Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Apr 2011 08:53 AM PDT ADAKAH Datuk Misbun Sidek sedia menerima kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM)? Itu persoalan yang berlegar di fikiran ramai selepas Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai semalam mengesahkan pihaknya sudah menyerahkan kontrak baru kepada Misbun pada minggu lepas untuk disemak oleh bekas jurulatih perseorangan itu.
"Apa yang boleh saya katakan, BAM hanya akan menunggu jawapan daripada Misbun. Sama ada beliau setuju atau tidak dengan kandungan kontrak itu, perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T)," katanya.
Apapun, hanya Misbun yang mengetahui segala-galanya dan beliau berhak membuat keputusan daripada kontrak yang ditawarkan itu.
|
>Hairuddin jejas aksi Hoben Jang Hoben Posted: 11 Apr 2011 08:52 AM PDT NEGERI Sembilan yang menanti kunjungan Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, bakal turun sedikit tempang apabila tidak menurunkan barisan terbaik selepas penyerang utama, Hairuddin Omar, tidak dapat beraksi kerana mengumpul tiga kad kuning. Ini sekali gus membuatkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa mengenal pasti pemain berwibawa untuk menggalas tanggungjawab di posisi penting itu bagi digandingkan dengan seorang lagi penyerang, Ahmad Fakhri Saarani dalam usaha memastikan serangan pasukan tidak terjejas dan misi meraih kemenangan di halaman sendiri dapat direalisasikan malam ini.
"Walaupun ada pemain menggantikan Hairuddin (gambar), setakat ini hanyalah dari kalangan pemain muda antaranya Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Shaffik Rahman untuk digandingkan dengan Ahmad Fakhri dalam usaha menembusi benteng Kedah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan