Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Gattuso ganas'

Posted: 16 Feb 2011 12:27 PM PST

Sukan

bertindak kasar menanduk penolong jurulatih Spurs, Joe Jordan selepas wisel penamat

MILAN: Peter Crouch muncul wira Tottenham Hotspur dengan jaringan penting di gelanggang lawan apabila menewaskan juara tujuh kali, AC Milan 1-0, awal pagi semalam, namun kelibatnya terus dibayangi insiden yang tercemar gara-gara gelagat pemain lawan, Gennaro Gattuso.

Bekas pemain Rangers mencuri tumpuan apabila bergeseran dengan Crouch semasa perlawanan pusingan ke-16, Liga Juara-Juara Eropah dan lebih mengejutkan apabila bertindak kasar menanduk penolong jurulatih Spurs, Joe Jordan selepas wisel penamat - senario yang mencipta rasa marah dengan beberapa pemain daripada ke-dua-dua pasukan terbabit dalam pergaduhan. Sebelum itu, pemain Itali itu menyerang dan menolak Jordan di tepi garisan pada babak kedua di San Siro.

"Saya hilang kawalan dan bertanggungjawab dalam insiden ini. Saya melakukan sesuatu yang harus tidak dilakukan," kata Gattuso dengan nada kesal selepas itu.

Apapun, dia kini berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang sudah pun memulakan penyiasatan, semalam.

Sementara itu, bekas bintang Real Madrid, Raul Gonzalez merakamkan gol ke-71 dalam kancah Eropah apabila menjadi penyelamat dengan gol penyamaan untuk kelab Jerman, Schalke ketika seri 1-1 dengan Valencia di Stadium Mestalla.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada sijil atau tak kita tetap turun: Karim

Posted: 16 Feb 2011 12:23 PM PST

Sukan

TREK sudah siap sepenuhnya dan soal Sijil Layak Menduduki (CF) atau pun sijil pengiktirafan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) tidak perlu sama sekali bagi atlit jalan kaki yang akan tiba ke Kompleks Sukan Ranau, Sabah, hari ini untuk latihan fasa pertama persediaan ke Sukan SEA, Indonesia, November ini.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata soal CF tidak diperlukan untuk membolehkan atlit kumpulan pertama itu menjalani latihan di atas trek di kompleks yang mencetuskan pertikaian antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOAM.

"Tidak timbul soal memerlukan sijil pengiktirafan IAAF untuk menjalani latihan di Ranau. Pengiktirafan itu diperlukan hanya apabila mahu menganjurkan pertan-dingan di peringkat antarabangsa," katanya yang membalas kenyataan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengenai trek di Ranau. Tanpa penyertaan satu-satunya atlit yang ditanggung MSN daripada 15 atlit yang diluluskan, Teoh Boon Lim kerana menemani isterinya yang baru melahirkan anak, Karim bersama-sama lima atlit jalan kaki yang lain berlepas ke Ranau dengan perbelanjaan badan induk olahraga itu dengan sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

"Kami akan bayar dulu perbelanjaan bagi meneruskan perancangan yang sudah tergendala daripada jadual asal. Saya sudah tidak mahu layan lagi dan tidak mahu menghabiskan tenaga memanjangkan isu ini namun saya mahu tahu di mana perginya duit perbelanjaan bagi persiapan atlit," katanya.

Karim mendakwa MSN seolah-olah cuba menggunakan kuasa sebagai pemegang dana sukan dengan menghalang persiapan skuad olahraga ke Sukan SEA seperti yang pernah dilakukan MSN sebelum ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan