Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


MU atau Chelsea

Posted: 07 May 2011 04:09 PM PDT

Sukan

pix_gal0
MANCHESTER: Inilah detik ditunggu peminat global - 'perang di Old Trafford'.

Hari ini, Manchester United yang mengidamkan gelaran ke-19 bertembung dengan Chelsea yang kian ghairah mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Jika kami menang, saya berasa kami harus memenangi gelaran musim ini," kata Alex Ferguson yang mengerti anak didiknya hanya perlu mengutip satu mata saja daripada baki perlawanan menentang kelab bergelut, Blackburn Rovers dan Blackpool. Bagi pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dia sudah melihat gambaran jelas betapa pasukannya sudah kembali memburu pengiktirafan ketika dua bulan lalu pemerhati membuat ramalan sama ada The Blues mampu berada dalam kelompok empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Tiada siapa berfikir kami mampu bangkit berjuang," kata pengendali berbangsa Itali itu.

"Sudah banyak kali kami bercakap pasal Liga Juara-Juara tapi tiada siapa yang berkata kami ada peluang itu.'

Apapun, yang pasti pertembungan ini menjadi penantian semua. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei, Nicol kaya

Posted: 07 May 2011 04:06 PM PDT

Sukan

TAHUKAH anda jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta, tahun lalu.

Walaupun pendapatannya itu tidak sehebat Tiger Woods yang muncul atlit dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraihnya itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini.

Bagaimana Chong Wei mengumpul pendapatan sebanyak itu? Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000. Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.

Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan 'nilai' Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong tidak menafikan anggaran pendapatan Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta, tetapi tidak mempunyai angka yang tepat.
"Kita hanya tahu jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi atlit, tetapi berapa nilai tajaan yang diterima mereka, kita tidak mempunyai maklumat kerana penaja terus berurusan dengan atlit tanpa melalu kita," katanya.

Ratu skuasy Nicol David pula mengekori di belakang Chong Wei dengan pendapatan lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.

Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut menerima pendapatan tertinggi tahun lalu adalah pemain golf Ben Leong yang mengaut lebih RM300,000 daripada 20 kejohanan Jelajah Asia yang disertainya diikuti Danny Chia hampir RM250,000.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen