Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya cabar BAM'

Posted: 12 Apr 2011 12:39 PM PDT

Sukan

Zolkples minta Misbun lahir ramai 'klon' Chong Wei

ANDAI kontrak baru dihulurkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada Datuk Misbun Sidek menyaksikan jurulatih itu tidak lagi membimbing 'anak emasnya' Lee Chong Wei, Datuk Zolkples Embong mahu ia dilihat secara positif.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu berkata, soal siapa yang dibimbing jurulatih berusia 51 tahun itu tidak harus dijadikan isu kerana apa yang penting kepakarannya dapat digunakan dalam membangun dan memperkasakan badminton negara. Menurutnya, masalah dihadapi badminton negara ialah ketandusan pemain berwibawa bagi menggantikan Chong Wei dan sekiranya kepakaran Misbun digunakan ia diharap dapat melahirkan lebih ramai 'klon' pemain nombor satu dunia itu.

"Andai BAM memutuskan Misbun tidak lagi membimbing Chong Wei, saya lebih suka dan 'mencabar' BAM supaya memberinya tanggungjawab melatih anaknya sendiri (Mohd Ramdan) kerana antara faktor dia meletak jawatan kerana mahu membimbing anaknya.

"Mungkin Misbun kehilangan sesuatu kerana tidak lagi dapat membimbing Chong Wei, tetapi pada masa sama dia tidak kehilangan semua kerana dapat memfokuskan tumpuan membim-bing anaknya," katanya.

Kelmarin, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan pihaknya sudah bertemu Misbun minggu lalu bagi berbincang dan mengemukakan kontrak baru kepada jurulatih itu untuk diteliti serta ditandatangani.
Begitupun, Chin Chai enggan mendedahkan butiran kontrak baru itu terutamanya apakah tugas yang diberikan kepada Misbun, sama ada kembali melatih Chong Wei atau diberi peranan lain?

Dan persoalan lain yang timbul sekiranya Misbun diberi peranan lain, adakah jurulatih itu gembira atau dia mungkin sekali lagi membuat pusingan U dengan menolak kontrak berkenaan dan terus 'berehat'.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Real, Schalke selesa

Posted: 12 Apr 2011 12:39 PM PDT

Sukan

pix_gal0
LONDON: Real Madrid dan Schalke 04 pasti akan melangkah ke saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok dengan sifat yakin selepas mengumpul modal selesa daripada perlawanan pertama.

Real pimpinan Jose Mourinho (gambar) membelasah Tottenham Hotspur 4-0 manakala Schalke pimpinan bekas legenda Real, Raul mengejutkan juara bertahan, Inter Milan 5-2 di San Siro, minggu lalu.

Kini, hanya satu keajaiban dapat membantu Spurs pimpinan Harry Redknapp dan Inter kendalian Leonardo untuk bangkit secara dramatik mengubah nasib masing-masing ketika lawan mereka tampak dalam laluan layak ke separuh akhir. Namun, Redknapp menegaskan anak didiknya akan berjuang mati-matian di White Hart Lane membuat kejutan manakala Raul pula menegur rakan sepasukan lebih berwaspada ketika mengibaratkan Inter bagai harimau yang tercedera.

"Tiada apa yang mustahil. Siapa tahu apa bakal berlaku," kata Redknapp. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan