Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Saya bukan 'kacang lupa kulit'

Posted: 19 Apr 2011 01:07 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Chong Wei nafi dakwaan tak hormat Misbun

KETIKA sesetengah pihak menyifatkan dirinya umpama 'kacang lupakan kulit' apabila dikatakan menjadi faktor utama mentornya, Datuk Misbun Sidek 'digugurkan' daripada tugas membimbingnya, Lee Chong Wei semalam tampil menafikannya.

"Itu keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Saya tidak memilih jurulatih, malah saya sedia berlatih dengan sesiapa saja," kata pemain nombor satu dunia itu selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM Sabtu lalu mendedahkan 'rahsia' kontrak baru yang ditawarkan kepada Misbun - jurulatih yang sudah sedekad membimbing Chong Wei itu akan diberi peranan baru membimbing skuad pelapis selepas bersetuju menarik balik peletakan jawatannya.

Keputusan BAM itu menyebabkan sesetengah pihak berpendapat ia sebenarnya keputusan pemain nombor satu dunia itu sendiri yang enggan meneruskan latihan di bawah tunjuk ajar mentornya itu selepas dikatakan kian selesa dengan ketua jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.

Chong Wei berkata, dia tidak mahu terus terganggu dengan isu itu kerana apa yang penting ketika ini meneruskan latihan seperti biasa dan memfokuskan segenap tumpuan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012.

"Jika betul Datuk Misbun diberi peranan baru membimbing skuad pelapis, saya rasa keputusan itu baik dan demi masa depan badminton negara kerana dapat membantu melahirkan pelapis berpotensi menggantikan tempat saya," katanya
Chong Wei yang sudah memenangi tiga kejuaraan musim ini berkata dia akan menyertai Terbuka India minggu depan sebelum pulang menghadapi Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia yang diadakan di Kedah awal bulan depan.

"Bagi saya Grand Prix Emas Terbuka Malaysia adalah medan penting kerana ia menjadi kejohanan pertama buat pemain untuk mengutip mata bagi melayakkan diri beraksi di London 2012," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arsenal 'sesak', Chelsea selesa

Posted: 19 Apr 2011 01:07 PM PDT

Sukan

pix_gal0
LONDON: Secara lojik Arsene Wenger pasti sudah membuat satu kesimpulan betapa peluang tipis Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berakhir andai mereka tewas kepada Tottenham Hotspur, hari ini.

Lebih perit, kedudukan mereka di tangga kedua juga bakal terlucut jika Chelsea yang menentang Birmingham di Stamford Bridge pada hari yang sama menang untuk memintas kelab seteru dari London.

Apapun, penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny tidak mahu mengalah dalam situasi getir ini - apa lagi mengerti dia dan rakan sepasukan masih terasa 'gegaran' selepas Liverpool menafikan mereka kemenangan berharga di Emirates pada saat-saat terakhir, minggu lalu. "Sudah pasti kami masih percaya mampu memenangi gelaran, Kami akan menentang Manchester United dan mereka juga akan menentang Chelsea. Mereka juga boleh mencicirkan mata," katanya.

Sementara itu, perancang Chelsea, Frank Lampard juga degil apabila menyuarakan peluang mereka belum berakhir mendakap trofi EPL.

"Misi ini memang sukar," kata pemain skuad England itu. " Tapi ini bukan bererti kami tidak mampu mengejarnya. Kami perlu menang perlawanan kami dan mereka tewas beberapa perlawanan. Perkara mustahil seperti ini boleh berlaku dalam bola sepak." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan