Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


F1 Sepang istimewa

Posted: 06 Apr 2011 12:48 PM PDT

Sukan

pix_gal0
GP Malaysia babitkan banyak syarikat tempatan: Najib

KIBARAN Jalur Gemilang dan sukan Formula Satu (F1) kini semakin sebati apabila tiga pasukan - Mercedes GP PETRONAS, Lotus Renault GP dan Team Lotus - bakal menjadikan Grand Prix Malaysia 2011 kali ini seperti beraksi di halaman sendiri.

"F1 sentiasa menjadi acara istimewa buat Malaysia tapi kali ini ia lebih istimewa lagi," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Tahun ini bahkan lebih istimewa dengan kehadiran beberapa pasukan yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat tempatan. "Belum pernah acara ini disertai begitu banyak syarikat tempatan yang menyaksikan GP Malaysia di litar Sepang menjadi perlumbaan laman sendiri buat beberapa pasukan."

"Kesungguhan Malaysia dan imej cemerlangnya akan terpancar tahun ini di setiap pusingan perlumbaan di seluruh dunia dengan penyertaan Mercedes GP PETRONAS, Lotus Renault Racing yang disokong Proton, 1Malaysia Team Lotus dan Virgin Formula 1 Racing yang menampilkan Q-Net sebagai rakan kongsi penting musim ini," kata Najib.

Najib menambah, sebelum litar Sepang mula digunakan pada 1999, Malaysia sudah lama menjadikan sukan F1 sebagai pentas mempromosi jenama tempatan apabila Tourism Malaysia menumpang populariti pasukan Stewart Grand Prix pada 1997.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Real, Schalke dapat bekalan selesa

Posted: 06 Apr 2011 12:40 PM PDT

Sukan

PEMAIN Real menyambut kemenangan atasi Spurs 4-0, awal

PEMAIN Real menyambut kemenangan atasi Spurs 4-0, awal

LONDON: Juara sembilan kali, Real Madrid dan Schalke membuat langkahan besar mahu layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, musim ini selepas masing-masing merakamkan kemenangan besar dalam saingan suku akhir pertama, awal pagi semalam.

Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor menyumbat dua gol membantu Real membelasah wakil Inggeris, Tottenham Hotspur manakala bekas legenda Real, Raul me-nyumbat gol membantu Schalke membuat kejutan menewaskan juara bertahan, Inter Milan 5-2 di San Siro.

Jose Mourinho jelas kembali memberi sentuhan pada detik penting dan kemenangan di San Bernabeu harus membuat pengendali bergelar 'Yang Istimewa' itu menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga. Spurs pimpinan Harry Rednapp juga dipalit duka tambahan apabila ayam tambatan pasukan, Peter Crouch di­layangkan kad merah selepas beraksi 15 minit dan Mourinho beranggapan peluang lawan untuk bangkit dianggap sudah tertutup.

Selain dua gol Adebayor yang dipinjamkan dari Manchester City, pemain sayap, Angel Di Maria dan Cristiano Ronaldo masing-masing merembat satu untuk mencipta sorakan gemuruh di gelanggang.- Agensi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen