Berita Harian: Sukan |
Posted: 02 Mar 2011 11:52 AM PST Sukan "SAYA belum bersedia ke Apeldoorn," kata Azizulhasni Awang, semalam. Kata-kata yang terbit daripada mulut ikon sukan negara itu kini sah sudah melenyapkan segala spekulasi hangat mengenai penyertaannya ke Kejuaraan Dunia Trek di Belanda, akhir bulan ini. Biarpun masih berselera besar mahu menyertai kejohanan yang menyaksikan dia memenangi pingat perak dalam acara keirin, tahun lalu, Azizul atau Jijoe akur mahu memberi peluang kakinya sembuh sepenuhnya selepas mengalami kemalangan di siri Kejohanan Piala Dunia di Manchester, 19 Februari lalu. "Kesakitan dialami saya bukan luaran kerana ia membabitkan otot dalaman jadi memerlukan masa untuk pulih. Saya tahu tidak sempat untuk pulih sebelum 23 Mac ini dan saya harap semua orang akan memahami situasi ini," katanya menerusi emel.Pelumba berusia 22 tahun itu menambah dia tidak mahu terburu-buru kerana sasaran utama ialah meraih emas di Sukan Olimpik 2012 London. Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang tiba di Melbourne, pagi semalam untuk memeriksa Jijoe menegaskan penyertaan pelumba berkenaan tidak harus timbul kerana belum cergas dan masih dalam proses pemulihan. "Saya tahu ramai pihak mahunya beraksi tetapi adakah bertanding dalam kejohanan Dunia itu satu keperluan ketika ini," katanya. Mengulas lanjut perkembangan, Ramlan berkata, pemenang emas Sukan Asia Guangzhou 2010 itu kini boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat tetapi perlu berhati-hati dan mematuhi proses pemulihan yang ditetapkan. "Namun, Azizulhasni masih memerlukan rehat dan pada minggu keenam hingga kelapan, dia perlu menjalani proses penilaian mobilisasi, bergerak dalam posisi tertentu sebelum boleh menjalani latihan ringan. Ini bagi memastikan dia benar-benar pulih," katanya. Dia menambah jaguh pecut yang dikenali sebagai 'the pocket rocket man' itu akan terus dipantau ketua pasukan ISN bagi pelumba trek negara yang berpangkalan di Melbourne, Kate Wallis. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Usah pingir atlit senior: Kok Chi Posted: 02 Mar 2011 11:41 AM PST Sukan MOM harap penghantaran pelapis ke Sukan SEA tak babit semua sukanJANGAN nafikan hak atlit senior bertanding! Itulah reaksi balas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi di sebalik rancangan Majlis Sukan Negara (MSN) menghantar atlit pelapis dan pembangunan bertanding di Sukan Sea XXVI, November ini. "Saya menyambut baik rancangan MSN menghantar barisan pelapis dan pembangunan, tetapi saya harap ia tidak membabitkan semua jenis sukan, sebaliknya hanya sukan tertentu, terutama yang terbabit dalam program 'Road To London 2012'. "Ini kerana terdapat beberapa acara sukan di mana kita mempunyai atlit senior berpotensi untuk menang dan seharusnya mereka wajar diberi peluang bertanding, apa lagi, tahun ini tiada sukan temasya, selain Sukan SEA," katanya.Kok Chi berkata, langkah menghantar atlit pelapis dan pembangunan memang dialu-alukan sebagai medan pendedahan dan motivasi kepada mereka kerana banyak contoh kejayaan boleh dijadikan panduan. "Contoh terbaik ialah kejayaan ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah yang kita hantar bertanding di Sukan SEA Singapura 1983. "Dia gagal membawa pulang sebarang pingat tetapi kegagalan itu dijadikan motivasi meningkatkan prestasi sebelum akhirnya dia merangkul tujuh emas di Sukan SEA Bangkok dua tahun kemudian," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan