Kosmo Online - Sukan |
City juara Piala FA, United juara liga Posted: City juara Piala FA, United juara ligaLONDON - Dua kelab berjiran, Manchester City dan Manchester United mencatat sejarah tersendiri apabila masing-masing menjulang satu piala, semalam. Jika City mengakhiri kemarau 35 tahun dengan merangkul Piala FA, United pula muncul juara Liga Perdana England buat kali ke-19. City yang dibimbing Roberto Mancini merealisasikan impian besar itu selepas menewaskan Stoke City 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley. Gol tunggal dan kemenangan City dijaringkan Yaya Toure pada minit ke-74 selepas gagal menembusi kubu Stoke di babak pertama. Gol berpunca daripada gerakan yang dimulakan Mario Balotelli itu sebelum menjelmakan laluan buat Yaya melakukan sepakan kencang kaki kiri menewaskan penjaga gol lawan, Thomas Sorensen. Terdahulu Sorensen menjadi duri dalam daging buat jentera serangan City apabila kerap menyelamatkan percubaan bahaya menerusi aksi cemerlangnya. Sementara itu, United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 lebih awal selepas berjaya mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park semalam. United hanya memerlukan satu mata sahaja daripada perlawanan itu untuk merampas semula gelaran tersebut daripada juara musim lepas, Chelsea. Ternyata The Red Devils berjaya merealisasikannya apabila Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti 17 minit sebelum per mainan tamat selepas penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti. Sebelum itu, pemain Australia, Brett Emerton meletakkan Blackburn lebih dulu di depan pada minit ke-20 sebelum jaringan penalti Rooney akhirnya berjaya menghilangkan resah The Red Devils pada babak kedua. Kejayaan ini menyaksikan United berjaya mengatasi rekod kejuaraan terbanyak yang sebelum ini dipegang bersama dengan musuh ketat, Liverpool yang menjulang 18 kali gelaran setakat ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Irfan enggan dabik dadaJURULATIH Terengganu, Irfan Bakti masih belum mahu membuka senyuman sekalipun anak-anak buahnya berjaya membawa sedikit kelebihan selepas menang 3-2 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA kelmarin. Sebaliknya, Irfan mengakui keputusan ini hanyalah keputusan di atas kertas dan belum memberi sebarang makna kepada peluang skuad kendaliannya untuk melangkah ke final. Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin, tuan rumah berjaya mendahului dua gol selepas minit ke-53, namun Terengganu berjaya bangkit mencari tiga gol sekali gus mencatat kemenangan. Bintang kebangsaan, Ashaari Shamsudin muncul wira skuad Penyu apabila dia meledak dua gol termasuk gol kemenangan pada minit ke-88. "Saya tidak mahu pemain terlalu memikirkan sangat soal keputusan di Kuantan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada aksi kedua Isnin ini," katanya kepada Kosmo! semalam. "Secara peribadi, saya akui kedua-dua pasukan masih mempunyai kelebihan dan tiada istilah 'sebelah kaki ke final' buat masa ini." Mengulas mengenai perlawanan itu, Irfan menjelaskan anak-anak buahnya sedikit leka pada 60 minit pertama sehingga membenarkan tuan rumah menjaringkan dua gol. Namun katanya, keyakinan untuk menang dan ditambah dengan sokongan hampir 2,000 penyokong Terengganu telah mengubah corak permainan pasukannya. "Ashaari telah membuktikan dirinya sebagai pemain kebangsaan dan pengalaman yang ada pada pemain itu telah dipergunakan dengan sebaiknya. "Begitu juga dengan pemain lain termasuk Wan Mohd. Afif Wan Jasni yang menjaringkan satu gol pada perlawanan semalam (kelmarin)," jelasnya. Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final Piala FA ialah pada tahun 2004 sebelum tewas 0-3 kepada Perak. Sebelum itu, skuad Penyu dijulang sebagai juara pada tahun 2000 selepas menang ke atas Pulau Pinang menerusi penentuan sepakan penalti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Australia, Pakistan tentukan juara Posted: Australia, Pakistan tentukan juaraOleh Kamaruddin Ismail PEMAIN Malaysia, Mohd. Firhan Ashaari (kiri) berusaha melepasi kawalan dua pemain Pakistan pada perlawanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh semalam. Pakistan menang 3-2. JUARA Dunia, Australia dan juara Sukan Asia, Pakistan akan menentukan juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah ke-20. Kedua-dua pasukan akan bertarung dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh petang ini. Juara Dunia dan Olimpik itu mara ke perlawanan akhir setelah mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam enam perlawanan yang dilaluinya. Juara Sukan Asia itu pula ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Malaysia 3-2 dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan. Malaysia terus dirundung malang kerana kekalahan tersebut meletakkan Malaysia di tangga tercorot dalam kejohanan yang disertai oleh enam buah negara. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kelima skuad bimbingan Tai Beng Hai yang mana Malaysia hanya menang satu perlawanan sahaja. Dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Pakistan mendapat gol pertama melalui pukulan sudut penalti oleh Sohail Abbas pada minit kelapan. Pakistan yang berazam beraksi dalam perlawanan akhir menambah gol keduanya melalui Muhammad Waqas pada minit ke-21. Akhirnya, Malaysia berjaya merapatkan jurang perbezaan gol melalui jaringan Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-35. Separuh masa kedua, Malaysia bangkit dengan melakukan serangan bertali arus bagi menyamakan kedudukan. Namun begitu, Pakistan menjaringkan gol ketiganya melalui rembatan kencang, Shakeel Abbasi pada minit ke-51 menumpaskan penjaga gol Malaysia, Roslan Jamaluddin. Sokongan padu hampir 2,000 penonton membuatkan para pemain Malaysia semakin bersemangat bagi menambahkan jaringan gol. Kerja keras para pemain Malaysia membuahkan hasil apabila rembatan yang dilakukan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim mencecah jaring Pakistan pada minit ke-57. Walau bagaimanapun Malaysia gagal menyamakan kedudukan sehingga tamat perlawanan membuatkan para pemain negara akan menjadi penonton sahaja hari ini. Sementara itu, Korea menidakkan hasrat Britain ke perlawanan akhir dengan menumpaskan pasukan tersebut 3 - 1. Korea memperoleh gol pertamanya melalui tolakan Yoon Sung Hoon setelah menerima hantaran silang daripada Jeon Byung Jin pada minit kelapan. Britain menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Mathew Daly pada minit ke-20 menumpaskan penjaga gol Korea, Lee Myung Ho. Korea yang menduduki ranking keenam dunia kembali ke depan melalui jaringan Jang Jong Hyun pada minit ke-23. Kedudukan Korea semakin kukuh apabila rembatan kencang You Hyo Sik pada minit ke-41 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Britain, Nicholas Brothers. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan