Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 Feb 2011 03:09 PM PST Sukan KIM Swee (kanan) mengendalikan latihan ringan skuad Olimpik Malaysia menjelang pertembungan menentang Pakistan pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini. Pasukan negara pimpinan Ong Kim Swee kini menghuni tangga ke-140 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal bertemu lawan di tangga ke-173 - pertembungan yang boleh dianggap sebagai ujian mudah buat skuad kebangsaan berpandu kepada jurang semasa itu. Namun, faktor tinggi rendah ranking sesebuah pasukan tidak lagi relevan dan pemain mengerti misi mereka adalah untuk menang di halaman sendiri yang sudah menjadi gelanggang keramat mereka. Selepas detik gemilang dilakar barisan K Rajagobal menjuarai Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki 2010, kini peluang terbuka kepada Kim Swee membuktikan dia juga ada muslihat menumbangkan Pakistan dalam kancah saingan sebenar yang harus mencengkam minda.Cabaran dipikul skuad muda negara amat besar kerana keputusan positif, malam ini akan terus menambat kepercayaan peminat terhadap kemajuan bola sepak tanah air. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow, Russia (ketika itu dikenali sebagai Kesatuan Soviet) tetapi anehnya tidak beraksi kerana memboikot tindakan Soviet menyerang Afghanistan. Apapun, barisan ini akan memberi satu permulaan meyakinkan. |
Ibu lega Jijoe keluar hospital Posted: 22 Feb 2011 03:07 PM PST Sukan SELAMIAH menatap laporan akhbar mengenai Azizul, di Dungun, semalam. SELAMIAH Yong - ibu kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang lega kerana pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kaki anaknya berjaya dan sudah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke Melbourne. Ibu berusia 47 tahun itu berkata, dia menerima berita itu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar Azizulhasni pada jam 1.30 petang semalam yang memberitahu dia selamat dan sedang menunggu penerbangan dari Dubai ke Melbourne. "Jijoe (Azizulhasni) memberitahu kakinya masih sakit tetapi minta kami sekeluarga tidak bimbang keadaannya. "Kami bangga dengan Jijoe yang tetap meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat sedangkan kakinya ketika itu masih tertusuk serpihan kayu itu. Dia tidak menyerah kalah demi negara," katanya ditemui di rumahnya di Jalan Teratai, Dungun, semalam.Selamiah berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 11 malam daripada seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan insiden itu dan sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib anaknya. "Saya terasa ngeri melihat serpihan kayu itu dan tidak putus berdoa agar kecederaan itu tidak parah serta boleh membawa kecederaan yang serius sehingga dia tidak dapat berlumba lagi," katanya. Betis kiri Azizulhasni tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter ketika dia menyertai acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, Sabtu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan