Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Khabar angin

Posted: 11 Mar 2011 08:28 AM PST

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) belum mempunyai perancangan untuk melantik jurulatih baru dari China dan Indonesia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih perseorangan elit lelaki, Datuk Misbun Sidek.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, isu pelantikan jurulatih baru masih belum dibincangkan kerana kemelut peletakan jawatan Misbun belum menjumpai jalan penyelesaian.


"Kami tidak akan mencari jurulatih baru buat (Lee) Chong Wei ketika ini selagi isu Misbun belum berakhir," kata Chin Chai sambil menekankan BAM juga tidak akan mencari pengganti Wong Tat Meng yang berhijrah ke Indonesia untuk bersama bekas jurulatih Malaysia, Li Mao dari China.

"Semua cerita mengenai BAM berkira-kira mencari jurulatih baru dari dari China dan Indonesia itu semuanya khabar angin. Kami tidak pernah menyuarakan hasrat mendapatkan jurulatih dari kedua-dua negara itu," kata Chin Chai.


Bagaimanapun, beliau berkata, BAM akan membincangkan sama ada akan melantik jurulatih baru atau sebaliknya dalam mesyuarat majlis pada 1 April depan.


"Sebagai Setiausaha, saya bertanggungjawab mengawal perbelanjaan persatuan. Apa lagi ketika ini Majlis Sukan Negara (MSN) memotong keseluruhan peruntukan 30 peratus. Banyak kesannya, jadi saya rasa ketika ini agak mustahil untuk kami mencari jurulatih baru," katanya.

Ketika ini, BAM mempunyai 25 jurulatih mengendalikan skuad elit dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Selain Misbun, BAM juga mempunyai jurulatih seperti Rashid Sidek, Hendrawan, Tay Seu Bock dan Rosman Razak.

Justeru, Chin Chai berkata BAM berasa lebih baik jika mereka menggunakan sepenuhnya jurulatih sedia ada kerana mereka turut mempunyai kepakaran untuk membimbing dan menggilap bakat dalam skuad negara.

Beliau turut menafikan sedang memburu bekas pemain Hong Kong, Zhou Mi untuk dilantik jurulatih baru Wong Mew Choo yang diberitakan sedang mempertimbangkan persaraan akibat tiada kemajuan dalam corak permainannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KLRC ikat Hafiz setahun

Posted: 11 Mar 2011 08:25 AM PST

JUARA Seluruh England 2003, Muhd Hafiz Hashim mendapat suntikan semangat untuk memburu tempat ke Sukan Olimpik London 2012, apabila menandatangani kontrak setahun bersama KLRC.

Bekas pemain elit negara itu membuat pengumuman itu dalam sidang media yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar, semalam.


"Saya amat gembira dengan keputusan Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam sudi menerima saya bernaung di bawah KLRC. Saya kini lebih tenang bergelar pemain profesional," kata Hafiz mengenai kontraknya bersama KLRC.

Selepas terikat kontrak bersama KLRC bermakna, Hafiz kini kembali bergelar pemain profesional sejak kali terakhir bersama Nusa Mahsuri pada 2008.


"Sekarang, perancangan saya lebih jelas untuk memungut mata layak ke Olimpik kali pertama. Saya akan bertanding di 14 kejohanan, baik Siri Super mahupun GP Emas," kata Hafiz.


Hafiz berkata, KLRC menanggung semua perbelanjaannya bagi menghadapi 14 kejohanan, termasuk menyediakan elaun bulanan dan skim bonus kemenangan dan ranking.

"Saya akan cuba mendapatkan keputusan terbaik di setiap kejohanan. Saya sasarkan memenangi dua atau tiga gelaran dan perlu berkerja keras untuk mara ke separuh akhir di hampir semua kejohanan yang disertai kerana amat sukar menempatkan diri di kelompok lapan pemain terbaik dunia," katanya.


Selain mengakui lebih selesa bergelar pemain profesional, Hafiz juga mengesahkan pendapatan bulanannya lebih tinggi berbanding ketika berada di bawah naungan BAM dengan RM4,000 sebulan, namun Hafiz enggan mendedahkan jumlahnya.

Hafiz secara rasmi bernaung di bawah KLRC sejak Februari, namun dokumen rasmi kontrak baru siap beberapa hari lalu.


Dia akan bertolak ke Switzerland hari ini untuk menghadapi GP Emas Terbuka Switzerland, kejohanan rasmi pertama di bawah KLRC dengan memakai jersi Li Ning.


"Saya masih dalam proses perbincangan dengan Li Ning. Jika tiada masalah, Li Ning akan menjadi penaja rasmi saya bermula April depan," kata Hafiz yang mengakui Li Ning akan menaja barangan badminton dan kejohanan anjuran jenama itu.


Biarpun Hafiz menyuarakan keyakinan untuk mendapatkan keputusan terbaik di kejohanan antarabangsa, dia mungkin berdepan masalah latihan seperti ketiadaan jurulatih dan rakan sepelatih. Namun dia menafikan perkara itu akan menjadi halangan.


"Saya akan berlatih bersama rakan-rakan di KLRC, ramai bekas pelatih kebangsaan di sana seperti Yeoh Kay Bin, Sairul Amar Ayub dan K Yogendran. Saya hanya perlu turun berlatih kerana sistem latihan sudah tersedia dan itu tiada masalah," kata Hafiz.


Dalam pada itu, Pengerusi KLRC Andrew Kam dalam kenyataan yang di emel ke meja Arena berharap pihaknya dapat membantu merealisasikan hasrat Hafiz untuk ke Olimpik London 2012.


"Hafiz masih bersemangat untuk bermain di tahap tertinggi badminton dan KLRC mahu menyediakan platform yang boleh membantunya mencapai cita-cita ke Olimpik. Memang menjadi polisi kami membantu individu berbakat dan mengembangkan komitmen dalam sukan dengan menaja pemain remaja dan senior," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen