Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kena jawab sebelum 16 April

Posted:

Kena jawab sebelum 16 April

Kena jawab sebelum 16 April

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Isu peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek kini memasuki fasa paling penting selepas jurulatih perseorangan negara itu sudahpun menerima kontrak barunya dan kini dalam proses rundingan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Misbun, 51, yang menggemparkan peminat badminton dengan meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu sebelum membatalkan keputusannya, tiga bulan kemudian menerima kontrak tersebut minggu lepas.

Tidak dinyatakan sampai bilakah beliau diberi masa untuk memikirkan mengenai kandungan kontrak, namun jurulatih itu difahamkan perlu menjawab tawaran kontrak berkenaan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM yang akan bersidang pada 16 April ini.

CTC, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai kemudian akan membincangkan peranan yang bakal dipegang jurulatih tersebut sebelum mencadangkannya kepada Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang bakal bersidang pada hujung bulan ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami sudah menyerahkan kontrak baru kepada Misbun minggu lalu, tetapi apa kandungan kontrak berkenaan bukan untuk dibincangkan secara umum, begitu juga bila tarikh sebenar dan tarikh akhir yang diberikan kepada Misbun untuk menjawab kontrak berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan, sekarang adalah peringkat rundingan. Sebarang isu antara kami dan Misbun mengenai kontrak akan dibincangkan dalam tempoh ini, selepas semua pihak berpuas hati nanti, kami akan membincangkan mengenai peranan beliau dalam mesyuarat CTC minggu ini, sebelum membawanya kepada Exco pada 28 April nanti," kata Chin Chai.

Jika sebelum ini ramai pihak yang berteka-teki tentang status Misbun, apakah beliau akan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan atau sebaliknya, namun selepas jurulatih itu membatalkan peletakan jawatannya awal bulan ini, persoalan terarah pula kepada adakah beliau akan kembali membimbing anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Selepas tiga bulan mendapat bimbingan Tey Seu Bock, sambil dibantu oleh ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek, Chong Wei mula selesa dengan apa yang dilalui dan menyuarakan pandangan secara terbuka bahawa beliau tidak terlalu memerlukan Misbun.

Dalam tempoh ketiadaan Misbun, pemain No. 1 dunia itu berjaya memenangi tiga daripada empat kejohanan yang disertai, termasuk mempertahankan kejuaraan All England dengan mengalahkan musuh tradisi, Lin Dan bulan lalu. Malah, dalam satu-satunya kejohanan yang gagal dimenangi Chong Wei, dia muncul naib juara di Terbuka Korea, Januari lalu.

Chin Chai ketika ditanya mengenai kedudukan Misbun dalam skuad kebangsaan andai kembali nanti berkata, semuanya hanya akan dibincangkan oleh CTC yang dibarisi ramai jurulatih kebangsaan, termasuk Rashid sebelum dibawa kepada Exco.

"Saya harap semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kedudukan Misbun atau isu kontrak, sekarang biarkan kami berunding dulu, sebelum selesaikannya dalam mesyuarat nanti. Anda semua akan tahu keputusan pada 28 April ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden baru AFF cadang bina ibu pejabat di KL

Posted:

Presiden baru AFF cadang bina ibu pejabat di KL

Presiden baru AFF cadang bina ibu pejabat di KL

Oleh M. Shahrinnahar Abd. Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN - Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang baru , Sultan Ahmad Shah melahirkan hasrat untuk membina ibu pejabat AFF di Kuala Lumpur.

Sultan Ahmad Shah memberitahu, untuk tujuan itu baginda akan mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa AFF untuk mendapatkan persetujuan mereka.

"Saya akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan sebidang tanah untuk membangunkan ibu pejabat AFF, kerana ia adalah hasrat saya selepas dilantik sebagai Presiden AFF.

"Bagi saya, Najib adalah seorang yang sangat memahami dan pasti beliau akan menyokong hal yang berkaitan sukan," titah baginda padang sidang akhbar selepas Merasmikan Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang Darul Makmur Ke-12 di Wisma Sri Pahang, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan pembinaan bangunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), termasuklah mendapat peruntukan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Ketika itu saya menjadi Presiden AFC. Namun bagi bangunan AFF ini, saya akan mendapatkan bantuan daripada FIFA. Pada masa sama, AFF pasti mempunyai peruntukan sendiri.

"Kita tidak mahu menyusahkan Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Oleh itu, saya akan usahakan sendiri, termasuk akan ke Zurich, Switzerland untuk berjumpa dengan Presiden FIFA, Sepp Blatter," katanya.

Mengulas dipilih sebagai Presiden AFF yang baru, Sultan Ahmad Ahad bersyukur kerana ahli gabungan AFF sebulat suara memilihnya bagi menggantikan Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang meneraju AFF sejak 1995.

"Keyakinan mereka memberi semangat untuk meningkatkan mutu bola sepak bukan saja di Asia tenggara, malah Asia," kata baginda.

Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Januari 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Tengku Ahmad Rithauddeen menjadi presiden sejak 1996 dan memainkan peranan penting dalam AFF termasuk mempopularkan kejohanan serantau yang dikenali sebagai Piala Suzuki AFF.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen