Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wenger tetap optimis

Posted:

Wenger tetap optimis

Wenger tetap optimis


VAN PERSIE dilayangkan kad kuning selepas menjaringkan gol Arsenal ketika seri 1-1 dengan Liverpool di Stadium Emirates kelmarin.


LONDON - Arsene Wenger masih belum menyerah kalah dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England meski- pun Arsenal sekadar seri 1-1 dengan Liverpool di Stadium Emirates kelmarin.

Pengurus skuad The Gunners itu yakin pasukan tersebut masih mampu memintas Manchester United di kedudukan teratas tetapi para pemain perlu berjuang sehingga akhir saingan musim ini.

Arsenal hampir berjaya meraih tiga mata penuh menerusi sepakan penalti Robin van Persie pada minit ke-97 tetapi Dirk Kuyt berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool minit ke-101, juga me- nerusi sepakan penalti.

Dengan keputusan seri itu, Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang United dengan saingan hanya berbaki enam perlawanan.

"Kami perlu memberikan segala-galanya sehingga ke perlawanan terakhir. Selepas itu, barulah kita akan ketahui musim ini menjadi milik kita atau tidak.

"Segala-galanya terletak kepada kami untuk memenangi baki perlawanan. Kami sudah harungi 15 perlawanan tanpa kalah tetapi banyak mencicirkan mata penuh. Memang semua pemain berasa kecewa.

"Tetapi kami perlu terus beraksi dan berjuang selagi mampu. Kami memiliki para pemain yang bercita-cita tinggi dan mahu melakukan sebaik yang boleh," kata Wenger.

Namun Wenger ternyata berang dengan pengadil, Andre Marriner yang memberikan sepakan penalti kepada Liverpool selepas masa kecederaan berlangsung selama 11 minit.

"Penalti itu diberi pada minit ke-11 sedangkan masa kecederaan yang dinyatakan pengadil adalah lapan minit. Saya tidak tahu dari mana datangnya tambahan tiga minit itu.

"Ia juga tidak sepatutnya penalti kerana Lucas Leiva tiba-tiba berhenti di depan Emmanuel Eboue lalu terjatuh.

"Selepas perlawanan, saya turut memberitahu Kenny Dalglish (pengurus Liverpool) bahawa ia bukan penalti," jelas Wenger yang kelihatan berbalah dan enggan bersalaman dengan Dalglish. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bale di puncak karier

Posted:

Bale di puncak karier

Bale di puncak karier

LONDON - Pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) England bagi tahun 2010.

Bale, 21, yang berasal dari Wales berjaya mengetepikan enam calon lain dengan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri menduduki tempat kedua, manakala penyerang Manchester City, Carloz Tevez di tempat ketiga.

"Ia satu penghormatan untuk menerima anugerah ini terutama apabila ia merupakan undian daripada pemain-pemain profesional yang lain.

"Bagaimanapun, ia bukan untuk diri saya seorang tetapi milik rakan-rakan sepasukan lain yang banyak membantu saya sepanjang musim ini," kata Bale.

Setelah berhijrah dari Southampton pada 2007, Bale memulakan karier bersama Tottenham dengan agak mengecewakan apabila dihantui pelbagai masalah kecederaan.

Bale hanya mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas diturunkan sebagai pemain bek kiri pada aksi Piala FA pada Januari 2010.

"Pada permulaan saya gagal beraksi banyak perlawanan tetapi tetap memiliki keyakinan dalam diri. Apabila diberi peluang beraksi, saya cuba membuktikan kemampuan yang dimiliki," jelasnya.

Bale turut dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik PFA 2010 tetapi hanya mendapat tempat kedua di belakang pemenangnya iaitu pemain tengah berusia 19 tahun Arsenal, Jack Wilshere.

"Ini merupakan musim penuh pertama saya dan ia anugerah yang cukup besar buat diri ini. Saya merasa bangga menjadi pemenang kelima dari Arsenal.

"Ternyata Arsenal sebuah kelab yang bagus dalam menghasilkan pemain muda," kata Wilshere.

Penyerang Manchester United berusia 22 tahun, Javier Hernandez pula menduduki tempat ketiga kategori tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden PBNS turun padang 'cari masalah'

Posted:

Presiden PBNS turun padang 'cari masalah'

Presiden PBNS turun padang 'cari masalah'

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


KESEBELASAN utama Negeri Sembilan gagal memberikan impak sejak kempen Liga Super musim ini bermula.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti masalah yang melanda sku- ad Hoben Jang Hoben yang kini menghuni kelompok bawahan Liga Super.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan mencari masalah yang melanda pasukan itu yang mencatatkan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan sebelum ini.

Katanya, prestasi buruk itu tidak se- patutnya berlaku memandangkan Negeri Sembilan dibarisi beberapa pemain kebangsaan dan berpengalaman.

"Saya pun tidak tahu apa sebabnya, kita telah melakukan beberapa perubahan termasuk menukar jurulatih, namun masalah ini belum dapat diselesaikan.

"Walaupun bermula dengan cemerlang ketika awal musim tetapi prestasi pasukan terus menjunam dan mencatatkan kekalahan demi kekalahan," kata Mohamad dalam satu sidang media di Seremban semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pemain dan pihak pengurusan bagi mengenal pasti masalah yang melanda skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu.

"Saya akan berjumpa dengan bebe- rapa pemain senior termasuk pemain junior dan saya hendak tahu apa sebe- narnya yang berlaku.

"Prestasi buruk sebegini tidak sepatutnya berterusan kerana di atas kertas kita mempunyai pemain berkaliber dan rekod yang cemerlang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak mahu lagi menuding jari kepada sesiapa dan akan mencari formula terbaik selepas bertemu dengan barisan pemain dan pihak pengurusan pasukan.

"Saya yakin kita mampu membaiki prestasi pasukan sekiaranya masalah ini dapat diatasi kerana kita mempu- nyai barisan pemain yang baik.

"Jadi, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Saya akan cuba untuk berjumpa dengan pemain dan kalau didapati ada masalah dalam pasukan, kita akan cuba selesaikan masalah dalaman ini," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen