Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Sayang Chong Wei'

Posted: 23 Mar 2011 03:27 PM PDT

Sukan

Datuk Zolkples Embong

Datuk Zolkples Embong

Walaupun saya sayang Misbun tapi pemain nombor satu dunia lebih utama: Zolkples

DIKRITIK hebat berikutan pendirian yang tidak menyebelahi Datuk Misbun Sidek berhubung kemelut peletakan jawatan jurulatih perseorangan itu, Datuk Zolkples Embong, semalam tampil melontarkan persoalan untuk difikir dan dijawab pengkritiknya.

"Siapa yang mereka lebih sayang, Misbun atau (Lee) Chong Wei?" soal Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu. "Walaupun saya sayang Misbun, tetapi saya lebih sayangkan Chong Wei kerana dia harapan utama kita pada Sukan Olimpik London 2012.

"Jadi, siapa yang kita perlu lebih utamakan dan jaga ketika ini," soalnya lagi sambil tidak menafikan sumbangan Misbun dalam melatih pemain itu hingga menjadi pemain nombor satu dunia. Zolkples berkata, sebenarnya banyak peluang sudah diberi kepada Misbun untuk kembali semula tetapi sikap membisu jurulatih itu menyaksikan kemelut berlarutan hampir tiga bulan itu belum menemui titik penyelesaian.

"Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri sanggup berkompromi dan memberi beberapa alternatif, tetapi saya sudah tegaskan beberapa kali sebelum ini bahawa sikap mendiamkan diri jurulatih itu tidak membawa sebarang keuntungan.

"Lagipun, jika difikirkan secara logik, BAM tidak memecatnya, sebaliknya Misbun sendiri meletak jawatan," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bertemu Chong Wei, Zolkples berkata: "Saya sudah bertemunya dan Chong Wei memberitahu dia tidak kisah berlatih di bawah sesiapa sama ada Misbun atau Tey Seu Bock.
"Seu Bock juga memberitahu Chong Wei tidak pernah membantah arahannya ketika latihan dan kita dapat lihat keserasian antara kedua-duanya ketika Seluruh England baru-baru ini," katanya.

Isu Misbun - sama ada mahu pulang melatih semula Chong Wei masih panas tetapi selepas pemain nombor satu dunia itu menjuarai Seluruh England menewaskan musuh tradisi dan juara dunia, Lin Dan dalam final ada yang beranggapan strategi sama harus disambung sehingga ke Kejohanan Dunia di London, Ogos ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Capello buat keputusan salah tahun lalu: Terry

Posted: 23 Mar 2011 03:26 PM PDT

Sukan

LONDON: John Terry, semalam tampil bersuara mengatakan Fabio Capello membuat keputusan salah menyisihkan dirinya daripada posisi ketua pasukan skuad England, tahun lalu.

Tonggak utama Chelsea itu bakal mengetuai The Three Lions dalam kelayakan Euro 2012 menentang Wales, Sabtu ini di Cardiff dan melafazkan tekad memberi tumpuan mahu membantu rakan mengecepi kemenangan.

"Saya tidak setuju dengan keputusan pada hari berkenaan tetapi seperti mana saya katakan sebelum ini saya menghormati apa yang dilakukan Capello dan mahu bekerja semula mencari nama," kata Terry. Dia diheret dalam kontroversi selepas didakwa mengadakan hubungan sulit dengan bekas teman wanita Wayne Bridge - kebetulan sebelum Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Ketika kapten pilihan utama, Rio Ferdinand lebih kerap terbabit dalam kecederaaan dan Steven Gerrard yang dikatakan kurang sesuai membimbing pasukan, pengendali dari Itali itu membuat satu perjudian untuk memberi 'angin kedua' kepada Terry.

Apapun, pentas terbaik bagi pemain pertahanan itu adalah membuktikan sesuatu ketika membimbing England menentang Wales. Mata penuh bererti fungsi kapten harus menjadi miliknya buat satu lagi tempoh yang lama. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen