Kosmo Online - Sukan |
Posted: Empat emas bukan mustahilOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR CHONG WEI menjadi taruhan Malaysia untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012. SEBELUM ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ada mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sesuatu yang mustahil bagi Malaysia meraih empat pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London. Empat emas itu disasarkan kepada acara badminton menerusi Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki) dan Koo Kien Keat- Tan Boon Heong (beregu lelaki). Dua lagi emas disandarkan kepada jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan penerjun yang sedang meningkat naik, Pandelela Rinong. Bagaimanapun, kenyataan Shabery itu dipandang serong oleh beberapa pihak yang beranggapan Malaysia harus realistik sebe- lum meletakkan sasaran pada Sukan Olimpik 2012. Mengulas mengenai perkara itu, Shabery berkata, beliau tetap yakin dengan kemampuan serta prestasi atlet negara yang terpilih mengikuti program Road to London 2012 sejak kebelakangan ini. "Saya sebut nama Chong Wei itu berada dalam jangkauan untuk mendapatkan emas kerana dia sudah mengalahkan (jaguh China) Lin Dan dan menjuarai Seluruh England kali kedua berturut-turut. "Kalau dia sihat, kita doakan tidak ada yang mengganggunya untuk menyumbang pingat emas," kata Shabery pada majlis me- nandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) penganjuran Malaysia Sports Trade And Golf Expo (MSTGE) di antara Mines Event Management (MEM) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di Seri Kembangan, Selangor semalam. "Kita ada nama lain seperti pasangan beregu badminton negara, Koo dan Tan. Azizulhasni juga berada dalam jangkauan emas," ujar Shabery. Beliau menambah, kenyataannya itu juga bukan satu jaminan buat kontinjen Malaysia meraih emas di London nanti. "Saya tidak boleh bercakap takbur dan melangkaui kuasa Tuhan. Mungkin pada hari tersebut, atlet itu demam. "Tetapi perkara itu juga mungkin akan berlaku kepada pihak lawan, kita pun tidak tahu," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Malaysia tanpa kelibat Farizal Posted: Malaysia tanpa kelibat FarizalOleh WAN FAKHRUL BAKAR FARIZAL (dua dari kiri) diketepikan pada aksi persahabatan menentang Etoile FC malam ini kerana menjalani rawatan susulan berkaitan kecederaan patah tulang pipi. HANYA 23 daripada 24 pelatih dibawa jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal ke Singapura pagi semalam bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis, Etoile FC di Stadium Jalan Besar malam ini. Ini kerana, Farizal Marlias terpaksa diketepikan setelah penjaga gol Negeri Sembilan itu perlu menjalani rawatan susulan berkaitan kecederaan patah tulang pipi yang dialaminya pada Julai 2010. Berdasarkan situasi itu, gawang Malaysia malam ini akan dikawal sama ada oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli. Farizal yang sempat menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Isnin lalu hingga kelmarin berkata, dia kini perlu berusaha lebih keras untuk bersaing merebut tempat bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2014, Jun depan. "Bahagian tepi mata masih terasa sakit akibat kecederaan patah tulang pipi tahun lalu dan ketika melakukan pemeriksaan Selasa lalu, doktor minta buat pemeriksaan susulan hari ini (semalam). "Sebab itulah saya tercicir untuk ke Singapura. Tetapi tak rasa kecewa sangat kerana bagi saya mata ini lebih penting untuk dirawat demi masa depan karier," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Farizal yang beraksi cemerlang ketika skuad kebangsaan bertemu Manchester United pada 2009, terpaksa diketepikan pada Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010 akibat kecederaan pipi itu. Namun, pemain kelahiran Pahang berusia 25 tahun itu tetap mengharapkan baki 23 pemain kebangsaan yang lain mengekalkan momen- tum kemenangan pada pertemuan dengan Etoile FC malam ini. "Saya yakin siapa saja yang diturunkan jurulatih sama ada Khairul Fahmi atau Sharbinee, kedua-duanya mampu beraksi dengan baik. Cuma cara mereka sahaja ber- beza. "Kita telah mulakan tahun 2011 dengan menewaskan Hong Kong 2-0 bulan lalu. Diharap rentak kemenangan dapat diterus- kan bertemu Etoile FC," jelas Farizal yang menggantikan Khairul Fahmi pada 30 minit terakhir aksi bertemu Hong Kong itu. Sementara itu, ketiadaan Safee Sali bakal menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha berkemungkinan besar digandingkan dengan Ahmad Fakri Saarani di jentera serangan malam ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Drama Misbun tiada kesudahanOleh HELMI TALKAH MISBUN (kanan) lebih gemar berdiam diri daripada mengulas mengenai isu peletakan jawatannya sebagai jurulatih badminton perseorangan negara. KEMELUT berhubung peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek nampaknya akan terus berlanjutan. Jika sebelum ini ada sege- lintir pihak beranggapan nasib Misbun bakal diputuskan pada Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 1 April depan ternyata andaian tersebut meleset sama sekali. Ini kerana, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan bahawa isu berhubung peletakan jawatan Misbun tidak akan dimasukkan dalam agenda utama pada mesyuarat itu yang bakal diadakan di Hotel Summit, Subang Jaya. "Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis BAM memang adakan setiap tiga bulan sekali dan agenda utamanya adalah bagi membentangkan laporan serta akaun tahunan persatuan memandangkan pada Mei depan kami akan mengadakan AGM (mesyuarat agung tahunan). "Mengenai isu peletakan jawatan Misbun pula, ia memang tidak termasuk dalam agenda utama mesyuarat seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak sebelum ini," kata Chin Chai ketika dihubungi Kosmo! semalam. Bagaimanapun, Chin Chai tidak menolak kemungkinan isu berkenaan turut akan dibangkit oleh ahli-ahli majlis kerana mereka pastinya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini terhadap kemelut yang melanda itu. "Ahli-ahli majlis mungkin akan membangkit mengenai isu peletakan jawatan Misbun ini kerana sebelum ini mereka telah memberi mandat kepada presiden (Datuk Mohd. Nadzmi Salleh) untuk membuat keputusan. "Sekiranya ia dibangkitkan, presiden sendiri akan memberi penjelasan kepada ahli-ahli majlis mengenai situasi sebenar. "Sama ada akan ada keputu- san ataupun tidak berhubung isu itu nanti, masih belum pasti lagi dan kalau ada apa-apa keputusan kami pasti akan memberitahu kepada pihak media," jelas Chin Chai. Pada Januari lalu, ahli-ahli majlis BAM telah sebulat suara memberikan mandat kepada Nadzmi untuk membuat keputusan penuh sama ada menerima peletakan jawatan Misbun ataupun sebaliknya. Namun, sehingga kini, baik Nadzmi mahupun Misbun sendiri masih belum membuat kata putus mengenai isu tersebut. BAM juga telah meminta Mis- bun menimbangkan semula keputusannya untuk meletak jawatan tetapi bekas jaguh badminton negara itu lebih gemar mengambil pendekatan 'mengunci mulut' daripada tampil memberikan penjelasan. Misbun menggegar arena sukan badminton tanah air apabila membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan