Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Vettel kuasai SIC

Posted: 10 Apr 2011 08:53 AM PDT

PASUKAN Red Bull meneruskan dominasi pada saingan Grand Prix F1 Malaysia apabila pelumba sensasi yang juga penyandang juara dunia, Sebastian Vettel mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam sekali gus mempertahankan kemenangannya di litar sama pada tahun lalu.

Vettel yang mengungguli perlumbaan pembuka tirai di Litar Albert Park, Australia, dua minggu lalu, meraih kemenangan selesa selepas tidak dicabar barisan pelumba lain sejak dari petak permulaan sehinggalah ke garisan penamat.


Pelumba sensasi Jerman itu yang memulakan perlumbaan di petak pertama tiba di garisan penamat dengan catatan masa 1 jam 37 minit 39.832 saat, meninggalkan bekas juara dunia 2009, Jenson Button dari pasukan McLaren Mercedes, kedua dengan catatan 1:37:43.093s.

Sementara pasukan Lotus Renault terus konsisten meraih kemenangan podium apabila menyambar tempat ketiga menerusi Nick Heidfeld selepas rakan sepasukan Vitaly Petrov melakar kejayaan sama dua minggu lalu di Australia.


Pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca mendung itu, Vettel nyata terkejut kerana berjaya meninggalkan pelumba lain sejak awal perlumbaan.


"Saya bermula dengan baik tapi agak terkejut apabila melihat di cermin sisi barisan pelumba lain agak ketinggalan.

"Melihat situasi itu, saya mula fikir ia satu kelebihan selepas berjaya menjarakkan diri daripada pemandu lain dan selepas itu, saya terus memecut selaju yang mungkin.


"Dengan cuaca tidak menentu hari ini, sudah tentu ia perlumbaan yang agak sukar dan mengelirukan kami dalam membuat keputusan tepat terutamanya mengenai pemilihan tayar," katanya.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Ferrari terus gagal memberi impak apabila dua pemandu mereka, Fernando Alonso serta Felipe Massa hanya menduduki tempat kelima dan keenam.


Pelumba McLaren Mercedes, Lewis Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak kedua pula gagal memanfaatkan kelebihannya itu apabila sekadar menduduki tempat ketujuh.


Sementara juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dari pasukan Mercedes GP Petronas turut gagal memberikan impak dengan hanya menduduki tempat kesembilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Kabinet bincang kontrak F1

Posted: 10 Apr 2011 08:48 AM PDT

KEPUTUSAN sama ada Malaysia mahu meneruskan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) akan hanya ditentukan Kabinet selepas kontraknya tamat pada 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, Kabinet akan kaji perkara itu dengan terperinci sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.


"Tengok dululah kerana kita akan bawa perkara ini ke Kabinet dahulu. Malah bilangan (penonton) yang hadir tahun ini lebih ramai daripada tahun sudah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.

Beliau berkata, perlumbaan itu memberi kesan positif terhadap negara dengan meningkatkan lagi profil Malaysia di persada antarabangsa.


Najib berkata demikian semasa ditanya sekiranya Malaysia akan meneruskan penganjuran perlumbaan F1 selepas kontrak tamat pada 2015, selepas Australia sebelum ini didesak supaya tidak lagi menganjur perlumbaan F1 akibat kerugian.


Kontrak penganjuran F1 Malaysia dibuat dengan Persekutuan Automobil Antarabangasa (FIA).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen