Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 May 2011 03:51 PM PDT Sukan KEGAGALAN yang langsung tidak disangka! Itulah komen jurulatih Selangor, K Devan selepas perit menyaksikan anak didiknya dibaham Kelantan 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam kelmarin. Pengendali skuad Merah Kuning itu juga mentakrifkan ia sebagai kekalahan paling terburuk dialami jaguh dari Lembah Klang itu yang belum pernah tewas dengan perbezaan lebih dua gol. "Separuh masa pertama saja sudah kena tiga gol, jadi macam mana nak main," katanya dalam suara yang perlahan dan agak sukar difahami akibat sakit tekak selepas dilihat banyak menjerit memberi arahan kepada anak buahnya. Kelantan mendahului tiga gol pada babak pertama menerusi dua jaringan Mohd Ramzulzahini Adenan pada minit ke-11 dan 40 dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzim minit ke-43, sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua menerusi Mohd Nurul Azwan Roya minit ke-67 dan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-71.Gol sagu hati Selangor dijaringkan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-90. Devan berkata, punca kekalahan besar itu lebih kepada kegugupan dan kekurangan pengalaman pemain mengharungi perlawanan besar dengan jumlah penonton yang agak ramai membanjiri stadium. Menurutnya, suasana sedemikian jelas memberi kesan terhadap beberapa pemain seperti penjaga gol, Mohd Saiful Amar Sudar dan pemain tengah, Azidan Sarudin yang baru menyertai skuad Merah Kuning itu musim ini apabila mereka kelihatan beraksi dalam keadaan tertekan dan gagal mempamerkan keupayaan sebenar.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Karathu puji semangat Red Warriors Posted: 14 May 2011 03:49 PM PDT Sukan Kemenangan besar Kelantan ke atas Selangor adalah perlawanan terbaik pasukan musim iniTANPA berfikir-fikir, Datuk M Karathu mentakrif kemenangan besar Kelantan ke atas Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA, malam kelmarin adalah perlawanan terbaik bagi pasukannya, musim ini. "Setiap pemain saya menunjukkan azam tinggi dengan mempamerkan permainan cantik sepanjang tempoh perlawanan. "Mereka yakin apabila mengasak ke kubu Selangor dan bijak mengubah rentak permainan sehingga berjaya menjaringkan dua gol awal pada separuh masa kedua," katanya selepas Red Warriors membaham Merah Kuning 5-1 di Stadium Shah Alam. Kemenangan dengan angka besar ini memberi pengertian betapa Kelantan akan menentang Selangor dalam perlawanan kedua peringkat sama di Kota Bharu, esok tanpa sebarang tekanan.Ketika ditanya mengenai pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan timbal balik kedua itu, Karathu enggan mengulas namun tetap menaruh keyakinan tinggi pasukan kendaliannya mampu melangkah ke final edisi kejohanan, musim ini. Apapun, The Red Warriors bakal kehilangan dua tonggak pertahanan mereka, Mohd Zairul Fitri Ishak dan Mohd Farisham Ismail yang digantung permainan. Karathu turut menambah kemenangan dicapai hasil kesungguhan ditunjukkan pemain. "Kami sepatutnya mendapat lebih gol pada perlawanan ini terutamanya dua percubaan jentera serangan pada separuh masa kedua hanya menggegar palang dan tiang gol," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan