Harian Metro: Arena |
Posted: 25 Mar 2011 09:08 AM PDT KETUA jurulatih kebangsaan, K Rajagobal pastinya mahu memperjudikan nasibnya dengan menyenaraikan beberapa pemain utama yang tersisih daripada skuad kebangsaan sebelum ini termasuk menguji dua pemain yang baru dipanggil apabila menentang Etoile FC di Stadium Jalan Besar, Singapura pada malam ini. Ini kerana keputusan perlawanan tidak akan menjejaskan ranking skuad kebangsaan di dunia kerana ia bukanlah kategori A dan ia juga dilapor sebagai salah satu perlawanan amal di mana hasil kutipan tiket disumbangkan kepada mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun baru-baru ini. Jurulatih yang membimbing skuad kebangsaan memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu pastinya teruja untuk menguji beberapa pemain utama yang dilanda kecederaan sebelum ini seperti Baddrol Bakhtiar, S Chanturu dan Mohd Azmi Muslim.
Kudrat Azidan mungkin diuji untuk bergandingan bersama-sama kapten kebangsaan, Mohd Safiq Rahim di jentera tengah kerana Rajagobal dilihat masih mencari pemain berkebolehan untuk berada di posisi pemain tengah bertahan walaupun sebelum ini sering kali digalas Amar Rohidan dan K Gurusamy.
"Memang di kalangan tiga pemain ini, saya cetek pengalaman di peringkat antarabangsa ditambah dengan dua kejayaan besar di mana mereka adalah antara tonggak utama pasukan.
Skuad kebangsaan diharap meneruskan rentak kemenangan ke atas kelab Perancis yang beraksi di Liga Singapura itu selepas berjaya menewaskan Hong Kong 2-0 pada bulan lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Shahidan dijangka kekal Presiden PFA Posted: 25 Mar 2011 09:06 AM PDT DATUK Seri Shahidan Kassim dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi penggal kelapan pada Mesyuarat Agung persatuan induk bola sepak negeri itu, malam ini. Mesyuarat agung kali ke-19 yang sepatutnya diadakan Disember lalu itu ditangguhkan berikutan sebab tertentu bakal berlangsung di Hotel Brasmana, Kuala Perlis, bermula jam 8.30 malam.
"Kami percaya walaupun pemilihan untuk jawatan itu terbuka dan Datuk Seri (Shahidan) pernah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding, tapi pada masa sama, kami juga percaya tidak ada calon yang bakal mencabar jawatan itu.
Kekosongan bagi jawatan Timbalan Presiden itu selepas penyandang, Abdul Jamil Saad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri melepaskan jawatan itu. Bagi jawatan Naib Presiden pula membabitkan dua tempat dengan salah satunya berlaku kekosongan selepas penyandangnya, Mohd Noor Aziz (Naib Presiden Satu) meninggal dunia November lalu. Jawatan Naib Presiden Dua pula disandang Ramly Sawai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan