Berita Harian: Sukan |
Posted: 12 Mar 2011 04:11 PM PST PERTEMBUNGAN 'final impian' antara dua seteru utama - Lee Chong Wei dan Lin Dan - menjadi kenyataan apabila masing-masing melepasi halangan separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England di Arena Tertutup Birmingham, malam tadi. Chong Wei, juara bertahan dan pilihan pertama mengesahkan kemaraan buat kali ketiga pada final kejohanan berprestij itu selepas menundukkan pilihan kelima dari China, Chen Long 21-17, 21-13. Begitupun, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan juara dunia tiga kali, Lin Dan, terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain yang digelar 'pembunuh gergasi' Marc Zwiebler dari Jerman 21-9, 16-21, 21-11 dalam tempoh 63 minit. Pertemuan kedua-dua seteru itu mengulangi pertembungan final 2009 yang menyaksikan Lin Dan unggul untuk memenangi mahkota kejuaraan kejohanan tertua itu buat kali keempat selepas 2004, 2006 dan 2007. Kedua-dua pemain itu pasti mempunyai alasan tersendiri untuk keluar sebagai pemenang dan sudah tentu saingan berlangsung sengit dan menarik dengan rekod kemenangan memihak Lin Dan yang merakam 17 kemenangan daripada 22 pertemuan. Chong Wei pasti turun dengan tekad untuk mempertahankan kejuaraan, selain menebus kekecewaan tewas di tangan pemain kidal itu di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenain bila datuk lcw vs lindan? kol bp? hee....tq nurul umairah Tahniah Datuk LCW...kami sentiasa menyokong..kuatkan semangat.. shafiq azri datuk lew chong wei mmg hbat
otai LCW, kekurangan 1 senjata untuk mengalahkan super DAN.(SMACH) znabak budi syabas Dtk Lee Chong Wei..smoga anda bjaya.. anak rantau Tahniah Datuk LCW..kami yakin Datuk boleh menang lawan Lin Dan & mempertahan kejuaraan..selamat berjuang..fokus & terus cemerlang. abeng mana pergi pemain2 melayu ?? amirullah hero chong wei seharusnya tidak begitu mengikut tempo permainan lin dan yg agak laju, kerana ianya akan memakan diri... Wan Muhamad Amirullah Bin Wan Ab. Rahman chong wei seharusnya tidak begitu mengikut tempo permainan lin dan yg agak laju, kerana ianya akan memakan diri... dominic anggau tahniah kepada Datuk Lee C.W dan beregu utama negara,Tan dan Koo...semoga berjaya beroleh kejayaaan pada aksi final nanti. gengkhis khan harap dato' tidak menjadikan lin dan itu sebagai badi kepada dato'.jgn biar org menggelar dato' blh score juara bila lin dan tdk menyertai kejohanan sja.buktikanlah pada kami mlm ni.kami sokong Abdul Raja Tahniah untuk dlc keraan dapat melangkah ke final All England dan didoakan semoga berjaya dengan permainan bertahan dan menyerang serta tipu hela cantik. Abdul Raja Tahniah kerana dapat melangkah ke final All England dan didoakan semoga berjaya dengan permainan bertahan dan menyerang serta tipu hela cantik. alep hoeward serang dan derang dan serang..itu jak jalan utk menang ABDUL MANAF BOHARI Tahniah datuk LCW. Gandakan usaha anda. Masa perlawanan kena agresif, tangkas dan kena smash kalau nak kutip mata. Harap jangan main sentimental..goodluck. Anuar Harap impian menjadi kenyataan. dcw boleh!!! haziq LCW buat yg tbaik jgn leka taktik LD fokus pd diri anda jgn pduli LD main ikut stn karagi jgn bny buat mistake.LD pasti guna seklogi untuk bri tknn kabureto dank syabas Datuk Lee Chong Wei..kami disini sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Malaysia tidak kira apa jenis sukan sekalipun..daripada amatan saya sebagai seorang peminat sukan badminton, memang tidak dinafikan status Datuk LCW pada masa sekarang adalah pemain no. 1 dunia..tetapi harus diingat status sahaja tidak menjamin apa-apa jika bertemu lawan yang hebat seperti LIN DAN tidak diterjemahkan dengan kemenangan..LD sebenarnya boleh dikalahkan dengan berbekal sedikit lagi kekuatan mental dan ketenangan di atas gelanggang..ayuhh Chong Wei..anda pasti boleh kalahkan Super Dan.. walt sya stuju dgn Mahmud Ahmad... selain itu lcw besanya sllu klh dri segi mental smasa mlawan lin dan. Jgn klah..0leh lin dan...fhm...!! ewien semoga lee chong wei dpat mengatasi seteru utamanya lin dan..pndapat saya,datuk lee chong wei tiada msalah untk mngatasi lin dan,cuma prlu mentaliti yg tnggi...go go go.. Md Felaez Tahniah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
PakCU Pendapat saya: seanadainya lindan menggunakan tangan kanan,jangan harap akan dapat kemenangan apabila bertemu Dato' LCW. Kepakaran Dato' Misbun terbukti dapat melahirkan Dato' LCW. Semacamnya susah untuk membaca permainnan orang kidal ni.Harap Dato' berjaya.Ayuh Dato' teruskan perjuangan hebat ,buktikan kita dari Malaysia ini hebat.Kepada Dato' Misbun, carilah bintang lagi..gilaplah dia..tenaga dan idea Dato' masih diperlukan. gee nak sgt2 tgk live perlawanan ni tp RTM x siaran kan kat TV kan? harap RTM blh tunjuk siaran lgsg x kire la pukul brape pon... faddly Epor Ucapan setinggi tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya melangkah ke final All England 2011. Semoga Datuk sekali lagi dapat mempertahankan mahkota All England pada tahun ini. mahmud ahmad kalau dilihat dari segi corak permainan antara kedua-dua pemain terhebat dunia tu , memang tak banyak perbezaannya.cuma yang kurang pada LCW ialah terlalu banyak bunga yang kadang2 menjerat dirinya.kalau dia banyakkan smash dan serangan seperti yang dia tunjukkan semasa terbuka Jepun hujung tahun lalu , besar kemungkinan dia boleh mengekalkan kejuaraan tahun ini. yusri yusuf tahniah dcw...pasti malaysia boleh... |
Posted: 12 Mar 2011 04:09 PM PST Sukan PEMAIN Negeri Sembilan, Hairudin Omar (dua dari kiri) menanduk bola sambil cuba dihalang pemain Selangor, Razman Roslan (kanan) dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. REKOD megah Kelantan tanpa kalah berakhir, malam tadi apabila tewas kepada pasukan tetangga, Pahang dan terpaksa berkongsi kedudukan selaku pendahulu Liga Super bersama Selangor dan Felda United yang masing-masing pulang dengan mata penuh. Sambil itu, percaturan Kedah membawa masuk Radhi Mat Din selaku jurulatih baru membawa impak serta merta apabila tuan rumah yang menurunkan ramai pemain kebangsaan berjaya mengatasi Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman. Radhi yang masuk menggantikan Ahmad Yusoff yang direhatkan pengurusan atas desakan peminat, menyaksikan anak buahnya terpaksa bangkit daripada ketinggalan jaringan oleh pelawat, Reeshafiq Alwi pada minit ke-30 sebelum Khyrill Muhymeen Zambri (m-63) dan Firdaus Fauzhi (m-67) menyelamatkan maruah Hijau Kuning.Di Stadium Darulmakmur, Pahang menghadiahkan kekalahan pertama buat Kelantan musim ini apabila membenam pendahulu liga itu 2-0 hasil jaringan R Surendran (m-43) dan Mohd Faizol Hussin (m-90). Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kapten Mohd Amri Yahyah dan Safiq Rahim mencipta kebangkitan 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim mengumpan cantik untuk Amri menolak masuk pada minit ke-61 untuk menafikan gol pembukaan menerusi penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-11. Safiq kemudiannya menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79.
Salim yang menggantikan Moshtakeen Omar yang meletak jawatan, gagal menyuntik inspirasi buat anak buahnya yang terpaksa akur kepada jaringan pembukaan Zamri Chin minit ke-40 disusuli gol kedua Farderin Kadir pada minit ke-56. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team seri 0-0 ketika menentang Perak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan