Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


ISN tetap bimbang

Posted: 21 Feb 2011 03:14 PM PST

Sukan

pix_gal0
'Kita tak mahu ada komplikasi jika Azizul bergerak terlalu awal'

ANDAI berpandu kepada kata-kata Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, semalam kecederaan yang menimpa Azizulhasni Awang tetap membimbangkan.

Ikon sukan negara itu diminta berehat lapan minggu sebelum bergerak semula kerana situasi itu - selepas pembedahan di Manchester, kelmarin - belum boleh dianggap selamat dan tidak mahu pulang secara tergesa-gesa ketika ini. "Walaupun kayu kecil sekalipun, kesannya adalah besar. Kita tidak mahu ada komplikasi seperti jangkitan dan pendarahan berlebihan jika dia bergerak terlalu awal," katanya mengenai Azizulhasni yang tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter di betis kirinya selepas berlanggar dengan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, Sabtu lalu.

Nasihat itu tampak dikongsi bersama ketua jurulatih skuad trek negara, John Beasle yang tidak mahu jagoan didiknya itu terburu-buru kembali ke gelanggang, sebaliknya mahu memikirkan strategi membantu pemenang pingat emas Sukan Asia itu untuk layak ke Sukan Olimpik 2012.

Ramlan menambah tusukan kayu itu sebenarnya agak berbahaya kerana permukaan kayu tidak licin dan koyakan yang terkena tidak kemas dan menyebabkan proses pemulihan dalaman tidak sekata. Beliau meminta Azizul tidak melakukan sebarang senaman dalam tempoh tiga minggu ini sambil pemantauan secara berperingkat akan dilakukan dalam tempoh masa enam minggu.

Berdasarkan laporan awal yang diterimanya, Ramlan berkata Azizulhasni bernasib baik kerana tusukan kayu itu tidak mengenai otot mahu pun pembuluh darah yang mungkin menyebabkan kecederaan yang lebih parah.
"Saya tidak pasti sama ada Azizulhasni akan terus ke Melbourne atau pulang ke tanah air selepas ini. Namun saya meminta pelumba itu tidak tergesa-gesa untuk pulang walaupun pembedahan berjaya dilakukan, dia kena berhati-hati kerana agak berbahaya jika perlu menaiki pesawat dalam tempoh masa yang panjang," katanya.

Katanya pegawai ISN, Kate Wallis akan memantau perkembangan Azizulhasni jika pelumba itu pulang ke Melbourne dan akan memaklumkan perkembangan dari masa ke semasa pelumba itu yang terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda bulan depan.

Walaupun terjatuh dengan serpihan kayu menembusi betisnya, Azizul terus bangun menamatkan perlumbaan untuk meraih pingat gangsa acara Keirin.

Berbekal kedudukan itu dan mata dikumpul, Azizulhasni masih lagi berkedudukan sebagai pelumba nombor satu dalam acara Keirin dan yakin kedudukan itu akan dapat dikekalkan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sorakan penonton bakar semangat Fahmi

Posted: 21 Feb 2011 03:10 PM PST

Sukan

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Yakin boleh tewaskan Pakistan esok

"SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami," kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.

Penjaga gawang Kelantan yang menjadi antara 18 pemain terakhir dipilih semalam meminta rakan sepasukan lain mengaut peluang beraksi di halaman sendiri untuk mendapatkan modal selesa sebelum menentang lawan sama dalam perlawanan kedua di Lahore pada 9 Mac ini. "Saya yakin dengan sokongan padu peminat terhadap skuad kebangsaan, kita mampu mencatat kemenangan di Stadium Shah Alam nanti. Saya akan cuba sebaik mungkin memastikan gawang negara tidak dibolosi dengan mudah oleh lawan," kata Fahmi yang mula menyertai kem latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Sabtu lalu.

Empat pemain negeri dengan selebihnya pemain Harimau Muda A mengisi senarai 18 pemain skuad kendalian Ong Kim Swee, yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Olimpik 2012 dan mempertahan pingat emas Sukan Sea, November ini.

Sandaran Kim Swee memastikan Pakistan berputih mata dalam kunjungan ke Shah Alam, terletak di bahu barisan pertahanan kental diterajui Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Faizal Muhamad.

Bagi mempertajam jentera serangan yang kehilangan khidmat Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Awari Ibrahim akibat kecederaan, Kim Swee memanggil dua tonggak Kedah, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar serta penyerang Negeri Sembilan, Mohd Fakri Saarani.
Mahali Jasuli, K Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor kemungkinan diberi kepercayaan sebagai perancang utama di bahagian tengah untuk mencorak permainan skuad Olimpik negara sekali gus merobek gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark (Birkerod IF Skjold), Yousof Ejaz Butt.

Tiket perlawanan akan dijual mulai, hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

INFO

Senarai terakhir 18 pemain

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Fakri Shaarani (Negeri Sembilan), K Gurusamy, Mahali Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, S Sivanesan, Mohd Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen