Kosmo Online - Sukan |
Posted: Elok lupakan RanauOleh HELMI TALKAH KOMPLEKS Sukan Ranau, Sabah masih belum memperoleh CF meskipun pembinaan gelanggang itu sudah siap sepenuhnya. ELOK lupakan saja hasrat untuk menghantar atlet olahraga negara berlatih di Kompleks Sukan Ranau (KSR) di Sabah. Jika dibuat pengiraan, sudah dua minggu isu mengenai hasrat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan latihan pusat di KSR sepi tanpa berita. Masih belum ada kata putus atau jalan penyelesaian terhadap kontroversi-kontroversi yang timbul sebelum ini mengenai hasrat yang disuarakan badan induk olahraga negara itu. Mengikut perancangan awal, atlet-atlet olahraga negara sepatutnya memulakan latihan di KSR pada awal Februari lalu sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia November depan. Namun, ia tertangguh disebabkan mendapat tentangan daripada segelintir pihak yang meragui mengenai kemudahan-kemudahan yang ada di kompleks tersebut selepas dikatakan masih belum siap dibina sepenuhnya. Paling membimbangkan, KSR sebenarnya masih belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar kecil) yang mengadakan tinjauan ke KSR bagi mendapat gambaran sebenar pada 15 Februari lalu lantas memberi penjelasan bahawa pihaknya akan mencari alternatif baru sekiranya kompleks tersebut masih gagal memperoleh CF. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan dibuat KOAM mengenai perkara tersebut. menghubungi Shahidan semalam bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai hasrat KOAM itu, namun tetap gagal mendapatkan penjelasan yang kukuh. Sebaliknya, Shahidan berkata, perkara tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim bagi membuat keputusan yang terbaik buat atlet-atlet olahraga negara. Andai diteliti daripada semua aspek, ada baik dan buruk dalam hasrat yang disuarakan KOAM itu bagi membawa atlet-atlet olahraga negara menjalani latihan di KSR. Secara dasarnya, tidak salah menghantar atlet-atlet olahraga negara menjalani latihan di KSR sekiranya ia dapat membantu meningkatkan lagi prestasi mereka sebelum temasya Sukan SEA bermula. Untuk mencapai kejayaan, perlu ada keberanian melakukan perubahan. Ia penting demi kemajuan sukan olahraga tanah air. Sekalipun atlet-atlet olahraga tetap meneruskan latihan mereka di Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil, belum tentu mereka mampu menyumbangkan kejayaan buat negara. Buktinya cukup jelas jika dibuat penilaian berdasarkan pencapaian atlet-atlet olahraga negara sepanjang tahun lalu. Tiada apa yang mampu untuk dibanggakan. Bukan sahaja yang menjalani latihan di KSN malah yang menjalani latihan di luar negara pun turut gagal dalam misi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Jadi, apa salahnya mencuba program yang telah diaturkan oleh KOAM itu kerana siapa tahu ia bakal memberi pulangan yang 'lumayan' buat skuad olahraga negara pada Sukan SEA kelak. Bagaimanapun, jika benar KSR masih belum siap dibina sepenuhnya dan masih gagal mendapat CF, tidak perlulah KOAM meneruskan hasrat mereka itu sebaliknya mencari alternatif baru secepat yang mungkin. Masa semakin berlalu dengan pantas, atlet-atlet olahraga negara perlukan satu program khusus bagi menaikkan semula semangat mereka menghadapi temasya Sukan SEA nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Kelantan tak rela diratahOleh YATIMIN ABDULLAH NORSHAHRUL (tengah) menjadi sandaran Kelantan pada aksi Piala FA bertemu Johor FC malam ini. AKSI konsisten yang dipamerkan anak-anak buah Datuk M. Karathu dalam setiap perlawanan menghadirkan bayangan bahawa Kelantan tampak bersedia untuk mencabar gelaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Kredibiliti Kelantan selaku pendahulu Liga Super pastinya mahu diteruskan oleh barisan pemainnya apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang bertemu Johor FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA malam ini. Berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga ke-12 dalam carta liga serta berdasarkan aksi semasa, The Red Warriors dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menjinakkan Johor FC seperti yang dilakukan pada perlawanan liga Februari lalu. Beraksi dalam saingan kalah mati ini, kedua-dua pasukan baik Kelan- tan mahupun Johor FC, tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukan mereka mampu melangkah mudah ke pusingan seterusnya. Jika formasi di atas kertas menjadi ukuran, ia tampak memihak kepada Kelantan. Namun, dari segi matematiknya cukup mudah, pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh, maka pasukan tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir. Begitupun, kemampuan anak didik Azuan Zain perlu diberikan perhatian, kemampuan mengikat juara bertahan Liga Super Selangor dan Felda United serta mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri tidak boleh dipandang enteng oleh Kelantan. Meskipun dibelasah teruk oleh Terengganu 3-0 pada perlawanan Selasa lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Lebah pasti akan turun bermati-matian untuk memusnahkan impian Kelantan mara ke pusi- ngan seterusnya. Seandainya menang pada perlawanan malam ini, ia merupakan tonik buat skuad bimbingan Azuan untuk melakar lebih banyak keja- yaan selepas ini. Bagi Karathu, perlawanan malam ini cukup penting buat pasu- kannya jika mahu layak ke pusi- ngan suku akhir. Meskipun turun tanpa kelibat penyerang lincah, Muhammad Ram- zul Zahini Adenan yang mengalami kecederaan ketika membenam Negeri Sembilan Selasa lalu, beliau berkata, ketiadaan pemain itu tidak merencatkan perancangannya untuk mengharungi perlawanan malam ini. "Kita bermain seperti biasa, mungkin dengan formasi 4-5-1 dengan Norshahrul Idlan (Talaha) seperti biasa diberi tugas sebagai penggempur. Danial Fadzly (Abdullah) dan S. Chanturu pula berperanan sebagai pembantunya. "Saya tidak memandang mudah pertemuan dengan Johor FC malam ini. "Perlawanan ini berbeza sama sekali dengan perlawanan liga, kita berada dalam situasi kalah mati dan pemain harus bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal sekira- nya berlanjutan ke masa tambahan ataupun penentuan sepakan penalti," katanya. Tambahnya, apa yang penting, pemain harus memberi sepenuh perhatian sepanjang perlawanan itu kelak. "Sudah pasti kita akan lebih berhati-hati kerana Johor FC tidak mahu kecundang lagi setelah mereka tewas 0-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super baru-baru ini. "Kita ke Johor Bahru dengan satu matlamat iaitu mencipta kemenangan. Sekiranya pemain membawa karakter iaitu bermain untuk menang serta mempunyai kekuatan mental ke arah tersebut, saya percaya pasukan kita mampu melangkah ke pusingan suku akhir," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Safee tak sabar aksi sulungOleh WAN FAKHRUL BAKAR
PENYERANG skuad bola sepak kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali tidak sabar menghadapi perlawanan rasmi pertamanya bersama Pelita Jaya dalam saingan Liga Super Indone- sia (ISL) petang esok. Pelita Jaya yang kini menduduki tangga tercorot daripada 15 pasukan selepas tamat pusingan pertama, bakal menanti kunjungan pasukan di tangga keenam, Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang. "Memang tak sabar nak tunggu perlawanan pertama ini. Persiapan pasu- kan pun sudah cukup selepas dua minggu kami berlatih bersama. "Cuma kami perlu membentuk keserasian dengan dua pemain import di bahagian pertahanan yang dibawa dari Australia dan Scotland kerana mereka baru menyertai pasukan minggu ini. "Soal menjaringkan gol bukanlah satu bebanan kerana apa yang penting, saya mahu membantu Pelita Jaya mengutip tiga mata penuh pada aksi pertama saya ini," kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam. Sriwijaya FC bukan calang-calang pasukan kerana Safee, 27, ketika beraksi bersama Selangor pernah merasai kekalahan 1-6 kepada kelab Indonesia itu pada aksi Piala AFC musim lalu. Namun, pada aksi di Stadium Jaka Baring, Palembang itu, Safee berjaya menjaringkan gol tunggal Selangor. "Memang Sriwijaya FC sebuah pasukan yang kuat. Tetapi mereka baru beberapa hari lepas (Selasa) beraksi untuk perlawa- nan sulung Piala AFC 2011. "Mungkin pemain Sriwijaya FC agak keletihan dan saya dengar beberapa tonggak utama mereka juga mengalami kecederaan. Jadi kami akan cuba manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri ini," jelas Safee. Antara pemain yang beraksi untuk Sriwijaya FC musim ini ialah Ponaryo Astaman, Budi Sudarsono, bekas penyerang import Sabah, Keith Gumbs serta tiga pemain kebangsaan Indone- sia, Firman Utina, Oktovianus Maniani dan Muhammad Ridwan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan