Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Moga rajuk Misbun tidak lama'

Posted:

'Moga rajuk Misbun tidak lama'

'Moga rajuk Misbun tidak lama'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MISBUN (tengah) yang membimbing Chong Wei sejak enam tahun lalu meletakkan jawatan pada 31 Disember 2010.


SAMPAI bila agaknya bekas jurulatih badminton perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek mahu merajuk?

Setelah meletakkan jawatan kerana dikatakan 'kurang senang' dengan perubahan besar dilaksanakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam struktur latihan pada 31 Disember tahun lalu, Misbun sehingga kini masih berteka-teki dan tidak berganjak dengan keputusan yang dibuat.

Malah, mungkin ada yang menganggap ketiadaan Misbun di tepi gelanggang tidak lagi dirasai selepas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei masih mampu mempertahankan kejuaraan Seluruh England, Isnin lalu.

Kredibiliti Tey Seu Bock yang membimbing Chong Wei di Birmingham juga sema- kin membayangi peranan Misbun apabila turut membantu jaguh negara itu menjuarai Siri Super Master akhir di Taiwan, Januari lalu.

Begitupun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tetap yakin Misbun akan kembali ke pangkuan BAM.

Merasakan masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Chong Wei, beliau juga mahu Misbun kembali semula ke pangkuan BAM.

Tidak mahu memberikan kenyataan yang dikhuatiri lebih memburukkan keadaan, Shabery bagaimanapun mahu Chong Wei sentiasa fokus termasuk bagi memburu emas Sukan Olimpik 2012 di London walau- pun dengan ketiadaan Misbun.

"Kemenangan Chong Wei (pada Seluruh England) membuktikan pemain itu memiliki semangat profesional yang tinggi meskipun ketiadaan Misbun.

"Bagi saya, Misbun orang yang banyak berjasa kepada dunia badminton negara dan antarabangsa, justeru saya tetap harap Mis- bun akan sentiasa bersama kita dan BAM," kata Shabery ketika ditemui selepas majlis bersama penaja Hari Belia negara 2011 di Menara KBS, Putrajaya semalam.

Shabery berkata, beliau telah berjumpa dengan Misbun sebanyak dua kali sebelum ini, namun sehingga kini masih belum mene- rima apa-apa maklum balas.

"Misbun pernah berkata kepada saya bahawa apa jua keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara.

"Saya benar-benar berharap rajuk Misbun tidak lama, sekali gus dapat membantu Chong Wei berjuang mendapatkan emas Olimpik," katanya.

Misbun yang melatih Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu, meletakkan jawatan menerusi e-mel ke pejabat BAM pada 31 Disember 2010 yang juga tarikh tamat kontraknya dengan BAM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak letak jawatan

Posted:

Wan Jamak letak jawatan

Wan Jamak letak jawatan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


TINGGAL KENANGAN... Wan Jamak tidak akan mengendali latihan skuad Negeri Sembilan selepas ini apabila meletakkan jawatan sebagai jurulatih semalam.


SELEPAS menerima pelbagai tekanan, akhirnya Wan Jamak Wan Hassan mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai juru- latih Negeri Sembilan.

Wan Jamak yang dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan pagi semalam.

Wan Jamak mengakui, beliau bertanggung- jawab di atas kemerosotan skuad Hoben Jang Hoben yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

"Saya menghantar surat peletakan jawatan pagi ini (semalam) kerana merasakan bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukan Negeri Sembilan.

"Saya akur dengan kehendak pihak pengu- rusan persatuan walaupun saya akui masih ada ruang untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan kerana saingan Liga Super masih lagi di peringkat awal.

"Demi kepentingan pasukan, adalah lebih baik saya berundur bagi memberi laluan ke- pada pengurusan persatuan untuk mengambil tindakan dan memperbaiki keadaan," jelas Wan Jamak.

Sementara itu, PBNS turut mengesahkan menerima keputusan Wan Jamak untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Negeri Sembilan yang disandangnya sejak 2008.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat tergempar persatuan itu semalam selepas menerima surat daripada Wan Jamak.

Katanya, ahli mesyuarat dengan berat hati membuat keputusan berkenaan tanpa menafikan jasa yang telah dicurahkan oleh Wan Jamak sehingga Negeri Sembilan berjaya merangkul Piala FA dan Piala Malaysia.

"Sebagai seorang profesional, beliau (Wan Jamak) mahu bertanggungjawab di atas kegagalan pasukan dan beliau telah memberi- kan surat pagi ini (semalam) yang meminta dibenarkan berundur sebagai jurulatih pasu- kan.

"Saya kena hormat pendirian Wan Jamak kerana beliau telah mencuba yang terbaik tetapi tidak menjadi. Jadi biarlah beliau undur diri dan beri laluan kepada jurulatih lain yang dapat melonjakkan prestasi pasukan yang sedang dilanda gerhana bulan sekarang ini," kata Mohamad semalam.

Berikutan keputusan itu, Mohamad berkata, Negeri Sembilan kini sedang menimbangkan beberapa calon yang sesuai bagi me- ngisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Jamak.

Tambahnya, beberapa orang jurulatih juga telah menawarkan diri bagi memikul tugas tersebut termasuk jurulatih dari luar negara.

"Walaupun kita amat memerlukan jurula- tih baru, namun kita tidak akan tergesa-gesa kerana kita mahu memastikan calon berke- naan adalah orang yang benar-benar berke- mampuan melonjakkan kembali prestasi pasukan," katanya.

Di bawah kendalian jurulatih dari Johor itu, Negeri Sembilan berjaya mengakhiri kemarau menjuarai Piala Malaysia selama 61 tahun apabila menjulang piala paling berprestij ter- sebut pada 2009.

Skuad Hoben Jang Hoben juga berjaya merangkul Piala FA pada 2009, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan antara skuad elit serta digeruni sejak dua tahun lalu.

Namun, kemerosotan mendadak pada saingan Liga Super musim ini termasuk tersing- kir daripada saingan Piala FA menyebabkan penyokong dan juga pihak pengurusan PBNS hilang sabar dengan anak-anak buah Wan Jamak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blatter tidak gentar Hammam

Posted:

Blatter tidak gentar Hammam

Blatter tidak gentar Hammam

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SULTAN Ahmad Shah berkenan mengurniakan anugerah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Blatter di Istana Pahang, Kuala Lumpur semalam.


PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter sedia mempertahankan jawatannya itu bagi penggal keempat biarpun akan dicabar Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam.

Blatter, 75, yang mula memegang jawatan Presiden FIFA sejak 1998 berkata, pertandingan untuk merebut jawatan itu sentiasa terbuka setiap empat tahun biarpun beliau yakin masih mendapat sokongan majoriti.

"Saya telah menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatan ini pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan mengula- nginya pada Piala Asia 2011 di Qatar awal tahun ini.

"Esok (hari ini) Hammam akan mengumumkan keputusannya sama ada mahu bertanding atau tidak. Jika ada pertandingan, kita akan lihat bagaimana sokongan daripada negara-negara Asia.

"Tetapi saya yakin akan mendapat sokongan daripada keluarga FIFA di seluruh dunia terma- suk Asia dan negara Timur Tengah.

"Saya serah segalanya kepada Kongres FIFA. Jika mereka mahukan saya lagi, saya akan terus bekerja. Jika tidak, saya akan ucap selamat tinggal," kata Blatter pada sidang media di Istana Pahang di Persiaran Raja Chulan, Kuala Lumpur petang semalam.

Blatter hadir untuk menerima anugerah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Turut hadir, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Timbalan Presiden FAM; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta tiga Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Datuk Afandi Hamzah.

Ditanya adakah pemilihan pada Jun depan itu merupakan penggal terakhirnya andai terus diberi mandat, Blatter berkata: "Ia mungkin penggal terakhir saya. Terserah kepada Kongres FIFA. Saya tak tahu pandangan orang tetapi saya rasa masih bertenaga."

Dalam pada itu, Blatter turut menganggap idea para menteri luar negara-negara ASEAN untuk menganjurkan Piala Dunia 2030 di Asia Tenggara secara bersama sesuatu yang baik tetapi terdapat kekangan tertentu.

"Memang idea ini cukup baik tetapi untuk merealisasikannya bukan mudah.

"Selepas Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, kita lebih senang untuk meneruskan penganjuran tunggal oleh sesebuah negara," jelas beliau.

Blatter turut menyokong pencalonan Sultan Ahmad Shah untuk pemilihan jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menentang Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Worawi Makudi pada Kongres AFF, 10 April depan.

"Saya harap anda (Sultan Ahmad Shah) akan berjaya pada pemilihan itu," kata Blatter.

Sultan Ahmad Shah pula ringkas bertitah: "Biar saya terpilih dahulu sebagai Presiden AFF sebelum mengumumkan apakah impian saya bersama AFF tetapi saya gembira mendapat sokongan Blatter."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen