Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Mar 2011 10:09 AM PST GELARAN Seluruh England menjadi sasaran utama gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tapi kejohanan bertaraf GP Emas Terbuka Jerman minggu ini menjadi kayu pengukur kemampuan bekas gandingan nombor satu dunia itu. Jurulatih beregu elit, Rexy Mainaky berkata, setiap kelemahan sudah dikenal pasti dan kini Kien Keat-Boon Heong perlu memantapkannya pada aksi pemanas badan di Jerman.
Pusingan kelayakan Terbuka Jerman bermula semalam dan Kien Keat-Boon Heong membuka cabaran pusingan pertama hari ini menentang pemain Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa.
Aksi di Siri Super Final di Taiwan cukup lemah apabila tewas semua tiga perlawanan, sebelum tewas di pusingan pertama Terbuka Malaysia Januari lalu. Di Siri Super Premier Terbuka Korea seminggu selepas itu, Kien Keat-Boon Heong kandas di separuh akhir, tewas di tangan Yong Dae-Jae Sung.
Selain ketiadaan Datuk Lee Chong Wei, jaguh Indonesia Taufik Hidayat dan Peter Gade (Denmark) juga tidak mengambil bahagian, sekali gus Chen Jin serta Lin Dan boleh berkira-kira untuk beraksi di pentas final.
|
Mosthakeen letak jawatan jurulatih Perlis Posted: 01 Mar 2011 10:04 AM PST "SAYA mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Perlis kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berkuatkuasa hari ini (semalam). "Justeru, saya mengesahkan tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan ini selepas Perlis menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini (semalam)," demikian pengakuan Mosthakeen Omar.
Namun, Mosthakeen mengaku kecewa dengan pengurusan pasukan yang menyalahkan dirinya berikutan kegagalan demi kegagalan Perlis sepanjang aksi Liga Super dan Piala FA setakat ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan