Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Belum tetap gaji Misbun

Posted: 13 Apr 2011 11:55 AM PDT

DATUK Misbun Sidek belum pasti akan menerima gaji sama seperti sebelum ini selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menyatakan hanya akan membuat tawaran gaji mengikut kontrak dikemukakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada jurulatih perseorangan itu.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, tiada garis panduan yang mensyaratkan pihaknya mengekal atau menaikkan gaji jurulatih itu.


"Tidak semestinya naik kerana kami (MSN) akan meneliti syarat yang ada dalam kontrak ditawarkan BAM kepada Misbun dulu. Kita juga melihat apakah tugasan yang diberi kepada beliau serta menilai program yang beliau rancang untuk tugasan yang ditawarkan kepadanya," kata Zolkples, semalam.

Misbun sebelum ini dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM30,000 sebulan yang dibayar secara bersama oleh MSN dan BAM.


Sumber dalaman BAM sebelum ini mengesahkan Misbun akan menerima jumlah sama daripada persatuan itu, namun tidak dapat mengesahkan jumlah keseluruhan pendapatan bulanan jurulatih itu kerana bergantung kepada MSN yang membayar sebahagian lagi gaji jurulatih itu.


"Setakat ini MSN belum berbuat apa-apa mengenainya kerana kami menanti BAM dan Misbun mencapai kata sepakat dalam kontrak yang dikemukakan persatuan itu kepada Misbun minggu lalu," kata Zolkples.

Biarpun MSN turut menyalur sebahagian pendapatan jurulatih itu, Zolkples berkata pihaknya tidak akan mengeluarkan kontrak, sebaliknya akan menyerahkan geran kepada BAM.


BAM dijangka menerima jawapan daripada Misbun minggu ini kerana badan induk badminton negara itu perlu membincangkan kontrak beliau dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Sabtu ini.

Selepas itu, C&T akan mengemukakan cadangan kontrak itu kepada ahli Majlis BAM dalam mesyuarat yang akan berlangsung pada 28 April ini untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak kontrak terbabit.


Beliau yang melonjakkan nama jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei sehingga menduduki ranking nombor satu dunia buat tahun ketiga sejak Ogos 2008, bagaimanapun diramal tidak akan menjadi mentor kepada prospek emas Sukan Olimpik 2012 London itu selepas ini kerana BAM yang ketandusan pelapis berkualiti terutamanya perseorangan lelaki dijangka menyerahkan tugas melatih skuad itu kepada Misbun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Devan lega

Posted: 13 Apr 2011 11:52 AM PDT

JURULATIH Selangor, K Devan tetap menarik nafas lega walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United kelmarin sekali gus membolehkan mereka kembali menghuni puncak Liga Super.

Kemenangan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu membuktikan moral pemain Selangor sememangnya berada di tahap tinggi selepas tewas 2-0 kepada T-Team beberapa hari sebelum itu.


"Walaupun hanya menjaringkan satu gol (menerusi Mohd Fadzli Saari), ia sudah cukup melegakan saya kerana kami kembali menang dan meraih tiga mata untuk berada tempat teratas liga.

"Malah kejayaan ini begitu bermakna kerana kami bermain tanpa tiga pemain utama iaitu kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Hardi Jaafar (pemain tengah) dan P Gunalan (pemain pertahanan) yang mengalami kecederaan dan penggantungan kad merah. Kami masih mampu mempamerkan persembahan yang baik dan mencipta banyak peluang," katanya.


Kejayaan menewaskan Felda United membolehkan Selangor mencatatkan kemenangan ketujuh daripada 11 perlawanan untuk mengumpul 23 mata serta hanya satu mata mengatasi Perak yang berada di tangga kedua selepas mengaibkan Kelantan 4-0 di Stadium Perak di Ipoh kelmarin.


Kedua-dua pasukan teratas Liga Super ini akan bertemu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini yang mungkin menyaksikan pendahulu liga sekali lagi akan berlaku seandainya Perak yang kini dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, mampu meneruskan rentak kemenangan.

"Memang saya akui Perak sekarang berada di dalam prestasi baik, namun Selangor juga mempunyai pemain berkualiti untuk menyaingi pemain lawan dan saya mengharapkan mereka mampu meraih tiga mata lagi Sabtu ini," kata Devan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen