Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


PKBM pening

Posted:

PKBM pening

PKBM pening


ANUAR menarik diri daripada ACC akibat demam panas dan Harrif (kanan) pula menolak tawaran dengan alasan kurang bersedia.


ANUAR Manan menarik diri, Mohd. Harrif Salleh pula menolak tawaran.

Akibatnya, keadaan menjadi bercelaru dalam skuad berbasikal lebuh raya negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 yang sedang berlangsung di Korat, Thailand.

Harapan negara, Anuar menarik diri akibat demam, manakala calon penggantinya, Harrif menolak pelawaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Jika sebelum ini Harrif mempersoalkan tindakan PKBM yang tidak memanggilnya menyertai skuad kebangsaan, sekarang peluang yang ada ditolak mentah-mentah oleh pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu atas alasan kurang persediaan.

Menurut Harrif, dia dimaklumkan oleh pegawai PKBM tengah hari semalam mengenai penyenaraian semula namanya dalam skuad lebuh raya Malaysia, namun alasan tidak melakukan persediaan dari awal digunakan untuk menolak pelawaan tersebut.

"Mereka ada menghubungi saya untuk menggantikan Anuar yang menarik diri, mereka suruh saya datang ke Korat, Thailand pagi esok (hari ini) namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut walaupun dalam hati saya meronta-ronta untuk pergi," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, jika diberitahu lebih awal, terutama sekali selepas perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) berakhir sudah pasti dia dapat memenuhi tugas berkayuh untuk negara.

"Saya tidak mahu mewakili negara dengan persediaan yang tidak cukup, saya juga tidak mahu menghampakan rakan-rakan yang lain dan kontinjen Malaysia itu sendiri, tambahan pula ini adalah kejohanan besar di Asia.

"Saya juga bukan merajuk selepas nama saya tidak disenaraikan sebelum ini tetapi seperti yang saya jelaskan, saya tidak yakin jika turun beraksi selepas nama saya disenaraikan pada saat-saat terakhir," katanya.

Sebelum ini, PKBM telah menyenaraikan Anuar, Amir Mustafa Rusli, Mohamad Adiq Husainie Othman, Mohamad Rauf Nur Misbah dan Ahmad Fakrullah Alias, manakala Suhardi Hassan dalam pelumba simpanan.

Jika hendak diikutkan dari segi keutamaan, Suhardi sepatutnya menggantikan Anuar, berikutan berada dalam senarai simpanan, namun PKBM cuba untuk mendapatkan Harrif yang dilihat mempamerkan kayuhan mantap pada LTdL 2011 baru-baru ini.

Sementara itu, Anuar pula ketika dihubungi mengakui dia mengalami demam sejak kelmarin dan telah datang ke Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil untuk menjalani pemeriksaan.

"Doktor suruh saya berehat seminggu dan saya akur dengan keputusan tersebut seterusnya terpaksa menarik diri dari skuad lebuh raya untuk saingan ACC," katanya.

Jelasnya, sejak dua hari lalu dia sudah dapat merasakan badannya ada mengalami sedikit perubahan apabila panas dan tidak bermaya, bagaimanapun selepas mula mengalami batuk kelmarin ia menjadi semakin teruk.

"Sukar untuk berlumba dengan keadaan seperti ini, jadi saya mengambil keputusan menarik diri dan memberi peluang kepada mereka yang layak, sekarang ini saya hanya perlu berehat untuk mengembalikan keadaan kesihatan seperti sedia kala.

"Saya perlu membuat persediaan sebaik mungkin kerana bulan depan saya akan mengambil bahagian dalam perlumbaan Jelajah Malaysia," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

mahu memburu tiga mata

Posted:

<i>The Red Warriors</i> mahu memburu tiga mata

The Red Warriors mahu memburu tiga mata

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (kanan) watak penting di jentera serangan Kelantan.


SELEPAS gagal mengambil kesempatan mengutip tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Terengganu awal bulan lalu di laman sendiri, Kelantan tidak mahu episod kekecewaan tersebut berulang kembali.

Menanti kehadiran Johor FC di Kota Bharu malam ini, skuad kendalian Datuk M.Karathu sedar bahawa lawan mereka bukan calang-calang pasukan kerana Sang Lebah antara pasukan berstatus kelab yang berjaya dengan reputasi selaku semifinalis Piala Malaysia musim lalu.

Bagi Karathu, pertembungan malam ini amat penting buat pasukannya untuk mencari mata maksimum bagi mengekalkan kedudukan di kelompok tiga pasukan teratas liga selain memberikan hadiah kepada penyokong sendiri.

Menurutnya, biarpun musim 2011 baru bermula dan baru perlawanan ketiga, pasukannya perlu lebih konsisten dan fokus bagi memastikan mereka tidak keciciran mata ketika Kelantan kini mengidamkan lebih banyak trofi termasuk juara Liga Super.

"Memiliki pasukan yang lengkap adalah impian semua jurulatih dan saya bangga berada disini dan bersama pasukan ini yang sentiasa mempunyai semangat dan matlamat yang jelas. Namun, saya bimbang jika ada di antara mereka (pemain) mengambil mudah setiap perlawanan.

"Beraksi dan memenangi perlawanan bukan tugas yang senang.

Turun menentang Kelantan khususnya, pemain lawan pasti akan memberikan komitmen yang lebih sebab itu saya mahu pemain saya sentiasa berwaspada," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tempoh rehat hampir 10 hari yang diberikan berjaya dimanfaatkan sepenuhnya apabila beliau sudah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pemain dan memudahkan tugasnya untuk menyenaraikan kesebelasan utama pasukan Kelantan.

Jelasnya, hanya pemain yang benar-benar cergas serta mempamerkan aksi terbaik akan diturunkan menentang Johor FC sambil membayangkan akan berlaku rombakan pada bahagian serangan pasukannya.

"Kita akan melakukan rombakan pada bahagian tertentu terutama di bahagian hadapan dengan meletakkan seorang lagi penggempur untuk digandingkan bersama Norshahrul Idlan (Talaha) dan saya mempunyai tiga pilihan.

"Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing, Khalid (Jamlus) mempunyai pengalaman yang luas terutama ketika berada di dalam box (kotak penalti) manakala Ramzul (Zahini Adenan) dan Nizad (Ayub) memiliki kepantasan. Siapa saja yang saya senaraikan esok (hari ini) akan melakukan tugas dengan baik," ujarnya.

Katanya, beliau berharap para pemainnya akan lebih fokus dan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha menghadiahkan kemenangan pertama di laman sendiri selain mengingatkan barisan pertahanannya supaya tidak terlalu ghairah membantu serangan sehingga menyebabkan kubu mereka di robek lawan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee buru gol ke-110

Posted:

Safee buru gol ke-110

Safee buru gol ke-110

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE mengintai jaringan ke-110 pada aksi menentang Kuala Lumpur malam ini.


ANGKA 10 tampak sudah sebati dalam diri Mohd. Safee Mohd. Sali apabila dia menggunakan nombor berkenaan pada jersi skuad kebangsaan dan skuad Selangor.

Malah untuk pasukan barunya, Pelita Jaya yang akan disertai Safee pada Isnin ini, penyerang sensasi negara itu turut diberikan jersi No. 10.

Justeru bagi aksi terakhirnya bersama Selangor apabila turun menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam malam ini, Safee, 27, bakal memburu satu lagi angka penting iaitu gol ke-110 peribadinya bagi aksi peringkat kelab.

Sejak bergelar pemain profesional pada 2003, Safee kini sudah pun menjaringkan 109 gol dalam saingan Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Safee menjaringkan 24 gol sepanjang tiga musim bersama Kuala Lumpur (2003-2005), 19 gol sepanjang semusim bersama Sarawak (2006) dan 65 gol sepanjang empat musim bersama Selangor (2007-2010).

Bagi musim 2011, selepas beraksi dua perlawanan, Safee berjaya merekodkan gol ke-109 ketika dia membuka jaringan Selangor sewaktu menewaskan Perlis 2-0 pada 1 Februari lalu.

"Memang semangat untuk turun perlawanan terakhir bersama Selangor esok (hari ini) agak lain macam. Lebih-lebih lagi bertemu Kuala Lumpur, pasukan pertama saya.

"Apa pun saya berhajat mencari gol ke-110 pada perlawanan ini dan memberikan tiga mata penuh buat Selangor sebagai menghargai para penyokong yang hadir ke stadium," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang hajat Kuala Lumpur mahu 'mencalarkan' malam perpisahannya itu, Safee tetap yakin bahawa Selangor memiliki kelebihan untuk meraih kemenangan.

"Memang saya akui Kuala Lumpur kini pada tahap terbaik selepas mereka seri 1-1 dengan Perak dan menewaskan Sabah 1-0.

"Tapi Selangor memiliki barisan pemain yang lebih berkualiti. Jadi tiada sebab untuk kami tewas kepada Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi di gelanggang sendiri," jelas Safee.

Pemain kelahiran Kajang itu turut menyatakan bahawa dia akan melakukan penghormatan terakhir kepada para penyokong selepas perlawanan malam ini.

"Ini perlawanan terakhir saya bersama Selangor musim ini tetapi ia bukan perlawanan terakhir saya bersama Selangor. Saya akan tetap kembali suatu hari nanti," tambah Safee yang akan berlepas ke Jakarta, Indonesia pada Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan