Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Saya tak akan tekan pengadil'

Posted: 07 May 2011 09:49 AM PDT

COBHAM (England): Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) menegaskan beliau tidak akan meletakkan tekanan terhadap pengadil seperti yang dilakukan pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.


Ferguson percaya Chelsea mendapat manfaat daripada kesilapan pegawai perlawanan dalam tiga pertemuan liga terakhir dengan Blues dan beliau dikenakan penggantungan lima perlawanan daripada duduk di bangku pemain simpanan selepas melancarkan serangan hebat ke atas pengadil Martin Atkinson berikutan kekalahan United 1-2 di Stamford Bridge, Mac lalu.

Pengendali berbangsa Scotland itu tidak pernah segan silu mengkritik pegawai perlawanan dan sering menggunakan sidang akhbar untuk menekan pengadil sebelum perlawanan besar.


Namun Ancelotti percaya sikap sebegitu tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan itu dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan.


"Anda tidak mendapat sebarang kelebihan bercakap menentang pengadil. Keputusan sudah dilakukan," kata Ancelotti.

"Juga bagi imej bola sepak anda ada tanggungjawab sosial. Bagi kanak-kanak yang melihat anda sebagai idola, imej dalam dan luar padang adalah penting.


"Kadang-kadang apabila sesuatu tidak bagus anda bercakap mengenai perkara yang tidak menyebelahi anda.

"Tapi saya tidak mahu meletakkan tekanan terhadap pengadil. Howard Webb adalah seorang pengadil yang fantastik, beliau mempunyai kemahiran untuk mengawal perlawanan.


"Jika pengadil kurang berpengalaman anda mungkin boleh bimbang mengenainya tapi dengan Webb tidak ada masalah.


"Saya yakin dengan pengadil di England. Mereka membuat kesilapan tapi ini biasa, anda perlu menerimanya atau anda terpaksa berkata ia satu konspirasi dan saya tidak percaya mengenainya."

Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19.


Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.


"Secara mental kami ada kelebihan kerana saya fikir Man United berharap mereka tidak perlu bermain perlawanan sebegini menentang kami," kata Ancelotti. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perebutan tempat ke Grand Final semakin sengit

Posted: 07 May 2011 09:49 AM PDT

SELEPAS dua zon berakhir, perebutan tempat ke Grand Final November depan pada Karnival Futsal Harian Metro 2011 semakin sengit terutamanya kategori wanita yang menyaksikan penyertaan 25 pasukan.

Saingan yang akan bermula jam 8 pagi ini bagi Zon Selatan pasti menarik terutamanya dengan kehadiran beberapa pasukan yang gagal meloloskan diri ke Grand Final, kembali mencuba nasib di Zon Selatan.


Pasukan seperti Putraria Tia Amelia C seharusnya diberi perhatian serius kerana mempunyai gandingan pemain mantap apa lagi dengan luka kecewa selepas gagal mengiringi tiga lagi pasukan mereka yang sudah mengesahkan tempat di Zon Tengah 1.

Selain Tia Amelia C, beberapa pasukan lain yang mencuba nasib buat kali kedua adalah PU3 Kickers dan REM FC B.


Saingan Zon Selatan juga menyaksikan pasukan dari institusi pengajian seperti MRSM Mersing, satu daripada UiTM Melaka selain badan berkanun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan