharizan bin abdul ghani

berjasa patut diberi ganjaran. Pemberian ini amat wajar kerana semasa sentiasa tewas, apa mereka dapat, kutukan dan cemuhan, betul tak?

halim

lebih banyak pendedahan di peringkat lebih tinggi akan lebih mematangkan pemain-pemain malaysia....di harap dengan imbuhan tersebut lebih memberi impak dan perangsang kepada skuad malaysia dan impian untuk melayakkan diri ke pusingan akhir piala asia dan piala dunia akan tercapai...

ali

ye dop tu...kang sembang je..

stam

anda mmg patut menerima ganjaran ini kerana telah berjaya menaikkan nama malaysia kembali.harap pemain jangan leka dan bermain sepenuh hati untuk negara..tahniah.

khairulust

jgn gelap mata dapat duit banyak...jadikan ganjaran ini sebagai motivasi dan tunjukkan kecemerlangan yang konsisten.

muhammad arif hakimi

selamat maju jaya harimau malaya .. malasia boleh

mosie m

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan, FAM. khasnya PM serta doa sokongan seluruh rakyat malaysia yg tercinta ini atas kejuaraan pasukan bola sepak piala suzuki bru2 ini.ganjaran dan pujian sememangnya sgt baik dn patut..tpi untuk meneruskan kejayaan in, harus lah pihak FAM lebih byk perlawanan antarabangsa untuk pendedahan pd pamain sebanyak mungkin, dan menghantar atau menggalakan pemain muda dan berpontisi bermain di liga lebih tinggi. tq


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MSN-KOAM kembali 'bertegang leher' dengan KOAM

Posted: 13 Feb 2011 11:42 AM PST

Sukan

MAJLIS Sukan Negara (MSN) kembali 'bertegang leher' dengan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) apabila menyebut badan berkenaan perlu menanggung perbelanjaan lima daripada enam atlit berjalan kaki yang akan bertolak menjalani latihan di Kompleks Sukan Ranau, Rabu ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata pihaknya hanya menanggung perbelanjaan untuk Teoh Boon Lim kerana pemenang pingat emas Sukan SEA Laos itu adalah antara 15 atlit diluluskan pihaknya untuk menjalani latihan di Ranau.

"Saya sudah memberi penjelasan bahawa kelulusan untuk menjalani latihan di Ranau hanya diberi kepada 15 atlit termasuk Boon Lim. Jadi, mengapa mereka menghantar nama atlit lain sebagai pengganti untuk menjalani latihan di sana. "Sekiranya mereka mahu menghantar atlit lain menjalani latihan di sana, mereka perlu menanggung perbelanjaan atlit terbabit kerana kita tidak akan berbuat demikian," katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim kelmarin yang berkata seramai enam atlit berjalan kaki menjadi kumpulan pertama yang akan bertolak menjalani latihan di Ranau, Rabu ini.

Zolkples turut hairan dengan kenyataan Karim bahawa asrama atlit terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Kompleks Sukan Ranau.

"Jika dia kata dekat kenapa dalam senarai perbelanjaan, KOAM menuntut kos perbelanjaan mengangkut atlit dengan bas yang memerlukan ratusan ringgit setiap hari," soal Zolkples.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Asicsbest

Tanyalah KOAM mana program pembangunan mereka? POA negeri2 pun byk yg tidur drp bekerja. lihat saja kejohanan terbuka negeri2 ada acara yg xdpt dijalankan krn tiada peserta... Mana perginya POA daerah? Kdg2 AJK KOAM syok sendiri saja, nk banding dgn kejohanan MSS daerah pun mcm langit dgn bumi, nasib baik MSN ada projek dgn MSSM adalah atlit pelapis... Mana projek KOAM ?

reezan1283

panggil la sprm siasat. nie buat latihan dlm kawasan pndalaman sbb bole claim lebih. dah nama atlit perjalanan tempat latihan cuma 10 minit jogging ajela. apa la pemalas sangat jd atlit

Abd Rahim Omar

Macam mana sukan negara nak maju, soal latihan ni pun tidak ada penyelarasan. Banyak sngat badan yang hendak menjadi jaguh, tapi hasilnya tak kemana.

siloutebuk

Sedih btl, sejak akhir2 ni, Ranau mendapat imej yg sgt buruk akibat pertikaian antara MSN-KOAM berhubung cadangan latihan atlit di Kompleks Sukan Ranau. Bila mslh ni selesai? n smpi bila pncpaian atlit mncpi thp dunia klu camni????????????


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen