Harian Metro: Arena |
‘Sedia hadapi cabaran sengit’ Posted: 23 Mar 2011 01:07 PM PDT JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang diingatkan agar bersedia berdepan cabaran sengit di luar jangkaannya ketika beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London. Ingatan itu disuarakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi kepada Olahragawan Negara 2010 itu selepas menjadi sandaran memenangi salah satu pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu selain Datuk Lee Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton).
Tambahnya, selain turun sebagai tuan rumah, England salah satu kuasa berbasikal trek dunia dengan barisan pelumba kuat termasuk seteru utama Mohd Azizulhasni, Chris Hoy yang kerap mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa termasuk tiga pingat emas di Olimpik 2008 di Beijing.
Beliau sebelum ini menyatakan, di kalangan atlet yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas, Chong Wei mempunyai peluang paling cerah berikutan bermain di gelanggang berkecuali selain hanya Lin Dan yang dilihat mampu menghalang pemain nombor satu dunia itu menjadi juara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ramlay intai kejohanan Piala Dunia Posted: 23 Mar 2011 01:04 PM PDT SELEPAS meraih tiket ke Sukan Paralimpik London 2012 secara merit di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu, kini skuad berbasikal paralimpik kebangsaan mengintai satu lagi peluang, kali ini menerusi kejohanan Piala Dunia di Sydney, 1 hingga 8 Mei ini. Menurut Pengerusi Biro Para Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Ramlay Ibrahim, posisi sedia ada ketika ini menjadi milik Saiful Izwan Rustam yang menduduki tangga kelima ketika menyertai Sukan Asia.
"Ketiadaan Mohd Norhafizan menyebabkan kami menghantar Saiful Izwan saja ke Sydney. Cadangan asalnya, jika Saiful Izwan layak menerusi kejohanan itu, mungkin slot sebelumnya boleh diberi kepada pelumba lain," katanya.
Sementara itu, jurulatih berbasikal paralimpik kebangsaan, Md Raffi Md Sarip ketika dihubungi berkata selain Saiful Izwan dan yang bakal menyertai acara tandem bersama penunggang hadapan, Khairul Naim Azhar, seorang lagi pelumba turut dicadangkan untuk turut dibawa ke Sydney.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan