Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya terseksa'

Posted: 11 Mar 2011 05:06 PM PST

Sukan

Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang

Azizul sukar sesuaikan diri dengan tempoh rehat panjang

TEMPOH rehat panjang ibarat 'satu penyiksaan' buat Azizulhasni Awang yang sudah biasa dengan rutin latihan berat setiap hari.

"Memang sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan rutin baru ini - lebih banyak berehat dan sekadar berlatih ringan di trek atau gym," kata Azizul yang akan berada di ibu negara untuk majlis persandingan bersama isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat di Ipoh, bulan ini. "Namun saya anggap ia sebagai sesuatu yang positif kerana semangat berkobar-kobar dan tenaga yang terkumpul sepanjang tempoh rehat ini akan menjadi pencetus kekuatan baru buat saya sebaik mampu berlatih seperti biasa nanti."

Pelumba berusia 23 tahun itu yang sekali lagi dicalonkan untuk Anugerah Sukan Negara tahun ini, turut berharap dapat mempertahankan gelaran Olahragawan negara yang dimenanginya tahun lalu sebagai pencetus semangat untuk memburu misi emas Olimpik 2012.

Azizul atau Jijoe akan mula berlatih seperti biasa dalam tempoh sebulan lagi selepas kecederaan kaki kirinya yang ditusuk serpihan kayu sepanjang sembilan inci memerlukan masa agak panjang untuk kembali pulih sepenuhnya.

Walaupun tiga kali merangkul gelaran juara keirin Piala Dunia Trek, Azizul masih perlu membuktikan kemampuannya mengatasi pemenang empat pingat emas Olimpik, pelumba Britain, Chris Hoy.
"Ramai yang menganggap Hoy sukar dikalahkan, tetapi bagi saya, dia adalah pelumba biasa yang ada kelemahannya," katanya. "Ketika perlumbaan di Manchester, saya sedang mengekori henjutan Hoy sebelum pelumba Sepanyol menghimpit saya dari luar sehingga berlaku insiden ini.

"Saya mungkin terpaksa menunggu sehingga Piala Dunia akan datang sebelum dapat menguji kemampuan saya mengatasi Hoy. Saya yakin dia boleh dikalahkan, dan dia juga menyedari hakikat itu."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United pasti bangkit: Fergie

Posted: 11 Mar 2011 05:04 PM PST

Sukan

MANCHESTER: "Kami ada pengalaman untuk bangkit daripada duka...ia berlaku beberapa kali sebelum ini," kata Alex Ferguson.

Pengurus Manchester United itu yang dilanda saat suram selepas tewas kepada Chelsea dan Liverpool turut menyuarakan akan menurunkan barisan terbaik menjelang pertemuan getir menentang Arsenal dalam saingan suku akhir Piala FA di Old Trafford, hari ini.

Berita perit adalah dia akan kehilangan pemain tonggak, Nani untuk perlawanan ini dan juga Liga Juara-Juara Eropah menentang, Olympique Marseille gara-gara kecederaan - begitu juga tanpa Rio Ferdinand, Park Ji-sung dan Antonio Valencia yang turut dalam senarai kecederaan. Arsenal juga senasib dengan United selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Barcelona dan tewas kepada Birmingham dalam Piala Liga kira-kira dua minggu lalu.

Apabila ditanya bagaimana perasaannya terhadap rakan sejawatan, Arsene Wenger, Ferguson membalas: "Saya tiada komen kerana saya lebih bersimpati pada diri saya. Saya sendiri melalui satu minggu yang sukar." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen